Tunku Kurshiah

Daripada keturunan leluhur Yamtuan Radin ibni Raja Lenggang.
Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Muhriz,
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Kerabat Tuanku Muhriz
DYMM Tuanku Aishah Rohani, Tunku Ampuan Besar
  • YAM Tunku Naquiah, Tunku Dara
    YM Tunku Mudzaffar, Tunku Kecil Besar
    • YM Tunku Nadzimuddin
      YBhg. Che Puan Sarimah Ibrahim
      • YM Tunku Sofia Najihah
    • YM Tunku Miratun Madihah
      YBhg. Dato' James Iskandar Jaafar-Greaves
      • Putera Ryan
      • Puteri Tahlia
    • YM Tunku Nasaifuddin
      YBhg. Che Puan Claire Rania Moore Abdullah
      • YM Tunku Arthur Idris
      • YM Tunku Gabriella Amiera
    • YM Tunku Nasruan Adil
  • YAM Tunku Naquiyuddin, Tunku Laksamana
    YAM Tunku Nurul Hayati Tunku Bahador, Tunku Puan Muda
    • Tunku Mohammad Alauddin Naquiyuddin
      Putri Badrinise Alauddin
      • Tunku Alayna Putri
    • Tunku Alia Nadira Naquiyuddin
      Lorance Cheikh El Haddadin
    • Tunku Nadia Sahiya Naquiyuddin
    • Tunku Khairul Zaim Naquiyuddin
  • YAM Tunku Imran, Tunku Muda Serting
    YM Che’ Engku Mahirah Abdullah
    • Tunku Abdul Rahman Aminullah
    • Tunku Khairil Imran
    • Tunku Tarrant
  • YAM Tunku Jawahir, Tunku Puteri
    YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
    • Tengku Asra Jehan Juzailah Tengku Azlan
    • Tengku Aslahuddin Jaafar Tengku Azlan
      Raja Heidi
      • Tengku Muhammad Ayden Saladin
    • Tengku A'zran Tengku Azlan
  • YAM Tunku Irinah, Tengku Puan Panglima Raja Selangor
    YAM Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Tengku Panglima Raja Selangor
    • Tengku Alam Shah Amiruddin
    • Tengku Alana Iman Shahirah
  • YAM Tunku Nadzaruddin, Tunku Panglima Besar
    Tunku Mimi Wahida Tunku Abdullah Wahman
    • Tunku Muhammad Hazim Shah Raden
    • Tunku Muhammad Mish’al Raden
    • Tunku Ines Najiha Raden
Kerabat Tuanku Munawir
  • YAM Tunku Anne Dakhlah
    YBhg. Dato' Abdul Malek Sheikh Abdullah
    • Siti Mazeera
      Encik Shazmi Izzam
    • Siti Mazlina
    • Siti Mazlynda
  • YAM Tunku Deborah
    YBhg. Dato' Ahmad Fuad Abdul Rahman
  • YAM Tunku Deannah
    YM Tengku Amran Tengku Muhammad Yusuf
    • Tengku Amera Nafisah
    • Tengku Nadia Azrina
    • Tengku Dahira Azirah
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
Kerabat Yamtuan Imam
Sedang dikemas kini
Sedang dikemas kini
  • l
  • b
  • s

Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah Raja Permaisuri Agong pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Baginda ialah permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman.

Biografi

Tunku Kurshiah diputerikan pada 16 Mei 1911 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti, dan mengikuti kelas bimbingan persendirian dalam bahasa Inggeris.

Tuanku Kurshiah berkahwin dengan Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan dikurniakan dengan dua orang puteri, Tunku Bahiyah, yang menjadi Sultanah Kedah dan adindanya Tunku Shahariah. Baginda turut ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan apabila DYMM Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar pada 25 April 1957.

Pada tahun 1954, baginda dilantik sebagai Presiden Pergerakan Pandu Puteri Negeri Sembilan. Baginda juga menjadi Penaung Institut Wanita Negeri Sembilan.

Pada bulan Mei 1961, baginda menubuhkan Majlis Kebajikan Wanita Islam dan menjadi Presiden Pelopor hingga hari ini.

Pada 27 Oktober 1974, baginda dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan atas derma kurnia baginda menaikkan taraf wanita dan kanak-kanak dalam bidang kebajikan dan pendidikan.

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Tempat yang dinamakan sempena nama

Sebagai mengenang jasa baginda kepada negara, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk menukar nama Maktab Perempuan Melayu, sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama kepada Kolej Tunku Kurshiah sempena mengambil nama baginda. Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Tunku Kurshiah.

Beberapa tempat lain turut dinamakan sempena nama baginda, termasuklah:

  • Jalan Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan
  • Taman Tunku Kurshiah (taman perumahan di Seremban)
  • Tunku Kurshiah College (penamaan semula Maktab Perempuan Melayu)
  • SK Tunku Kurshiah, sekolah rendah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • SMK Tunku Kurshiah, sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Universiti Malaya juga menamakan semula Kolej Kediaman Ketiga sebagai Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

Rujukan

  1. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  2. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  • l
  • b
  • s