Tatanama IUPAC

Tatanama IUPAC atau juga dikenali sebagai tatanama kimia merujuk kepada sistem penamaan sebatian kimia. Tatanama ini digunakan secara umum dalam bidang kimia dan dibangunkan serta dikemaskinikan di bawah naungan Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa (IUPAC).

Antara terbitan yang dikeluarkan ialah Buku Biru dan Buku Merah yang menerangkan penamaan sebatian organik dan tak organik. Buku Hijau menerangkan penggunaan simbol untuk kuantiti fizikal. Buku Emas pula mentakrifkan istilah-istilah teknikal dalam bidang kimia. Bahan terbitan yang lain juga memiawaikan maklumat biokimia, kimia analisis dan kimia makromolekul. Journal Pure and Apllied Chemistry diterbitkan setiap tahun sebagai pemberitahu tentang perubahan-perubahan dalam kimia.

Pautan luar

  • IUPAC Provisional Recommendations for the Nomenclature of Inorganic Chemistry (2004) Buku Merah
  • IUPAC Nomenclature of Organic Chemistry Buku Biru
  • IUPAC Recommendations on Organic & Biochemical Nomenclature, Symbols, Terminology, etc. Panduan Biokimia
  • IUPAC Abbreviated list of quantities, units and symbols in physical chemistry Buku Hijau
  • IUPAC Compendium of Chemical Terminology Buku Emas
  • IUPAC Compendium of Chemical Terminology Laman carian