Stesen Shengwu Yiyao Jidi

Stesen sebelumnya Kereta Api Bawah Tanah Beijing Stesen seterusnya
Yihezhuang
menghala ke Anheqiaobei
Laluan Daxing Tiangongyuan
Terminal
LokasiMap

Stesen Shengwu Yiyao Jidi (Cina ringkas: 生物医药基地站code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 生物醫藥基地站code: zh is deprecated ; pinyin: Shēngwùyīyào Jīdì Zhàn) ialah sebuah stesen kereta api di Daxing, dalam kawasan perbandaran metropolitan Beijing, China. Stesen ini menyediakan perkhidmatan Kereta Api Bawah Tanah Beijing iaitu Laluan Daxing.[1]

Sejarah

Pembinaan Laluan Daxing telah dimulakan pada tahun 2007. Pada 30 Disember 2010, Stesen Shengwu Yiyao Jidi dan stesen di sepanjang Laluan Daxing telah dibuka kepada awam dan memulakan operasinya untuk berkhidmat di kawasan sekitar.[2]

Lokasi

Stesen Shengwu Yiyao Jidi terletak di bawah tanah Jalan Xinyuan (Cina ringkas: 新源大街code: zh is deprecated ; pinyin: Xīnyuán Dàjiē).[3][4] Stesen ini terletak di dalam kawasan pentabdiran Subdaerah Tiangongyuan, di barat laut daerah Daxing, China dan berkhidmat di sekitar kawasan perumahan Xingyuan Xingfucheng (兴源幸福城), Xinyuan Xinduhui (鑫源鑫都汇), Zhuzongwankecheng (住总万科權), Komuniti Xinyuanshidai (新源时代小区), Mingfa Yayuan (明发雅苑), Longhushidaitianjie (龙湖肘代天街), Jinkejiayuan (金科嘉苑), dan Zhuzongzeng Duocaijiayuan (住总正华多彩家园).[3]

Perkhidmatan

Pelan stesen

G Aras Jalan Pintu masuk/keluar A-D, hentian bas dan teksi
B1 Aras Legar Pusat khidmat pelanggan, mesin tiket, pagar tambang, tandas, kiosk mesin juruwang automatik (ATM), mesin layan diri, pondok bit polis Akses OKU
B2 Platform
Arah Utara
 Daxing  menuju ke Anheqiaobei (Laluan 4) (Yihezhuang)
Platform pulau, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri/kanan Akses OKU
Platform
Arah Selatan
 Daxing  menuju ke Tiangongyuan (Terminus)

Dalaman stesen

Dalaman stesen
Aras legar stesen, Stesen Shengwu Yiyao Jidi.
Aras platform stesen, Stesen Shengwu Yiyao Jidi.

Aras legar stesen Shengwu Yiyao Jidi terletak di aras bawah tanah, di Jalan Xinyuan. Bahagian aras legar di utara menyediakan akses ke pintu keluar A dan B manakala bahagian aras legar di selatan, terdapat akses ke pintu keluar C dan D. Mesin tiket layan diri disediakan di bahagian utara dan selatan aras legar stesen manakala pusat perkhidmatan pelanggan berpusat di tengah-tengah aras legar. Bagi keselamatan pengguna, terdapat bilik kawalan stesen dan pondok bit polis yang terletak di aras legar selatan berdekatan dengan pintu keluar C dan D. Stesen Shengwu Yiyao Jidijuga dilengkapi dengan kemudahan tandas, mesin layan diri makanan dan minuman, kaunter mesin juruwang automatik (ATM) seperti ICBC, dan PSBC, dan peralatan panggilan kecemasan di bilik kawalan.[5]

Stesen Shengwu Yiyao Jidi mempunyai dua platform untuk perkhidmatan Laluan Daxing dalam Sistem Kereta Api Bawah Tanah Beijing yang menuju ke terminus Anheqiaobei dan Tiangongyuan, dengan susunan platform tengah.[5]

Pintu capaian

Empat pintu stesen yang dibina di stesen Shengwu Yiyao Jidi, pintu A, B, C dan D. Pintu B mempunyai landasan landai yang sesuai untuk orang kurang upaya (OKU).[3][5]

Pintu Lokasi Destinasi berdekatan Kemudahan Gambar
A Sambungan pejalan kaki bawah tanah ke Pusat Membeli-Belah Longhu Beijing Daxing Tianjie (Cina ringkas: 龙湖北京大兴天街购物中心code: zh is deprecated pinyin: Lónghú Běijīng Dàxìng Tiānjiē Gòuwùzhōngxīn)
B Jalan Xinyuen
(清华西路)
Kawasan Perumahan Zhuzongwankecheng, Xingyuan Xingfucheng dan Xinyuan Xinduhui. Beijing Yucai School, Tadika Huangcun No. 1, Kawasan Perindustrian Bioperubatan Daxing, Jalan Yongda Landasan landai untuk OKU
C Jalan Xinyuen
(清华西路)
Kawasan Perumahan Jinkejiayuan, Longhushidaitianjie, Mingfa Yayuan, dan Zhuzongzeng Duocaijiayuan, Times Plaza Yuejie, Bangunan China Unicom, Tadika Beijing Daxing No. 8, Sekolah Tinggi Universiti Tsinghua
D Sambungan pejalan kaki bawah tanah ke Pusat Membeli-Belah Longhu Beijing Daxing Tianjie (Cina ringkas: 龙湖北京大兴天街购物中心code: zh is deprecated pinyin: Lónghú Běijīng Dàxìng Tiānjiē Gòuwùzhōngxīn), Paradise Walk Daxing, Jalan Tianshui

Sambungan

  • Bas laluan X102 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan X102 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
  • Bas laluan 兴28 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan 兴28 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
  • Bas laluan 兴68 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan 兴68 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
  • Bas laluan 兴23 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan 兴23 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
  • Bas laluan 827 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan 827 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
  • Bas laluan 兴16 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi
    Bas laluan 兴16 di Stesen Shengwu Yiyao Jidi

Apabila stesen Shengwu Yiyao Jidi dibuka, ia disambungkan dengan beberapa laluan bas:[5]

  • Beijing Public Transport Group: 456
  • Beijing Bafangda Passenger Transport: 827, X102
  • Daxing Bus: 兴15, 兴16, 兴21, 兴27, 兴27快, 兴28, 兴3,0 兴39, 兴41, 兴46, 兴48, 兴52, 兴54, 兴55, 兴55区, 兴61, 兴61区, 兴64, 兴65, 兴66, 兴68, 兴77, 兴80, 兴81, 兴82,

Rujukan

  1. ^ "Beijing Rail Transit Lines Map" [Peta Laluan Transit Kereta Api Beijing]. Kereta Api Bawah Tanah Beijing (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 15 Januari 2023.
  2. ^ "大兴线亦庄线2010年开通4号线明年通车运营" [Laluan Daxing dan Laluan Yizhuang dibuka 2010, Laluan 4 dibuka tahun depan] (dalam bahasa Cina). 11 Disember 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2008. Dicapai pada 4 Ogos 2009.
  3. ^ a b c "Around the Station – Shengwu Yiyao Jidi – Beijing MTR" [Di sekitar Stesen – Shengwu Yiyao Jidi – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.
  4. ^ "轨道交通大兴线规划方案公告" [Notis Pelan dan Skim untuk laluan kereta api iaitu Laluan Daxing] (dalam bahasa Cina). 北京市规划委员会 (Beijing Municipal Commission of Planning and Natural Resources). 2009-10-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-27. Dicapai pada 2010-11-27.
  5. ^ a b c d "Facility – Shengwu Yiyao Jidi – Beijing MTR" [Infrastruktur – Shengwu Yiyao Jidi – Beijing MTR]. Beijing MTR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2022.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Stesen Shengwu Yiyao Jidi di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Laluan 4
Laluan Daxing
Laluan 10
  • Bagou
  • Suzhoujie
  • Haidian Huangzhuang
  • Zhichunli
  • Zhichun Lu
  • Xitucheng
  • Mudanyuan
  • Jiandemen
  • Beitucheng
  • Anzhenmen
  • Huixinxijie Nankou
  • Shaoyaoju
  • Taiyanggong
  • Sanyuanqiao
  • Liangmaqiao
  • Nongye Zhanlanguan
  • Tuanjiehu
  • Hujialou
  • Jintai Xizhao
  • Guomao
  • Shuangjing
  • Jingsong
  • Panjiayuan
  • Shilihe
  • Fenzhongsi
  • Chengshousi
  • Songjiazhuang
  • Shiliuzhuang
  • Dahongmen
  • Jiaomendong
  • Jiaomenxi
  • Caoqiao
  • Jijiamiao
  • Shoujingmao
  • Fengtai
  • Niwa
  • Xiju
  • Liuliqiao
  • Lianhuaqiao
  • Gongzhufen
  • Xidiaoyutai
  • Cishousi
  • Chedaogou
  • Changchunqiao
  • Huoqiying