Statin

Statin
Kelas ubat
Lovastatin merupakan statin pertama dipasarkan.
Pengenal kelas
Sinonimperencat reduktase HMG-CoA
KegunaanTahap kolesterol tinggi, penyakit jantung[1]
Sasaran biologiReduktase HMG-CoA[1]
Data klinikal
Drugs.comDrug Classes
Di Wikidata

Statin, juga dikenali sebagai perencat reduktase HMG-CoA, merupakan sejenis kelas ubat yang digunakan untuk keadaan perubatan seperti tahap kolesterol tinggi dan penyakit jantung.[2] Ubatan ini digunakan untuk pencegahan penyakit jantung pada mereka yang berisiko tinggi, dan juga pada mereka yang mempunyai penyakit jantung yang telah dikenal pasti.[3] Ubatan tersebut diambil melalui mulut.[2]

Kesan sampingan yang selalu ditemui termasuklah sakit kepala, sembelit dan sakit perut.[1] Kesan sampingan yang serius mungkin termasuk kerosakan otot, masalah hati dan diabetes mellitus .[1][4] Penggunaan ubatan tersebut tidak disyorkan untuk mereka yang mengandung atau menyusukan bayi.[2] Ubatan tersebut merencat enzim reduktase HMG-CoA yang mengurangkan penghasilan kolesterol dan trigliserida.[2]

Statin ditemui pada tahun 1971 dan lovastatin mula digunakan untuk tujuan perubatan pada tahun 1987.[5] Sebilangan statin boleh didapati sebagai ubat generik dan agak murah.[2] Ubatan tersebut merupakan ubat penurun kolesterol yang paling biasa ditemui.[6] Pada tahun 2018 atorvastatin menjadi ubat yang paling banyak dipreskripsi di Amerika Syarikat dan simvastatin menjadi ubatan ke-10 yang paling banyak dipreskripsi kepada pesakit.[7]

Rujukan

  1. ^ a b c d "List of Statins + Uses, Types & Side Effects". Drugs.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2021. Dicapai pada 19 April 2021.
  2. ^ a b c d e Hitchings, Andrew; Lonsdale, Dagan; Burrage, Daniel; Baker, Emma (2019). The Top 100 Drugs: Clinical Pharmacology and Practical Prescribing (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2nd). Elsevier. m/s. 204. ISBN 978-0-7020-7442-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-22. Dicapai pada 2021-11-09.
  3. ^ "Statins for the primary prevention of cardiovascular disease". The Cochrane Database of Systematic Reviews. 1 (1): CD004816. January 2013. doi:10.1002/14651858.CD004816.pub5. PMC 6481400. PMID 23440795. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  4. ^ "Comparative tolerability and harms of individual statins: a study-level network meta-analysis of 246 955 participants from 135 randomized, controlled trials" (PDF). Circulation: Cardiovascular Quality and Outcomes. 6 (4): 390–99. July 2013. doi:10.1161/CIRCOUTCOMES.111.000071. PMID 23838105. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2021-07-09. Dicapai pada 2021-04-15.
  5. ^ Endo, A (2010). "A historical perspective on the discovery of statins". Proceedings of the Japan Academy. Series B, Physical and biological sciences. 86 (5): 484–93. doi:10.2183/pjab.86.484. PMID 20467214.
  6. ^ "Cholesterol Drugs". American Heart Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-12. Dicapai pada 2019-12-24.
  7. ^ "The Top 300 of 2021". clincalc.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2020. Dicapai pada 19 April 2021.