Siri Kamen Rider

Kamen Rider atau Masked Rider secara keseluruhannya adalah rancangan siri Jepun wira hebat Tokusatsu bermula dengan tahun 1971 siri TV Kamen Rider (仮面ライダーcode: ja is deprecated ) karya asal Shotaro Ishinomori. Disebabkan oleh kemahsyuran rancangan tersebut, siri asal telah menghasilkan banyak siri-siri yang seterusnya dan sejak itu menjadi sebahagian legasi siri tersebut.

Sejarah

Zaman Showa

Siri Masked Rider asalnya dimulakan dengan bernama "Masked Hero Project". Siri terbitan Toru Hirayama (平山 亨code: ja is deprecated , Hirayama Tōru) ini tertunggak hampir lima tahun kerana Hirayama tengah mengusahakan rancangan lain dan mencari pereka watak yang sesuai. Pada tahun 1969, Shotaro Ishinomori yang merupakan seorang tokoh tokusatsu terkenal pada masa itu, dihubungi oleh Hirayama agar manga Skull Man beliau diadaptasi untuk Masked Hero Project. Mula-mulanya projek itu ditolak gara-gara rejected kritikan bahawa kandungannya terlalu ganas bagi slot waktu yang diberi. Setelah kedua-dua mereka mereka semula cerita dan reka bentuk watak, maka terhasilnya rekaan Kamen Rider muktamad yang berbentuk belalang yang dipilih oleh anak lelaki Ishinomori. Maka lukisan itu menjadi Kamen Rider 1, setelah melalui sedikit pengubahsuaian.

Kamen Rider ditayangkan buat julung kali pada April 1971, namun ratingsnya tidak sebagus yang diharapkan dan nyaris ditarik balik daripada penyiaran. Ketika merakam episod 10, Hiroshi Fujioka yang memegang watak Kamen Rider 1, terjatuh dari motosikalnya ketika merakam satu lagak ngeri, terhantuk pada tiang telefon lalu patah kedua-dua kakinya. Oleh itu, Toei melalui banyak cara untuk mengurangkan kehadiran Hongo beransur-ansur sehingga episod 13, apabila Hayato Ichimonji diperkenalkan. Ichimoji menjadi Kamen Rider 2 dan bintang utama rancangan sehingga episod 52. Sekembali beliau pada episod 53, watak Fujioka kembali menjadi watak utama. Sejak itu, kedua-dua Kamen Rider 1 dan 2 muncul dalam setiap sekuel pada separuh awal siri-siri zaman Shōwa. Siri-siri dari April 1971 hingga Januari 1976 juga menyaksikan watak mentor sampingan bernama Tobei Tachibana (立花 藤兵衛code: ja is deprecated , Tachibana Tōbei).

Setelah hilang selama empat tahun, siri ini kembali ke siaran televisyen pada Oktober 1979 selama dua tahun. dalam rancangan baru ini, peranan Tachibana diganti oleh seorang watak yang serupa peranannya bernama Genjiro Tani (谷 源次郎code: ja is deprecated , Tani Genjirō). Pada tahun 1984, rancangan khas Kamen Rider ZX, Birth of the 10th! Kamen Riders All Together!!, menjadi terbitan Hirayama terakhir bagi francais ini.

Kamen Rider Black merupakan siri pertama yang tidak menunjukkan atau membayangkan apa-apa hubungan dengan siri-siri sebelumnya, dan juga siri pertama yang mempunyai sekuel terus, iaitu Kamen Rider Black RX, iaitu asas kepada Masked Rider versi Amerika terbitan Saban. Episod akhir RX menyaksikan kesemua sepuluh Rider sebelumnya kembali untuk membantu Black RX menewaskan musuh, inilah kari terakhir mana-mana Rider dari rancangan sebelumnya muncul dalam siri lain. Kamen Rider Black RX adalah siri terakhir yang diterbitkan pada zaman Shōwa.

Zaman Heisei

Meskipun lenyap dari TV sepanjang 1990-an, francais ini dihidupkan oleh teater pentas, CD muzikal, dan filem-filem [[Shin: Kamen Rider Prologue|Shin, ZO, dan J. Toei mengumumkan projek terbarunya, Kamen Rider Kuuga, pada Mei 1999. Kuuga merupakan sebahagian kemunculan semula Kamen Rider yang diusahakan Ishinomori pada tahun 1997, sebagai sebahagian rancangan untuk menuju ke ulang tahun ke-30. Bagaimanapun, Ishinomori meninggal dunia sebelum sempat menyaksikan projek-projek ini menjadi kenyataan. Pada musim panas tahun 1999, Kuuga keluar dalam iklan di majalah dan iklan komersial. Pada 30 Januari, Kamen Rider Kuuga mencapai ratings tinggi, disusuli Kamen Rider Agito.

Siri ketiga dalam zaman Heisei ialah Kamen Rider Ryuki. Dengan menampilkan konsep 13 orang Rider, Ryuki menyimpang sedikit daripada siri-siri sebelumnya, dan ratingsnya tidak setinggi yang diharapkan.[penyelidikan asli?] Siri ini dan seluruh francais ini dibantu oleh jualan mainan Kamen Rider Ryuki. Siri seterusnya, Kamen Rider 555 (disebut Faiz), menikmati jualan mainan yang tinggi meskipun ratingsnya kurang sedikit berbanding Ryuki.

Siri kelima dan keenam dibelenggui masalah di sebalik tabir. Kamen Rider Blade menjadi siri Kamen Rider yang kedua terendah ratingsnya dan juga mengalami jualan mainan yang mengecewakan. Dalam siri ini, para Rider bertukar menggunakan Kad Undead untuk menangkap lebih lagi kuasa Undead dan meningkatkan kuasa mereka kepada pelbagai bentuk. Sepanjang pembikinan siri ini, penulis utama dan pengarah dipecat untuk membolehkan orang-orang lama francais ini untuk kembali sebagai penulis utama. [penyelidikan asli?] Siri keenam Kamen Rider Hibiki menjafi salah sebuah siri yang paling kontroversi dalam sejarah francais. Hibiki memperkenalkan tema-tema baru dan wajah berlainan, dan berjaya menamatkan kemarau ratings

Siri TV

Zaman Showa

Zaman Heisei

Zaman Reiwa

TV Istimewa

  • 1976: All Together! Seven Kamen Riders
  • 1979: Immortal Kamen Rider Special - last appearance of Tachibana Tobei
  • 1984: The Birth of Number 10! All Kamen Riders Together
  • 1987: This Is Kamen Rider Black
  • 1988: Kamen Rider Ichigou through RX: Big Gathering
  • 2000: Kamen Rider Kuuga: New Year's Special
  • 2001: Kamen Rider Agito Special: Another New Henshin
  • 2002: Kamen Rider Ryuki Special: 13 Riders
  • 2004: Kamen Rider Blade: New Generation
  • 2006: 35th Masked Rider Anniversary File

Filem

  • 1971: Go Go Kamen Rider *
  • 1972: Kamen Rider versus Shocker
  • 1972: Kamen Rider versus Hell Ambassador
  • 1973: Kamen Rider V3 *
  • 1973: Kamen Rider V3 versus Destron Monsters
  • 1974: Kamen Rider X *
  • 1974: Kamen Rider X: Five Riders versus King Dark
  • 1975: Kamen Rider Amazon *
  • 1975: Kamen Rider Stronger *
  • 1980: Kamen Rider: Eight Riders versus Galaxy King
  • 1981: Kamen Rider Super-1
  • 1988: Kamen Rider Black: Hurry to Evil Island
  • 1988: Kamen Rider Black: Fear! Evil Monster Mansion
  • 1989: Kamen Rider: Stay in the World - 3-D theme park special
  • 1993: Kamen Rider ZO
  • 1994: Kamen Rider J
  • 1994: Kamen Rider World - 3-D theme park special
  • 2001: Kamen Rider Agito: Project G4
  • 2002: Kamen Rider Ryuki: Episode Final
  • 2003: Kamen Rider 555: Paradise Lost
  • 2004: Kamen Rider Blade: Missing Ace
  • 2005: Kamen Rider Hibiki and the Seven War Demons
  • 2005: Kamen Rider The First - adaptasi filem dari siri Kamen Rider yang asal.
  • 2006: Kamen Rider Kabuto: God Speed Love
  • 2007: Kamen Rider Den-O: I'm Born!
  • 2007: Kamen Rider The Next
  • 2008: Kamen Rider Den-O & Kiva: Climax Deka
  • 2008: Kamen Rider Kiva: King of the Castle in the Demon World
  • 2008: Farewell, Kamen Rider Den-O: Final Countdown
  • 2009: Cho Kamen Rider Den-O & Decade Neo Generations: The Onigashima Warship
  • 2009: Kamen Rider Decade: All Riders vs. Dai-Shocker
  • 2009: Kamen Rider × Kamen Rider Double & Decade: Movie Wars 2010
    • Kamen Rider Decade: The Last Story
    • Kamen Rider Double: Begins Night
    • Movie War 2010
  • 2010: Kamen Rider × Kamen Rider × Kamen Rider The Movie: Cho-Den-O Trilogy
    • Episode Red: Zero no Star Twinkle
    • Episode Blue: The Dispatched Imagin is Newtral
    • Episode Yellow: Treasure de End Pirates
  • 2010: Kamen Rider Double Forever: A to Z/The Gaia Memories of Fate
  • 2011: Kamen Rider x Kamen Rider OOO and Double Featuring Skull: Movie Core
    • Kamen Rider Double: Skull:Message For Double
    • Kamen Rider OOO: Nobunaga Desire
    • Movie War Core
  • 2011: OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders
  • 2011: Kamen Rider OOO Wonderful: The Shogun and The Core Medals
  • 2011: Kamen Rider x Kamen Rider: Fourze and OOO Movie Mega Max
    • Beginning
    • Kamen Rider OOO
    • Futo: The Conspiracy Advance
    • Kamen Rider Fourze
    • Movie Mega Max
  • 2012: Kamen Rider x Super Sentai: Super Hero Taisen
  • 2012: Kamen Rider Fourze the Movie: Space , Here We Come
  • 2012: Kamen Rider x Kamen Rider: Wizard and Fourze Movie War Ultimatum
    • Kamen Rider Fourze
    • Kamen Rider Wizard
    • Movie War Ultimatum
  • 2013: Kamen Rider x Super Sentai x Space Sheriff: Super Hero Taisen Z
  • 2013: Kamen Rider Wizard in Magic Land
  • 2013: Kamen Rider x Kamen Rider: Gaim and Wizard The Fateful Sengoku Movie Battle
    • Kamen Rider Wizard: The Promise Place
    • Kamen Rider Gaim: Sengoku Battle Royale
    • Sengoku Movie Battle
  • 2014: Heisei Riders vs Showa Riders: Kamen Rider Taisen Feat. Super Sentai
  • l
  • b
  • s
Siri Kamen Rider
Dicipta oleh Shotaro Ishinomori
Siri TV Shōwa:
Kamen Rider • V3 • X • Amazon • Stronger • Skyrider • Super-1 • Birth of the 10th! (ZX's special) • BLACK • BLACK RX
Siri TV Heisei:
Kuuga • Agito • Ryuki • 555 • Blade • Hibiki • Kabuto • Den-O • Kiva • Decade • W • OOO • Fourze • Wizard • Gaim • Drive • Ghost • Ex-Aid • Build  • Zi-O
Siri TV Reiwa:
Zero-One • Saber
Filem asal:
Shin: Prologue • ZO • J • World • THE FIRST • THE NEXT • Black Sun
Media visual lain:
SD • Ultraman vs. Kamen Rider • Hyper Battle series • G (dengan SMAP) • Ganbaride • Climax Heroes
Manga dan buku:
Spirits • Black • Card Warrior • EVE -GAIA-
Siri Amerika:
Saban's Masked Rider • Kamen Rider: Dragon Knight
Permainan video
Kamen Rider Climax • Battle Soccer: Field no Hasha • Compati Heroes
Lihat juga:
Super Sentai • Metal Hero • Rider Kick • RIDER CHIPS • S.I.C. • Hanuman and the Five Riders Thailand