SWAT

Taktik dan Senjata Khas
Special Weapons And Tactics
Aktif1968–kini
JenisOperasi khas
PerananUnit separa tentera, melawan keganasan dan penguatkuasaan undang-undang tempatan

SWAT (atau nama penuhnya special weapons and tactics)[1][2] adalah sebuah pasukan separa tentera elit dalam jabatan-jabatan penguatkuasaan undang-undang di Amerika Syarikat. Pasukan ini dilatih bagi melaksanakan operasi berisiko tinggi yang berada di luar keupayaan para pegawai biasa. Tugas-tugas mereka termasuk operasi menyelamatkan tebusan dan melawan keganasan, melakukan pengeladahan dan penangkapan berisiko tinggi, menumpaskan saspek yang dikepung, dan bertempur dengan penjenayah yang bersenjata berat. Pasukan SWAT sering kali dilengkapi dengan senjata-senjata khas termasuk mesingan, raifal gempur, senapang patah, agen kawalan rusuhan, bom tangan dan senjata penembak tepat. Pasukan ini juga memiliki perisai kuat seperti perisai badan, perisai balistik, alat pecah masuk, kenderaan perisai, optik penglihatan malam dan penderia pergerakkan bagi mengesan kedudukan tawanan atau penjenayah di dalam struktur tertutup.

Pasukan SWAT pertama ditubuhkan di dalam Jabatan Polis Los Angeles pada tahun 1968. Sejak itu, banyak jabatan polis Amerika Syarikat dan Kanada, terutamanya di bandar-bandar besar dan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri telah mewujudkan unit-unit elit mereka sendiri dengan menggunakan pelbagai nama; unit-unit ini tanpa mengira nama-nama rasminya boleh digolongkan sebagai pasukan SWAT.

Rujukan

  1. ^ American Heritage Dictionary Bartleby.com Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine
  2. ^ Merriam-Webster Dictionary, Merriam-Webster.com

Pautan luar

  • NTOA.org The National Tactical Officers Association, a national organization of tactical professionals.
  • ITOTA.net The International Tactical Officers Training Association, an organization of tactical professionals more recently established than the NTOA.
  • SWAT USA Diarkibkan 2007-06-30 di Wayback Machine Court TV program that broadcasts real SWAT video.
  • Cato Institute Overkill: The Rise of Paramilitary Police Raids in America
  • DetroitSwat.com
  • The Armored Group, LLC. Manufacturer of SWAT Vehicles
  • ShadowSpear Special Operations: SWAT Diarkibkan 2009-06-30 di Wayback Machine
  • Special Counterterrorism and Interventions Units worldwide