Port Royal

Port Royal is located in Bumi
Port Royal
Port Royal (Bumi)
Koordinat: 17°56′13″N 76°50′28″W / 17.937°N 76.841°W / 17.937; -76.841Koordinat: 17°56′13″N 76°50′28″W / 17.937°N 76.841°W / 17.937; -76.841CountryJamaicaParishKingstonFounded1494

Port Royal ialah suatu perkampungan di muara Pelabuhan Kingston tenggara Jamaica. Ia pernah menjadi kota terbesar dalam kepulauan Caribbean sebagai suatu pusat perkapalan dan perniagaan di laut serantau pada lewat abad ke-17.[1] Ia pernah diduduki masyarakat peribumi Taíno yang memberi nama Caguay atau Caguaya[2] sebelum para peneroka Empayar Sepanyol menubuhkan petempatan mereka di sana tahun 1494; nama ini terus digunakan pihak British sebelum dinamakan semula dengan nama Inggeris yang sedia ada (bermaksud "pelabuhan diraja") tidak lama kemudian.[2]

Ia pernah menjadi tumpuan utama para kelasi persendirian (atau "privatir") yang menyerang Sepanyol Habsburg secara berupah dan tidak langsung, ketika kuasa tersebut sangat berpengaruh dan bermaharajalela. Para privatir ini kemudiannya bertindak luar sendiri sebagai lanun pada abad ke-16. Banyak lanun berlayar tiba ke kota ini sejauh Madagascar sekalipun untuk mencuba nasib baharu di sana.

Bencana gempa-gempa bumi, tsunami dan hurikan yang melanda pulau Jamaica pada 1692 dan 1907 menjejaskan kemakmuran Port Royal sehingga peranan ia terganti oleh Kingston yang menjadi ibu kota jajahan Jamaica.

Rujukan

  1. ^ Davis, Nick (25 Julai 2012). "Jamaica's 'wickedest city' Port Royal banks on heritage". BBC News.
  2. ^ a b Higman, B W; Hudson, B J (2009). Jamaican Place Names (Softcover) (ed. 1st). Kingston, Jamaica: University of the West Indies Press. m/s. 26. ISBN 978-976-640-217-4.

Pautan luar

  • "360° Virtual Tour". VirtualTravelGlobe.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2012.
  • The Port Royal Project
  • Vallar, Cindy. "Piracy in Port Royal". Pirates and Privateers: The History of Maritime Piracy.