Piala Super UEFA 2024

Piala Super UEFA 2024
National Stadium Warsaw aerial view 2.jpg
Stadium Nasional Warsaw di Warsaw menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini.
Pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2023–24 Atalanta
Itali
Tarikh14 Ogos 2024 (2024-08-14)
TempatStadium Nasional Warsaw, Warsaw
← 2023
2025

Piala Super UEFA 2024 merupakan perlawanan bola sepak yang dijadualkan berlangsung di

Stadium Nasional Warsaw di Warsaw, Poland pada 14 Ogos 2024. Ia akan dipertandingkan oleh Juara Liga Juara-Juara UEFA 2023–24 yang akan diumumkan pada 1 Jun dan pasukan Itali Atalanta, Juara Liga Europa UEFA 2023–24 .

Manchester City adalah juara musim lepas. Bagaimanapun, mereka tidak dapat mempertahankan piala selepas dikalahkan oleh Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara UEFA 2023–24 .

Pasukan

Pasukan Kelayakan Penyertaan sebelum ini
(huruf tebal menunjukkan pemenang)
TBD Pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2023–24
Itali Atalanta Pemenang Liga Europa UEFA 2023–24 Tiada

Tempat

Stadium Nasional Warsaw di Warsaw, Poland, yang telah dipilih untuk menganjurkan perlawanan ketika mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Limassol, Cyprus pada 26 September 2023. [1] Stadium itu telah dibina untuk kejohanan UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine, di mana ia menganjurkan tiga perlawanan dalam Kumpulan A, suku akhir dan separuh akhir. Sejak itu juga, ia telah menjadi tuan rumah untuk mengadakan perlawanan akhir Liga Europa UEFA 2015, serta menjadi tuan rumah untuk pasukan bola sepak kebangsaan Poland . Ia mempunyai kapasiti penonton dengan sebanyak 58,826 tempat duduk. [2]

Perlawanan

Butiran

Pemenang Liga Juara-Juara akan ditetapkan sebagai pasukan "rumah" untuk tujuan pentadbiran. 

Rujukan

  1. ^ "Warsaw to host 2024 UEFA Super Cup". UEFA.com. Union of European Football Associations. 26 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.
  2. ^ "2024 Super Cup to be held at National Stadium in Warsaw". UEFA.com. Union of European Football Associations. 26 September 2023. Dicapai pada 27 September 2023.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi