Perkhidmatan perubatan kecemasan

Sebuah ambulans di England
Paramedik dan juruteknik mengusung pesakit ke dalam ambulans udara di Afrika Selatan

Perkhidmatan perubatan kecemasan (bahasa Inggeris: emergency medical servicescode: en is deprecated , EMS) ialah sejenis perkhidmatan kecemasan yang berperanan menyediakan penjagaan perubatan akut di luar hospital atau dalam perjalanan ke hospital, kepada pesakit yang mengalami penyakit atau kecederaan yang dipercayai oleh pengamal perubatan atau pesakit itu sendiri sebagai kecemasan perubatan.[1]

Tujuan perkhidmatan perubatan kecemasan biasanya adalah memberikan rawatan yang memuaskan kepada sesiapa yang memerlukan jagaan perubatan segera, ataupun membawa pesakit ke titik jagaan definitif yang seterusnya (jabatan kecemasan di hospital atau suatu tempat yang adanya pakar perubatan), tepat pada masanya. Istilah "perkhidmatan perubatan kecemasan" berubah untuk mencerminkan perubatan daripada sistem ambulans ringkas yang hanya memberikan pengangkutan, kepada suatu sistem yang memberikan jagaan perubatan sebenar di tempat kejadian dan juga dalam pengangkutan. Di sesetengah negara membangun, istilah ini tidak digunakan, ataupun disalah guna, kerana tiadanya rawatan kepada pesakit, sebaliknya sekadar mengangkut pesakit ke titik jagaan.[2]

Di kebanyakan negara, perkhidmatan perubatan kecemasan dipanggil oleh orang awam (atau khidmat kecemasan lain, perniagaan atau pihak berkuasa) melalui nombor telefon kecemasan yang menghubungkan mereka dengan kemudahan kawalan yang kemudiannya mengutuskan pihak yang sesuai untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.[3]

Di sesetengah negara, unit EMS boleh menjalankan operasi penyelamatan teknikal seperti operasi mencari dan menyelamat.[4] Tahap latihan dan kelayakan untuk ahli-ahli dan kakitangan perkhidmatan perubatan kecemasan adalah berbeza-beza dari negara ke negara. Setidak-tidaknya, ahli-ahli yang hadir hanya layak untuk memandu ambulans tanpa latihan perubatan.[2] Akan tetapi, kebanyakan sistem ada kakitangan yang mempunyai pengetahuan pertolongan cemas yang asas, seperti bantuan hayat asas (BLS). Sistem EMS yang lebih lengkap pula dilengkapi dengan kakitangan bantuan hayat lanjutan (ALS) seperti paramedik, jururawat ataupun pakar perubatan.[5]

Tujuan

6 perkara Bintang Hayat

Perkhidmatan perubatan kecemasan wujud untuk memenuhi prinsip-prinsip asas pertolongan cemas, iaitu Menyelamatkan Nyawa, Mengelakkan Keadaan Daripada Bertambah Teruk, dan Melegakan Kesakitan.

Tema umum perubatan ini ditunjukkan oleh "Bintang Hayat" yang terdiri daripada enam cabang yang melambangkan enam perkara. Enam perkara ini digunakan untuk melambangkan enam peringkat penjagaan pra-hospital yang bermutu tinggi, iaitu:[6]

  1. Pengesanan awal[6] - Orang umum atau pihak lain bertemu dengan kejadian dan memahami masalah
  2. Pelaporan awal[6] - Orang pertama di tempat kejadian memanggil perkhidmatan perubatan kecemasan dan memberikan keterangan yang secukupnya untuk mendapat gerak balas
  3. Gerak balas awal[6] - Penyelamat profesional (EMS) yang pertama tiba di tempat kejadian secepat mungkin supaya boleh memulakan bantuan
  4. Penjagaan baik di tempat[6] - Perkhidmatan perubatan kecemasan memberikan tindakan yang sesuai dan tepat pada masa untuk merawat pesakit di tempat kejadian
  5. Penjagaan dalam pengangkutan[6] - Perkhidmatan perubatan kecemasan mengangkut pesakit dalam pengangkutan yang sesuai untuk meneruskan penjagaan perubatan yang sesuai sepanjang perjalanan
  6. Peralihan ke jagaan definitif[6] - Pesakit diserahkan kepada latar penjagaan yang sesuai, seperti jabatan kecemasan di hospital, di bawah penjagaan pakar perubatan


Rujukan

  1. ^ "What is EMS?". NHTSA. Dicapai pada 3008-08-09. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ a b "Motorcycle Ambulance Trailer Project Gets Off The Ground With MAN ERF UK". Transport News Network. 2006-07-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-22. Dicapai pada 2008-08-07.
  3. ^ "EU document on European adoption of 112 emergency number" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-20. Dicapai pada 2007-06-29.
  4. ^ "EMS Special Operations". Town of Colonie EMS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-08. Dicapai pada 2007-06-29.
  5. ^ "Difference between EMT (BLS) and Paramedic (ALS)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-26. Dicapai pada 2008-08-20.
  6. ^ a b c d e f g "Design, Origin and Meaning of the Star of Life". NHTSA. Dicapai pada 2008-08-09.


  • l
  • b
  • s
Perubatan kecemasan
Perubatan kecemasan
  • Jabatan kecemasan
  • Perkhidmatan perubatan kecemasan
  • Kejururawatan kecemasan
  • Psikiatri kecemasan
  • Jam keemasan
  • Kecemasan perubatan
  • Perubatan kecemasan antarabangsa
  • Perubatan kecemasan pediatrik
  • Perubatan kecemasan prahospital
  • Trauma major
  • Pusat trauma
  • Triaj
Peralatan
  • Beg-injap-sungkup (BVM)
  • Tiub dada
  • Defibrilasi (AED
  • ICD)
  • Electrocardiogram (ECG/EKG)
  • Infusi intratulang (IO)
  • Terapi intravena (IV)
  • Intubasi trakea
  • Tiub larinks
  • Kombitiub
  • Laluan udara nasofarinks (NPA)
  • Laluan udara orofarinks (OPA)
  • Topeng poket
Ubat
Pertubuhan
  • Persekutuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa (Persidangan Perubatan Kecemasan Antarabangsa)
  • Kolej Doktor Kecemasan Amerika
  • Kolej Doktor Kecemasan Australasia
  • Persatuan Doktor Kecemasan Amerika Kanda
  • Kolej Perubatan Kecemasan Diraja
  • Persatuan Perubatan Kecemasan Eropah
  • Persatuan Perubatan Kecemasan Asia
  • Akademi Perubatan Kecemasan Amerika
Kursus / Sokongan hayat
  • Pertolongan cemas
  • Resusitasi kardiopulmonari (CPR)
  • Resusitasi mulut ke mulut
  • Sokongan hayat asas (BLS)
  • Sokongan hayat jantung lanjutan (ACLS)
  • Sokongan hayat trauma lanjutan (ATLS)
  • Program resusitasi neonat (NRP)
  • Penjagaan bayi baru lahir berisiko akut (ACoRN)
  • Sokongan hayat asas pediatrik (PBLS)
  • Sokongan hayat lanjutan pediatrik (PALS)
  • Sokongan hayat lanjutan obstetrik (ALSO)
  • Penjagaan pesakit pembedahan kritikal (CCrISP)
Sistem penskoran
  • Skor NACA
  • Skor Keterukan Kecederaan
  • Kategori Kategori
  • ? Garis kasar
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Republik Czech
    • 2
Lain-lain
  • Arkib Negara (A.S.)