Perang Kotor

Perang Kotor (Sepanyol: Guerra Suciacode: es is deprecated ) (sebahagian Operasi Condor) ialah nama yang digunakan kerajaan Argentina bagi tempoh keganasan antara 1976 sehingga 1983 sewaktu Argentina berada di bawah pemerintahan junta ketenteraan. Perang ini adalah titik hitam dalam sejarah negara ini kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya diculik, diseksa dan dibunuh oleh pihak kerajaan, demi memburu gerila sayap-kiri, penentang politik, dan sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat dengan sosialisme.[1][2][3]. Mangsa peperangan yang hilang diberi gelaran desaparecidos (mereka yang lesap) kerana selepas diculik, mereka telah dilesapkan oleh pihak polis dan tentera kerajaan, dalam usaha menutup mulut pembangkang dan memecahkan tekad gerila.[4]

Dokumen rasmi polis rahsia Chile yang telah diubah status memetik anggaran rasmi oleh Batallón de Inteligencia 601 bahawa seramai 22,000 orang maut atau "hilang" antara 1975 dan pertengahan 1978. Manakala jumlah orang yang dipercayai terbunuh atau "hilang," bergantung kepada sumber, ialah dari 9,089 hingga 30,000 dalam tempoh antara 1976 hingga 1983, apabila tentera Argentina tewas dalam Perang Falkland.[5][6] CONADEP pula menganggarkan sekitar 13,000 orang yang hilang.[7]

Sejarah

Presiden Jorge Rafael Videla merupakan orang utama yang melancarkan perang kotor ini. Pada mulanya, beliau memberi alasan kononnya perang ini adalah untuk membendung penularan ideologi komunisme di Amerika Selatan. Walaupun begitu, beliau telah menggunakan perang itu sebagai taktik untuk menghapuskan kesemua pembangkangnya. Sewaktu junta ini berkuasa antara 1976 hingga 1983, adalah dianggarkan bahawa lebih 9,000 pihak pembangkang termasuk pemimpin parti pekerja, para intelek dan mereka yang menentang regim ini telah ditahan secara haram dan kemudiannya "dilesapkan". Kumpulan hak asasi manusia di sana percaya angka sebenar adalah dua kali ganda daripada anggaran ini. Antara tempat yang terkenal sebagai pusat penyeksaan termasuklah Sekolah Mekanik Tentera Laut atau Escuela de Mecánica de la Armada (ESMA). Adalah dianggarkan dari lebih 5,000 orang yang disoalsiasat dan diseksa di sini, hanya 150 yang masih hidup.


Dua tahun selepas kejatuhan regim itu pada tahun 1985, sembilan pemimpin junta ini telah ditahan atas pelbagai jenis jenayah, termasuk penyeksaan dan pembunuhan. Bagaimanapun, lima tahun kemudian, mereka diampunkan oleh Presiden Carlos Menem. Pada tahun 1986 dan 1987, atas ancaman pegawai-pegawai tentera, Presiden Raul Alfonsin terpaksa melaksanakan undang-undang amnesti untuk melindungi mereka daripada tindakan undang-undang bagi jenayah mereka yang lalu.

Selepas abad ke-21

Pada Jun 2005, Mahkamah Agung Argentina menarik balik undang-undang amnesti yang berkuatkuasa sewaktu era 80-an. Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan lebih 400 akan dikenakan tindakan undang-undang yang baru bagi kekejaman mereka sewaktu perang kotor ini.

Lihat juga

  • Angkatan Tentera Republik Argentina

Nota

  1. ^ Political Violence and Trauma in Argentina, Antonius C. G. M. Robben, m/s. 145, University of Pennsylvania Press, 2007
  2. ^ Revolutionizing Motherhood: The Mothers of the Plaza De Mayo, Marguerite Guzmán Bouvard, m/s. 22, Rowman & Littlefield, 1994
  3. ^ "Argentina's Guerrillas Still Intent On Socialism", Sarasota Herald-Tribune, 7 Mac 1976
  4. ^ Robben, Antonius C. G. M. (September 2005). "Anthropology at War?: What Argentina's Dirty War Can Teach Us". Anthropology News. Dicapai pada 20 Oktober 2013.
  5. ^ Obituary The Guardian, Thursday 2 April 2009
  6. ^ Estimate of Deaths and Disappearences by 601st Intelligence Battalion (PDF). DINA Headquarters, Buenos Aires, Argentina. Julai 1978. m/s. A8.
  7. ^ "Una duda histórica: no se sabe cuántos son los desaparecidos", Clarin, 10 Jun 2003

Rujukan

  • Terjemahan daripada "Argentina readies Dirty War trial" (Argentina menyiapkan diri untuk perbicaraan Perang Kotor), Oscar Serrat, Associated Press, 20 Jun 2006.
  • Terjemahan daripada "Argentina Confronts Past on Coup Anniversary", Human Rights News, 24 Mac 2004. http://hrw.org/english/docs/2004/03/24/argent8213.htm

Pautan luar

  • Proyecto Desaparecidos
  • l
  • b
  • s
Topik  Argentina
Sejarah
Garis masa · Penduduk pertama · Governorate · Viceroyalty · Perang Kemerdekaan · Perang Saudara · Generation of '80 · Infamous Decade · Peronism · Dirty War · Perang Falkland · Percubaan Junta · Rusuhan Disember 2001
Undang-undang
Pelembagaan · Mahkamah Agung · Civil Code · Law enforcement · Undang-undang kenegaraan · Undang-undang hak cipta · Pasport · Hak asasi manusia · Hak asasi LGBT
Politik
Government · Presiden · Kongres Kebangsaan · Pilihan raya · Parti politik · Hubungan gereja-negara · Hubungan luar negeri
Geografi
Daerah · Provinsi · Jabatan · Bandar · Persekitaran · Iklim · Pulau · Sungai · Titik lampau · Taman negara
Ekonomi
Sejarah · Peso · Bank Pusat · Perbankan · Bursa Saham · Perdangan luar negeri · Syarikat · Pertanian · Komunikasi · Angkutan  · Pelancongan
Ketenteraan
Seajrah · Kementerian Pertahanan · Tentera · Tentera Udara · Tentera laut · Kedudukan ketenteraan
Demografi
People · Kumpulan etnik · Imigresen · Bahasa · Agama
Budaya
Architecture (Tallest buildings) · Cinema · Literature · Music · Painting · Comics · Cuisine · Humor · Sports · Radio · Television · Newspapers
Topik lain
Healthcare · Education · Notable Argentines · International rankings · Holidays · Smoking · Science and technology · Water supply and sanitation  · Women
Portal · WikiProject
Peserta   NATO · Pakatan Warsaw · SEATO
1940-an
Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua)
1950-an
Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein
1960-an
Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet
1970-an
Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh  · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea
1980-an
Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika
1990-an
Lihat juga
Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia
Pertubuhan
ASEAN · CIA · Comecon · Komuniti Eropah · GCHQ · KGB · Stasi
Perlumbaan
Perlumbaan senjata · Perlumbaan senjata nuklear · Perlumbaan Angkasa
Ideologi
Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme)
Propaganda
Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia
Dasar asing
Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori