Pengiran Muda Abdul Qawi

Pengiran Muda Abdul Qawi
Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja
Tengku Sri Utama Raja
TempohApril 2022 - kini
Pelantikan12 November 2022
Didahului olehTengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah
KeputeraanPengiran Muda Abdul Qawi ibni Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
(1974-01-27) 27 Januari 1974 (umur 50)
Bandar Seri Begawan, Brunei
PasanganYAM Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra
AnakandaYM Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri
YM Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra
Nama penuh
Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
KerabatBrunei Darussalam
AyahandaPaduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien
BondaPengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
AgamaSunni Islam
Pengiran Muda Abdul Qawi
Sukan
NegaraBrunei
SukanPolo
Rekod pingat
Polo
Mewakili  Brunei
Sukan SEA
Pingat gangsa – tempat ketiga Kuala Lumpur 2017 Kejohanan lelaki
Sukan SEA
Pingat emas – tempat pertama Philippines 2019 Kejohanan lelaki
Kerabat Diraja
Negara Brunei Darussalam
Lambang Sultan


Kerabat luas diraja

  • DYTM PS Pg. Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar
    YTM PAI PA Hjh Zariah binti Al-Marhum Pg. Pemancha PA Hj Mohamed Alam
    • YAM PA Hjh Taiyibah Qalbul Bolqiah
    • YAM Tengku Sri Utama Raja Kelantan
      YAM Tengku Maharani Putri Kelantan
    • YAM PM Dr. 'Abdul Fattaah
      YM Pg. Elina Zuraidah binti Pg. Kamaluddin
    • YAM PM Abdul Mu'min
  • DYTM PS Pg. Bendahara Seri Maharaja Permaisuara
    YAM Pg. Bini Hjh Faizah
    • YAM PM Abdul Khaaliq
    • YAM PA Ajeerah Firdausul Bulqiah
  • DYTM PS Pg. Digadong Sahibul Mal
    YAM PAI Pg. Norhayati binti Al-Marhum Pg Jaya Negara P Hj Abdul Rahman
    • YAM PM Abdul Hakeem
    • YAM PM Bahar
      YTM PS PAP 'Azemah Ni'matul Bolkiah
    • YAM PA Hamidah Jamalul Bulqiah
      YAM PA Hj Abdul 'Ali Yil-Kabier
  • YTM PS PAP Hjh Masna
    YAM Pg. Lela Cheteria Sahibun Najabah
    • YAM PA Hj Abdul Wadood Bolkiah
      YM Pg. Seti Aminah binti Pg. Othman
    • YAM PA HJ Mohammed Al-Mokhtar
      YM Dewi Norlelawati
    • YAM PA Hj Abdul 'Ali Yil-Kabier
      YAM PA Hamidah Jamalul Bulqiah
    • YAM PA Hjh Ameenah Bushral Bulqiah
    • YAM PA Hj Abdul Qudduus
      YM Pg. Ratna Siti Nooraishah binti Pg. Dato Hj Hamzad
  • YTM PS PAP Hjh Nor’ain
    • YAM PA Hj Abdul Kadir
      YM Hjh Nor Ashikin binti Hj Johari
    • YAM PA Hjh Siti Radhiah
  • YTM PS PAP Hjh Amal Umi Kalthum Al-Islam
    YAM Pg. Indera Setia Diraja Sahibul Karib
    • YAM PA Hj Mohammed Saifullah
      YM Dy. Nur Akmalina binti Lt. Kol. (B) Awg. Iskandar
    • YAM PA Hjh Huda Bahaaul Bulqiah
      YM Pg Hj Muhammad Suhaimi
    • YAM PA Hj 'Abdul Nafee'
      YM Pg. Hjh Yura Halimatussa'adah binti Pg. Hj Yura Perkasa
    • YAM PA Hj Abdul Ghaffar
      YM Dk.Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan
    • YAM PA Hj Abdul Muiz
      YM Dk. Wan Haziqah Aqilah binti Haji Yusso
  • YTM PS PAP Hjh Amal Rakiah
    • YAM PA Hjh Mujaabah Safaaul Bulqiah
    • YAM PA Abdul Mun'im
  • YTM PS PAP Hjh Amal Nasibah
    YAM Pg. Kerma Raja
    • YAM PA Abdul Badee'
      YM Sharifah Amirah binti Malai Hj Hamir
    • YAM PA Abdul Rashid
  • YTM PS PAP Hjh Amal Jefriah
    • YAM PA Hjh Nurul Amal Ni'matullah Athirah binti Pg. Sura Negara PA Hj Muhammad Bey Muntassir
      YM Ag. Mohammad Bazli Azhar bin Hj Mohd Yussof
    • YAM PA Hjh Nurul Amal Munjiatul Athirah binti Pg. Sura Negara PA Hj Muhammad Bey Muntassir
    • YAM PA Muhammad Abdul Haffiz bin Pg. Sura Negara PA Hj Muhammad Bey Muntassir
      YM Dk. Nur Izzati binti Pg. Hj Abdul Wahab
    • YAM PA Muhammad 'Abdul Qayyum bin Pg. Sura Negara PA Hj Muhammad Bey Muntassir
      YM Dk. Batrisyia Rafhanah binti Rapawi
    • YAM PA Muhammad Abdul Razaaq bin Pg. Sura Negara PA Hj Muhammad Bey Muntassir

  • YTM PS PAP Hjh Noor Ehsani binti Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien
  • l
  • b
  • s

Yang Amat Mulia Tengku Sri Utama Raja Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah (lahir 27 Januari 1974) ialah ahli kerabat diraja Brunei. Beliau merupakan anakanda saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Kehidupan awal dan pendidikan

Pengiran Muda Abdul Qawi diputerakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 27 Januari 1974. Beliau merupakan putera sulung daripada 10 orang adik-beradik kepada Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.[1]

Pengiran Muda Abdul Qawi menerima pendidikan awal di St Andrews School, Bandar Seri Begawan. Beliau meneruskan pendidkan menengah di Kolej Sekolah Sains Paduka Seri Begawan sehingga menamatkan pendidikan menegahnya dan berjaya mendapat GCEO Level. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di St Andrew's College, United Kingdom dan berjaya mendapat GCE A Level dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di Queen Mary and Westfield College, University of London, United Kingdom. Beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Politik dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Kerjaya

Selepas tamat pengajian pada tahun 1998, Pengiran Muda Abdul Qawi mula berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 2000 dan menceburi bidang perniagaan. Beliau dilantik sebagai Timbalan dan Pengerusi Eksekutif QAF Brunei, ahli Kumpulan Baiduri dan Pengarah Bank Baiduri dari tahun 2000 hingga 2010. Beliau juga menganggotai Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dari tahun 2002 hingga 2012. Beliau menyertai Lembaga Pengarah KLW Holdings Limited pada 30 September 2014 sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif. Beliau juga merupakan Pengerusi The Brunei Hotel, National Insurance Bhd, QOS Sdn Bhd, Everon Sdn Bhd dan Supremo Management Services Sdn Bhd di Brunei. Beliau telah menjadi ahli aktif: Majlis Perniagaan Asia Timur INSEAD sejak 2005; Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Asia-Pasifik sejak 2004; dan Penaung Persatuan Usahawan Muda Brunei sejak 2010.[2]

Perkahwinan dan anak-anak

Pada 27 Jun 2013, Pengiran Muda Abdul Qawi berkahwin dengan Tengku Amalin A’ishah Putri (lahir 26 Jun 1984) iaitu anakanda kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.[3]

Mereka dikurniakan dengan tiga orang puteri dan seorang putera: Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri, Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri, Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri dan Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra.

Nama Dilahirkan Tempat Lahir Umur
Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Afeefah Musyafaah Bolkiah Putri (2014-04-13)13 April 2014 Singapura 10 tahun dan 1 bulan
Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Azzahra Iffatul Bolkiah Putri (2016-06-24)24 Jun 2016 Singapura 7 tahun, 10 bulan dan 19 hari
Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Zaafirah Muizzah Bolkiah Putri (2020-02-12)12 Februari 2020 Kelantan, Malaysia 4 tahun, 3 bulan dan 1 hari
Yang Mulia Pengiran Anak Tengku Abdul Muhaimin Bolkiah Petra (2022-06-26)26 Jun 2022 Brunei 1 tahun, 10 bulan dan 17 hari

Gelaran diraja

Pada April 2022, dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran kebesaran kepada Pengiran Muda Abdul Qawi iaitu dengan gelaran Tengku Sri Utama Raja.[4] Gelaran ini telah disandang oleh Tengku Abdul Aziz bin Tengku Mohd Hamzah yang mangkat pada September 2020.[5]

Kurniaan

Kurniaan  Brunei

  • Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan (1997)
  • Pingat Jubli Perak Sultan Brunei (5 Oktober 1992)
  • Pingat Jubli Emas Sultan Brunei (5 Oktober 2017)
  • Pingat Jubli Perak Hari Kebangsaan (23 Februari 2009)
  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK; 2 Jun 2022)[6]

Kurniaan  Malaysia

 Kelantan :

Rujukan

  1. ^ "Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri".
  2. ^ "Prince Abdul Qawi".
  3. ^ "Lulusan Undang-Undang… Adinda Sultan Kelantan, TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI Pernah Bergelar Majistret!".
  4. ^ Siti Rohana Idris (12 November 2022) Pengiran Muda Abdul Qawi juga dikurniakan gelaran Tengku Sri Utama Raja. Harian Metro.
  5. ^ Rosmiza Kasim. (20 September 2020). Dukacita dimaklumkan bahawa YM Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Ibni Al-Marhum Tengku Muhammad Hamzah (Ayahanda Tengku Temenggong Kelantan) telah mangkat di Hospital Gleneagles.. Sinar Harian.
  6. ^ "300 dikurniakan Pingat Kehormatan NBD". Pelita Brunei. 2022-06-02. Dicapai pada 2023-08-10.
  7. ^ Muiz Matdani (25 Oktober 2022) YAM Pengiran Muda Abdul Qawi menerima anugerah Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) daripada YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Hijau Baiduri. Media Permata.

Pautan luar