Penaklukan oleh Muslim

Awal Penaklukan Muslim

Perluasan dari 622–750, dengan disertakan sempadan zaman kini
Tarikh622–750
Lokasi
Syam, Mesopotamia, Parsi, Afrika Utara, Al-Andalus, Gaul, Transoxania, Sindh, Kabulistan, Zamindawar, Zabulistan, Khurasan, Tukharistan, Sistan dan Caucasus
Perubahan
wilayah

Perluasan wilayah Islam:

  di bawah Muhammad, 622–632
  di bawah Khilafah al-Rasyidin, 632–661
  di bawah Khilafah Umaiyah, 661–750
Pihak yang terlibat
Lihat senarai
  • Medina Islamic Government
  • Rashidun Caliphate
  • Umayyad Caliphate (after Rashidun period)
  • Abbasid Caliphate (after Umayyad period)
Lihat senarai
  • Sasanian Empire
  • Lakhmids
  • Byzantine Empire
  • Ghassanids
  • Bulgarian Empire
  • Kingdom of Makuria
  • Dabuyid dynasty
  • Khazar Khaganate
  • Turgesh Khaganate
  • Göktürk Khaganate
  • Sogdian rebel
  • Kurdish tribes
  • Berbers
  • Visigoths
  • Kingdom of the Franks
  • Kingdom of the Lombards
  • Duchy of Aquitaine
  • Tang dynasty
  • Pratihara Empire
  • Chalukya dynasty
  • Brahmin dynasty of Sindh
  • Turk Shahi[1]
  • Zunbils[1]
  • Hepthalite principalities[2]
Komandan dan pemimpin
Lihat senarai
  • Muhammed
  • Abu Bakr
  • Umar I
  • Uthman
  • Ali
  • Khalid ibn Walid
  • Al-Muthanna ibn Haritha
  • Abu Ubayd al-Thaqafi
  • Saad ibn Abi Waqqas
  • Tariq ibn Ziyad
  • Uqba ibn Nafi
  • Muhammad bin Qasim
  • Zuhra ibn al-Hawiyya
  • Hashim ibn Utba
  • Al-Qa'qa' ibn Amr al-Tamimi
  • Abu Musa al-Ashari
  • Ammar ibn Yasir
  • Al-Nu'man ibn Muqrin
  • Hudhayfah ibn al-Yaman
  • Al-Mughira
  • Uthman ibn Abi al-As
  • Asim ibn Amr al-Tamimi
  • Ahnaf ibn Qais
  • Abdallah ibn Amir
  • Abu Ubaidah ibn al-Jarrah
  • Yazid ibn Abi Sufyan
  • Shurahbil ibn Hasana
  • Al-Samh ibn Malik al-Khawlani 
  • Abdul Rahman Al Ghafiqi 
  • Yusuf ibn 'Abd al-Rahman al-Fihri
  • Amr ibn al-As
  • Zubayr ibn al-Awam
  • Miqdad bin Al-Aswad
  • Ubadah ibn al-Samit
  • Kharija bin Huzafa
  • Abdallah ibn Sa'd
  • Musa bin Nusayr
  • Hasan ibn al-Nu'man
  • Abd ar-Rahman ibn Rabiah
  • Maslamah ibn Abd al-Malik
  • Al-Jarrah ibn Abdallah 
  • Marwan II
  • Mahdi ibn al-Mansur
  • Harun al-Rashid
  • Al-Rabi' ibn Yunus
  • Qutayba ibn Muslim
  • Muslim ibn Sa'id 
  • Al-Kharashi
  • Junayd ibn Abd al-Rahman al-Murri
  • Sawra ibn al-Hurr al-Abani
  • Sa'id ibn Amr al-Harashi
  • Asad ibn Abdallah al-Qasri
  • Nasr ibn Sayyar
  • Al-Muhallab ibn Abi Sufra
  • Habib ibn Maslama al-Fihri
Lihat senarai
  • Yazdegerd III
  • Rostam Farrokhzād 
  • Mahbuzan
  • Huzail ibn Imran
  • Hormuz
  • Anoshagan
  • Andarzaghar
  • Bāhman 
  • Pirouzan
  • Jaban
  • Mihran
  • Hormuzan #
  • Mardan Shah
  • Bahram
  • Isandi
  • Karinz ibn Karianz
  • Wahman Mardanshah
  • Jalinus 
  • Mihran-i Bahram-i Razi
  • Beerzan 
  • Farrukhzad
  • Heraclius
  • Jabalah Ibn Al-Aiham
  • Theodore Trithyrius
  • Vahan
  • Vardan
  • Thomas
  • Buccinator
  • Gregory
  • Roderic 
  • Agila II 
  • Ardo 
  • Odo of Aquitaine
  • Charles Martel
  • Childebrand
  • Liutprand
  • Pépin le Bref
  • Theodorus
  • Aretion
  • Cyrus of Alexandria
  • Gregory the Patrician 
  • Dihya
  • Kusaila
  • John the Patrician
  • Barjik  
  • Farrukhan the Great
  • Staurakios
  • Michael Lachanodrakon
  • Tatzates
  • Anthony the Domestic
  • Suluk Khagan
  • Kül Chor
  • Gurek Menyerah diri
  • al-Harith ibn Surayj
  • Kapagan Khan[3]
  • Bilge Qaghan
  • Kul Tigin
  • Gao Xianzhi
  • Bappa Rawal
  • Nagabhata I
  • Vikramaditya II
  • Raja Dahir
  • Nezak Tarkhan[2]
  • l
  • b
  • s
Pengembangan Awal Islam

Empayar Byzantine (Rom Timur)
Syria – Armenia – Mesir – Afrika Utara – Cyprus – Constantinople – Georgia – Crete – Sicily – Selatan Itali

Empayar Sassanid Parsi
Mesopotamia – Parsi – Afghanistan – Lembah Indus

Khanate Khazar Turkic
Kaukasus – Volga River – Azerbaijan

Kerajaan Visigoth (Hispania)

Empayar Frankish (Gaul)

Empayar Tang China (Asia Tengah)

Penaklukan Islam (632–732), (Arab: الفتوحات الإسلاميةcode: ar is deprecated , al-Fatūḥāt al-Islāmiyya) juga merujuk kepada Penaklukan oleh Orang Islam atau Penaklukan Arab,[4] ke atas orang bukan Arab bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad. Baginda mewujudkan sebuah kesatuan baru di Semenanjung Arab diikuti dengan Khulafa al-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umayyah melihat pengembangan pantas kuasa Muslim.

Mereka berkembang melewati Semenanjung Arab dan membentuk empayar Islam yang mempengaruhi wilayah luas dari perbatasan negeri China dan benua kecil India, merentasi Asia Tengah, Timur Tengah, Afrika Utara, Sicily, dan Semenanjung Iberia hinggalah ke banjaran Pyrenees. Sejarawan terkenal, Edward Gibbon menulis di dalam The History of the Decline and Fall of the Roman Empire ("Sejarah Kemerosotan dan Kejatuhan Empayar Rom"):

Di bawah pemerintah Umayyah terakhir, empayar Arab berkembang sejauh dua ratus hari perjalanan dari timur ke barat, dari Tartary dan India ke pantai Lautan Atlantik. Dan jika kita "memotong lengan jubah" [pendekkan cerita], seperti yang dikatakan penulis mereka, wilayah panjang dan sempit yang dilalui kafilah. Kita mencari dengan sia-sia kesatuan kuat dan keakuran kerajaan Augustus dan Antony; tetapi kemajuan Islam meresapi wilayah luas ini dengan adab dan pendapat yang serupa. Bahasa dan hukum-hukum al-Qur'an ditelaah dengan kegigihan serupa sama ada di Samarkand atau di Seville: orang Moor dan India berpelukan seperti teman senegeri dan saudara semasa mereka melakukan ibadat Hajidi Makkah; dan bahasa Arab diambil sebagai bahasa pertuturan popular di semua wilayah ke barat [sungai] Tigris.

Penaklukan oleh Muslim membawa kepada kejatuhan Empayar Sasan dan kehilangan wilayah besar bagi Empayar Byzantine. Sebab-musabab kejayaan Muslim sukar di bina semula jika ditinjau kembali, terutamanya kerana hanya terdapat serpihan sumber rujukan zaman tersebut yang kekal. Kebanyakn ahli sejarah mempercayai bahawa empayar Sasan dan Byzantine Rom lesu dari segi ketenteraan dan ekonomi selepas saling berperang bagi waktu beberapa dasawarsa. Sebab-musabab kejatuhan pantas kerajaan Visigoth di Hispania pula sukar masih difahami.

Orang Yahudi dan Kristian di Parsi serta Yahudi dan pengikut Syariat Nabi Yaakub (Monophysite) di Syam berasa tidak puas hati dan kadang kala menyambut baik tentera Islam kerana pergesaran agama di kedua-dua empayar.[5] Dalam kes Mesir Byzantine, Palestin dan Syam pula, wilayah-wilayah baharu sahaja ditakluk kembali daripada orang Parsi (Sasan) dan tidak diperintah Byzantine selama lebih daripada 25 tahun.

Sejarawan Fred McGraw Donner, bagaimanapun menyarankan bahawa sebab-sebab utama tentera al-Rasyidin dapat menubuhkan empayar yang besar dalam waktu sekitar 100 tahun adalah penubuhan sebuah negara di semenanjung Arab, kesatuan ideologi (yakni, agama) dan mobilisasi. Anggaran saiz empayar Islam pada zaman Khalifah menggambarkan ia melebihi 13 juta kilometer persegi (lima juta batu persegi) , lebih besar daripada semua negara moden melainkan Rusia.[6]

Nota

  1. ^ a b Nile Green (2016-12-12). Afghanistan's Islam: From Conversion to the Taliban. Cambridge University Press. m/s. 47. ISBN 9780520294134.
  2. ^ a b M. A. Sabhan (1979-03-08). The 'Abbāsid Revolution. Cambridge University Press. m/s. 11. ISBN 9780521295345.
  3. ^ Pike, John. "Göktürk Empire". www.globalsecurity.org.
  4. ^ Martin Sicker (2000), The Islamic World in Ascendancy: From the Arab Conquests to the Siege of Vienna, 'Praeger.
  5. ^ Rosenwein, Barbara H. (2004). A Short History of the Middle Ages. Ontario. m/s. 71–72. ISBN 1-55111-290-6.
  6. ^ Blankinship, Khalid Yahya (1994). The End of the Jihad State, the Reign of Hisham Ibn 'Abd-al Malik and the collapse of the Umayyads. State University of New York Press. m/s. 37. ISBN 0-7914-1827-8.

Rujukan

  • Edward Gibbon, History of the Decline and Fall of the Roman Empire Chapter 51
  • Fred Donner, The Early Islamic Conquests Chapter 6
  • Mark Graham, "How Islam Created the Modern World" (2006) ISBN 1-59008-043-2
  • Hugh Kennedy, The Great Arab Conquests: How the Spread of Islam Changed the World We Live in (2007) ISBN 0-306-81585-0
  • l
  • b
  • s
Topik dalam Islam
Aqidah (Rukun Iman)
Ibadat (Rukun Islam)
Sejarah & Kepimpinan
Teks keagamaan
Mazhab
Kehidupan dan Budaya
Syariat Islam & Fiqh
Ekonomi · Perbankan Islam · Riba · Murabahah · Takaful · Sukuk · Zakat · Baitul Mal · Jizyah · Khums · Nisab · Sadaqah · Wakaf · Faraid · Politik · Baiat · Khalifah · Khilafah · Daulah Islamiyah · Al-Liwa’ & Ar-Rayah · Pilihanraya · Zimmi · Perkahwinan · Peminangan · Mahar · Akad nikah · Walimatulurus · Nikah mut'ah · Perceraian · Poligami · Seks · Jenayat · Hudud · Zina · Rejam · Hirabah · Bughat · Qisas · Takzir · Diyat · Adab · Akhlak · Pakaian · Jilbab · Hijab · Niqab · Pengebumian Islam · Assalamualaikum · Insya Allah · Selawat · Mahram · Ibadat · Baligh · Solat · Azan dan Iqamat · Rakaat · Kiblat · Solat fardu · Solat sunat · Solat qada · Solat jamak · Solat qasar · Puasa · Haji · Ihram · Tawaf · Umrah · Kebersihan · Taharah · Bersugi · Wuduk · Mandi · Mandi wajib · Tayammum · Istinjak · Najis · · Alkohol · Arak dalam Islam · Menyamak kulit · Ketenteraan · Jihad · Perang · Tawanan Perang
Pengajian Islam
Pertanian · Seni: Arabes, Seni bina, Seni khat, Muzik, Tembikar · Kreasionisme · Feminisme · Zaman Kegemilangan · Kesusasteraan: Puisi · Falsafah: Falsafah awal, Falsafah moden, Eskatologi, Etika, Teologi · Sains: Alkimia & Kimia, Astrologi, Astronomi, Ekonomi, Matematik, Perubatan, Fizik, Psikologi · Sosiologi: Sosiologi awal · Shu'ubiyya · Sukan · Penukaran kepada masjid · Historiografi · Reka cipta
Agama lain
Kristian · Hinduisme · Jainisme · Yahudisme · Sikhisme
Topik berkaitan
Murtad · Islamisme · Islamofobia · Ekstremisme Islam · Keganasan Islam · Mukjizat · Islam dan antisemitisme · Keganasan domestik · Penindasan umat Islam · Al-Qur'an dan mukjizat · Qutbisme