Masjid Kampung Jambu Bongkok

مسجد كامڤوڠ جمبو بوڠكوقcode: ms is deprecated ‎Maklumat amCabang/mazhabSunni IslamStatusBeroperasiMaklumat pentadbiranDimiliki olehNo Daftar:Maklumat geografiNegara MalaysiaNegeri TerengganuDaerah MarangMaklumat pembinaanKapasiti jemaah1,000 jemaahKeluasan1,300 meter kaki persegiKontraktorBatu Tumbuh Trading[1]KosRM7.1 juta
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kampung Jambu Bongkok merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu Darul Iman.

Masjid lama Kampung Jambu Bongkok mula dibina dan digunakan sejak tahun 1965.[2]

Alamat

Pentadbiran

Masjid Kampung Jambu Bongkok memiliki nombor pendaftaran

Kemudahan

Sejarah

Pada tahun 1965, masjid lama Kampung Jambu Bongkok dibina di atas kawasan seluas setengah ekar yang dikhairatkan oleh Encik Seni Abdul Kadir dengan kos RM10,000. Setakat tahun 1998, masjid lama itu telah mengalami 3 kali pengubahsuaian dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri Terengganu iaitu[2],

  • Kali pertama - Tahun 1979 (RM25,000)
  • Kali kedua - Tahun 1986 (RM50,000)
  • Kali ketiga - Tahun 1992 (RM45,000) khas untuk pembinaan menara masjid


Pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Terengganu meluluskan pembangunan semula Masjid Kampung Jambu Bongkok dengan peruntukan sebanyak RM7.1 juta. Masjid berkeluasan kira-kira 1,300 meter persegi ini mampu menampung sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid tersebut siap dibina pada 4 Februari 2019 dan Jabatan Kerja Raya Marang menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).[3]

Pada 7 Februari 2020, KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Kampung Jambu Bongkok dalam satu majlis perasmian yang bermula pada jam 12.00 tengahari yang dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu ke-15 iaitu Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mufti Terengganu ke-17 ketika itu Dato' Dr. Haji Zulkifly bin Muda dan lain-lain orang kenamaan.[4]

Program

Rujukan

  1. ^ Gambar majlis penyerahan projek masjid
  2. ^ a b Dato' Safei Daud (1998). Berita Darul Iman. Unit Penerbitan Kerajaan Terengganu. m/s. 19.
  3. ^ "Demografi Faktor Masjid Jambu Bongkok Dibesarkan - MB Terengganu". TRDI News. 8 Februari 2020. Dicapai pada 12 Mei 2024.
  4. ^ "Sultan Mizan Rasmi Masjid Jambu Bongkok Terengganu". TRDI News. 8 Februari 2020. Dicapai pada 12 Mei 2024.

Pautan luar

  • Kain rentang majlis perasmian Masjid Baharu Kampung Jambu Bongkok
  • Gambar majlis penyerahan projek masjid
  • l
  • b
  • s
Masjid di Terengganu
 Daerah Kuala Terengganu
Masjid Abidin • Masjid Banggol Tuan Muda • Masjid Al-Muktafi Billah Shah • Masjid Ar-Ridha • Masjid Banggol Peradung • Masjid Kampung Banggol DonasMasjid Kampung Mengabang Telipot • Masjid Kristal • Masjid Sultan Ismail • Masjid Tengku Tengah Zaharah
 Hulu Terengganu
Masjid As-Syakirin • Masjid Kampung Bukit PerahMasjid Kampung Kuala Menjing • Masjid Sultan Mahmud
 Kuala Nerus
Masjid Batu Enam • Masjid Bukit Tok Beng • Masjid Kampung Batin • Masjid Kampung Gemuruh • Masjid Kampung Padang AirMasjid Kampung Padang NanasMasjid Kampung Pagar UbiMasjid Kampung Pengkalan ArangMasjid Kampung Seberang Bukit Tumbuh • Masjid Kampung Tebauk • Masjid Kampung Tok Jembal • Masjid Nur Bakti • Masjid Nurul Iman • Masjid UNISZAMasjid Wakaf Tembesu • Masjid Jamek Pantai Tok Jembal
 Kemaman
 Dungun
Masjid Sultan Mahmud
 Marang
Masjid RusilaMasjid Sultanah Nur Zahirah • Masjid Kampung Jambu Bongkok
 Besut
 Setiu