Luxor

Luxor
Luxor is located in Bumi
Luxor
Luxor (Bumi)
Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650Koordinat: 25°41′N 32°39′E / 25.683°N 32.650°E / 25.683; 32.650
Country Mesir
GovernorateLuxor
Keluasan
[perlu rujukan]
 • Jumlah416 km2 (161 batu persegi)
Aras
76 m (249 ft)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah506,588 orang
 • Demonym
Luxorian
Zon waktuUTC+02:00 (EET)
Kod kawasan(+20) 95
Laman sesawangwww.luxor.gov.eg
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Nama rasmi
Thebes Lama dan Nekropolis
JenisCultural
Kriteriai, iii, vi
Ditetapkan1979 (sesi ketiga)
No. rujukan
87
RegionEgyptian Governorates, Afrika Utara, Kesatuan Afrika

Luxor (Arab: الأقصر, rumi: al-ʾuqṣurcode: ar is deprecated , Bahasa Qibti: ⲡⲁⲡⲉcode: cop is deprecated Pape,[1]) adalah sebuah kota moden yang terletak di kedua tepi timur dan barat Sungai Nil di bahagian utara Mesir yang turut disebut sebagai Mesir Hulu. Ia diduduki 506,535 orang (anggaran 2012)[2] mencakupi kawasan seluas kira-kira 417 kilometer persegi (161 bt2).[3]

Kota ini dibangun di bekas lokasi Thebes, ibu kota Mesir Purba yang terkenal (2052 SM) tempat semayaman firaun-firaun memerintah di sini, menciptakan peradaban yang belum pernah dilihat dunia sebelumnya. Banyak pelancong yang mengunjungi Luxor untuk mengagumi warisan-warisan ditinggalkan tamadun kuno ini serta bukti lain peradaban purba setiap tahun.

Sejarah

Penamaan

Nama ini meminjam dari nama bahasa Arab ia, al-ʾuqṣur (الأقصرcode: ar is deprecated )[4] iaitu bentuk jamak perkataan قصرcode: ar is deprecated qaṣr yang bermaksud "istana",[5][4][6] ia merupakan padanan seberapa nama lain dipakai untuk kota itu: τὰ Τρία Κάστρα ta tria kastra bahasa Yunani dan ⲡϣⲟⲙⲧ ⲛ̀ⲕⲁⲥⲧⲣⲟⲛ pshomt enkastron dalam bahasa Qibti yang kedua-duanya bermaksud "tiga istana".[1]

Pendirian dan pengembangan

Tanah-tanah padang pasir bagian baratnya yang pada masa lalu dikenal sebagai “kota kematian” ialah tempat di mana semua penerus Dewa Amun dimakamkan bersama kekayaan yang dapat dibawa ke kehidupan abadi (menurut kepercayaan mereka). Menyimpan catatan koleksi seni dan catatan arkeologis Mesir purba yang berlimpah, sebagian bahkan dirunut kembali sampai 3000 SM. Penggalian terakhir dilakukan atas makam Fir’aun kecil, Tutankhamun, yang penuh dengan perhiasan emas, patung dan surat berharga. Pada lokasi asli, monumen-monumen tertua berasal dari Dinasti XI (2081-1939 SM), saat kota provinsi itu menjadi ibu kota Mesir bersatu.

Banyak penguasa Thebes yang meninggalkan warisan fizikal untuk diamati rakyat jelata mereka yang masih berkekalan sehingga hari ini. Kuil Hatshepsut dari Dinasti XVIII menggambarkan bahwa kelahirannya yang penuh keajaiban ialah sebab bersatunya Ratu Ahmes dan dewa Amon (menurut kepercayan Mesir kuno). Amenhotep III meninggalkan 2 patung besar setinggi ± 70 kaki (± 20 m) yang dikenal sebagai Kolossi Memnon. Firaun Ramses II memesankan dibuatkannya gambaran dari perang-perang besar, termasuk yang dialaminya sendiri melawan kaum Hittit Suriah, selain adegan festival pemujaan dewa hasil bumi. Menghiasi bagian luar kuilnya, gambar-gambar ini masih ada sampai kini.

Lihat pula


Rujukan

  1. ^ a b "TM Places". www.trismegistos.org. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  2. ^ "World Gazetteer – Egypt: largest cities and towns and statistics of their population". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2012.. Retrieved on 27 July 2010.
  3. ^ "Data from Luxor.gov.eg". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2007. Dicapai pada 4 Jun 2007.
  4. ^ a b Macmillan & Co (1905). Guide to Egypt and the Sudan: Including a Description of the Route Through Uganda to Mombasa. Macmillan. m/s. 115.
  5. ^ Verner, Miroslav (2013). Temple of the World: Sanctuaries, Cults, and Mysteries of Ancient Egypt. Cairo: American University in Cairo Press, p. 232. ISBN 9789774165634. (Diarkibkan Mac 22, 2017, di Wayback Machine.)
  6. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 297. ISBN 967-65-7321-3.

Bibliografi

  • Chrisanne Beckner dan Eddy Soetrisno, 2001, Buku Pintar 100 Kota Besar Bersejarah di Dunia. Jakarta: Ladang Pustaka & Intimedia.

Pautan luar

  • Theban Mapping Project: website devoted to the Valley of the Kings and other sites in the Theban Necropolis
  • Luxor World Heritage Site in panographies - panografi interaktif 360 darjah
  • GCatholic Copic epachy
  • Kamil, Jill (November 2008). "The Development Plan for Luxor". Al-Ahram Weekly, Issue No. 921. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-06.
  • l
  • b
  • s
Bandar 6 Oktober · Akhmim · El Alamein · Abydos · Arish · Aswan · Asyut · Banha · Bani Suwayf · Kaherah · Dahab · Dakhla · Damanhur · Damietta  · Dandarah · Disuq · Esna · Faiyum · Hurghada · Hamrah Dawm · Hala'ib · Imbabah · Ismailia · Giza  · Kafr el-Dawwar · Kom Ombo · Kharga · Luxor · El-Mahalla El-Kubra · Iskandariah · Mallawi · Mansoura · Marsa Matruh · el-Menya · Nag Hammadi · Nuweiba · Noubarya · Port Said · Qena · Rasyid · Safaga · Saint Katherine · Siwa · Sharm el-Sheikh · Shibin al Kawm · Shibin el-Qanater · Shubra el-Kheima · Sohag · Ain Sukhna · Suez · Taba · Tanta · Zaqaziq ·
Ikon tunas

Rencana berkenaan Mesir ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana lokasi di Mesir ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s