Lan Pet Pet
Lan Pet Pet | |
---|---|
Kelahiran | Mazlan bin Ahmad (1969-05-20) 20 Mei 1969 (umur 55) Alor Setar, Kedah, Malaysia |
Nama lain | Lan Pet Pet |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Rubihah Abu Bakar @ Che Wan (k. 2008) |
Ibu | Asma Abdullah |
Bapa | Ahmad Mahmood |
Saudara | Mahadzir Ahmad (saudara kandung) |
Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia. Beliau ialah anggota kumpulan Senario
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1994. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan nasihat.
Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.
Kehidupan peribadi
Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1999 | Senario The Movie | Mazlan | Kemunculan pertama beliau dalam bidang perfileman |
2000 | Senario Lagi | Susulan Senario the Movie | |
Pasrah | Mustafa | Cubaan pertama beliau di luar projek Senario | |
2001 | Gerak Khas The Movie | Salleh | |
Lagi-Lagi Senario | Mazlan | Peranan serius pertama beliau | |
2002 | Anak Mami The Movie | Konduktor Bas | Pelakon undangan |
Gerak Khas The Movie II | Salleh | ||
2003 | Lang Buana | Kiambang | |
2004 | I Know What You Did Last Raya | Roslan | |
2005 | Pontianak Menjerit | Mazlan | |
Senario XX | Rosman | ||
2006 | Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita | Seman | |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Inspektor Cenehom | |
2008 | Cinta U-Turn | Hafiz | Pertama kali memegang watak utama di luar projek Senario |
Senario The Movie: Episode 1 | Mazlan/Perompak 1 | ||
Jangan Pandang Belakang Congkak | Punai | ||
2009 | Senario The Movie Episod 2: Beach Boys | Mazlan | |
2010 | Zoo | Ad | |
Senario Asam Garam | Garam | ||
Magika | Hang Jebat | Penampilan khas bersama Senario | |
Jangan Pandang Belakang Congkak 2 | Punai | ||
Ngangkung | Pendeta | ||
2011 | Kembar Siang | Lan Sengau | |
Senario The Movie Ops Pocot | Lan | ||
2013 | Gangster Celop | Tokanda | Penampilan khas |
2014 | Dollah Superstar | Dr. Romeo | |
Gila Baby | Jerry | ||
2020 | Mulut Masin | Pak Long | |
TBA | Senario The Legend | Dalam perancangan |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996–2013 | Senario | Pelbagai | TV3 | Sitkom |
2003 | Phua Chu Kang (Musim 6) | Dirinya sendiri | Mediacorp Saluran 5 | Episod: "Senario Terburuk" |
2009 | Jangan Pandang Belakang Congkak The Series | Punai | Astro Warna |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Rentas Samudera | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2004 | Senario Gelak Kaya | Pengacara | TV3 |
2015 | Juara Parodi | Bersama kumpulan Senaman iaitu Azlee Jaafar & Firman | Astro Warna |
2021 | Malaysia Hari Ini | Artis jemputan bersama kumpulan Senario | TV3 |
Havoc Nak Raya |
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
1998 | Penghibur TV Popular | Menang |
1999 | Penghibur TV Popular | Menang |
2000 | Penghibur TV Popular | Menang |
2000 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
2000 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
Anugerah Lawak Warna 2014 | ||
---|---|---|
Tahun | Kategori | Keputusan |
2014 | Komedi Sepanjang Zaman | Menang |
Rujukan
- ^ "Alhamdulillah. Ini hadiah dari Allah" - Lan Pet Pet luah rasa syukur.
Pautan luar
- Lan Pet Pet di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)