Krone Yugoslavia

Krone Yugoslavia ialah mata wang sementara dan tidak kekal lama yang digunakan di Kerajaan Serbia, Croatia, dan Slovenia (KSCS) yang ketika itu baru sahaja dibentuk. Kawasan itu merupakan sebahagian bekas Empayar Austria-Hungary.

Sejarah

Selepas Perang Dunia I, Austria-Hungary berpecah-pecah menjadi banyak negeri, dengan bahagian tenggaranya bergabung dengan Serbia untuk membentuk KSCS. Pada 12 November 1918, Krone Yugoslavia menggantikan Krone Austria-Hungary pada tara dan diedarkan bersama-sama Dinar Yugoslavia di Bosnia and Herzegovina, Croatia, dan Slovenia pada kadar pertukaran sebanyak 1 dinar = 4 kronen. Tarikh tepat ketika Krone Yugoslavia tamat pengedarannya tidak dapat dipastikan, dengan satu sumber mengatakan bahawa krone tersebut masih diedarkan pada akhir tahun 1922.[1]

Nota bank

Pada mula-mulanya, Krone Yugoslavia terdiri daripada nota bank Austria-Hungary yang dicetak tindan dalam jenis mata wang 10, 20, 50, 100, dan 1,000 kronen. Cap pada 10, 20, dan 50 kronen dicetak dalam tiga bahasa (bahasa Serbia, bahasa Croatia, dan bahasa Slovenia), dengan cap pada nota 100 dan 1,000 krone dicetak dalam mana-mana satu bahasa.

Kementerian Kewangan KSCS kemudian mengeluarkan nota "krone pada dinar" yang tertentu yang dicetak sebagai dinar serta dicetak tindan dengan krone pada nisbah 1 dinar = 4 kronen. Jenis mata wang yang dikeluarkan ialah 2, 4, 20, 40, 80, 400, dan 4,000 kronen pada nota bank ½, 1, 5, 10, 20, 100 dan 1,000 dinar. Hanya nota bank 2 kronen pada ½ dinar serta 4 kronen pada 1 dinar mempunyai kelainan tanpa cetak tindan. Adakah versi cetak tindan itu dikeluarkan sebelum atau selepas versi tanpa cetak tindan tidak dapat dipastikan.

Rujukan

  1. ^ "Global Financial Data: Serbia (Yugoslavia) Dinar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2009-09-15.
  • Pick, Albert (1994). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-7). Krause Publications. ISBN 0-87341-207-9.
  • Pick, Albert (1996). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am hingga 1960. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-8). Krause Publications. ISBN 0-87341-469-1.


Didahului oleh:
Krone Austria-Hungary
Alasan: Pembubaran Empayar Austria-Hungary
Nisbah: pada tara
Nota: Pencetakan tindan Krone Austria-Hungary
Mata wang Kerajaan Serbia, Croatia, dan Slovenia
12 November 1918 – 1922?
Digantikan dengan:
Dinar Yugoslav
Alasan: Pengukuhan keadaan mata wang
Nisbah: 1 dinar = 4 kronen
  • l
  • b
  • s
Mata-mata wang bernama Crown atau serupa
Masih diedarkan
Koruna Czech  · Krone Denmark  · Kroon Estonia  · Króna Kepulauan Faroe  · Króna Iceland · Krone Norway  · Krona Sweden
Usang
Krone Austria  · Krone Austria-Hungary  · Kronenthaler Belanda Austria  · Koruna Bohemia dan Moravia  · Koruna Czechoslovakia  · Krone Greenland  · Korona Hungary  · Krone Liechtenstein  · Koruna Slovakia  · Krone Yugoslavia
Sebagai jenis mata wang
Crown British · Kronenthaler