Kot merah (uniform tentera)

Tunik merah marak dipakai oleh pegawai Pengawal Welsh
Para pelakon semula memakai uniform kot merah Rejimen Ke-33 Infantri semasa Perang Napoleon antara tahun 1812 dan 1816. Perhatikan pegawai berwarna merah marak di sebelah kanan.

Kot merah ("redcoat") atau tunik merah marak ialah baju tentera yang dipakai secara meluas, walaupun tidak dipakai secara eksklusif, oleh kebanyakan rejimen Tentera Darat British, Marin Diraja, dan beberapa unit kolonial dalam Empayar British, dari abad ke-17 hingga ke-20.[1] Tunik merah terus digunakan hingga abad ke-21, dengan beberapa angkatan tentera Negara-Negara Komanwel mengguna pakainya sebagai pakaian istiadat dan pakaian mess kitt mereka. Pakaian seragam itu dan istilah "redcoat" mungkin berasal dari abad ke-16 Tudor Ireland sebagai istilah penghinaan bagi British, kerana askar British dalam tentera Lord Lieutenant of Ireland memakai kot merah, kali pertama askar Inggeris dan Scotland dibawah pemerintahan Inggeris dan kemudian British secara bersama mempunyai pakaian seragam merah. Kemudian istilah itu dilaporkan dibawa ke Amerika dan Eropah oleh pendatang Ireland.[2][3][4]

Dari pertengahan abad ke-17 hingga ke-19, uniform kebanyakan askar British (selain dari artileri, raifal dan kavalri ringan) menggunakan kot merah madder atau kotee. Dari tahun 1873 dan seterusnya, warna merah marak yang lebih menyala telah diguna pakai untuk semua pangkat, yang sebelum ini hanya dipakai oleh pegawai, sarjan dan semua pangkat beberapa rejimen berkuda.[5]

Galeri

  • Abad ke-17–ke-18
  • Askar Rejimen Ke-4 Berkuda, 1687
    Askar Rejimen Ke-4 Berkuda, 1687
  • Askar Rejimen Ke-29 Infantri, 1742
    Askar Rejimen Ke-29 Infantri, 1742
  • Askar Rejimen Ke-60 (Royal American), 1758
    Askar Rejimen Ke-60 (Royal American), 1758
  • Grenadier Rejimen Ke-40 Infantri, 1767
    Grenadier Rejimen Ke-40 Infantri, 1767
  • Pegawai Rejimen Ke-71 Infantri, 1776
    Pegawai Rejimen Ke-71 Infantri, 1776
  • Abad ke-19
  • Prebet Marin Diraja, 1815
    Prebet Marin Diraja, 1815
  • Prebet Tentera Madras dari Syarikat Hindia Timur, 1835
    Prebet Tentera Madras dari Syarikat Hindia Timur, 1835
  • Askar Rejimen Pertama (Royal) Dragoons, 1839
    Askar Rejimen Pertama (Royal) Dragoons, 1839
  • Askar Rejimen Ke-72, Duke of Albany's Own Highlanders pada 1848
    Askar Rejimen Ke-72, Duke of Albany's Own Highlanders pada 1848
  • Pegawai dan askar Rejimen Raja (Liverpool), 1891
    Pegawai dan askar Rejimen Raja (Liverpool), 1891
  • Abad ke-20
  • Askar Black Watch, 1900
    Askar Black Watch, 1900
  • Fil Marsyal Frederick Roberts, Earl Roberts Pertama, 1906
    Fil Marsyal Frederick Roberts, Earl Roberts Pertama, 1906
  • Perbarisan Fusiliers Diraja, 1916
    Perbarisan Fusiliers Diraja, 1916
  • Askar Pengawal Peribadi, 1983
    Askar Pengawal Peribadi, 1983
  • Maskot Kambing dan Mejar Rejimen Diraja Wales, 1999
    Maskot Kambing dan Mejar Rejimen Diraja Wales, 1999
  • Abad ke-21
  • Anggota Pancaragam Rejimen Diraja Scotland, 2007
    Anggota Pancaragam Rejimen Diraja Scotland, 2007
  • Pemain Dram Rejimen Duke of Wellington, 2008
    Pemain Dram Rejimen Duke of Wellington, 2008
  • Askar Pengawal Coldstream dan Rejimen Diraja Gibraltar, 2012
    Askar Pengawal Coldstream dan Rejimen Diraja Gibraltar, 2012
  • Anggota Rejimen Diraja Kanada dan Putera Philip, 2013
    Anggota Rejimen Diraja Kanada dan Putera Philip, 2013
  • Anggota Pengawal Infantri Gabenor Jeneral, 2017
    Anggota Pengawal Infantri Gabenor Jeneral, 2017
  • Unit-unit diluar Komanwel
  • Pegawai dan askar Pengawal Swiss dalam perkhidmatan Perancis, 1757
    Pegawai dan askar Pengawal Swiss dalam perkhidmatan Perancis, 1757
  • Pegawai dan askar Leib Dragoner Regiment Poland–Lithuania, 1775
    Pegawai dan askar Leib Dragoner Regiment Poland–Lithuania, 1775
  • Pengawal Diraja Angkatan Tentera Diraja Burma
    Pengawal Diraja Angkatan Tentera Diraja Burma
  • Alexander III beruniform Pengawal Peribadi Diraja Denmark, 1899
    Alexander III beruniform Pengawal Peribadi Diraja Denmark, 1899
  • Uniform pegawai Spahi Maghribi Perancis, s. 1919–1939
    Uniform pegawai Spahi Maghribi Perancis, s. 1919–1939
  • Rejimen Bolivia Colorado sedang berbaris di Sucre, 2005
    Rejimen Bolivia Colorado sedang berbaris di Sucre, 2005
  • Kelas graduasi rekrut Kor Marin Brazil, 2008
    Kelas graduasi rekrut Kor Marin Brazil, 2008
  • Anggota Garderegiment Fuseliers Prinses Irene, 2008
    Anggota Garderegiment Fuseliers Prinses Irene, 2008
  • Anggota Pengawal Merah Senegal, 2012
    Anggota Pengawal Merah Senegal, 2012
  • Pemain Dram Old Guard Fife and Drum Corps Amerika, 2013
    Pemain Dram Old Guard Fife and Drum Corps Amerika, 2013

Lihat juga

  • flagPortal United Kingdom
  • Garisan Merah Nipis (Pertempuran Balaclava)

Rujukan

  1. ^ Concise Oxford Dictionary 1982, p. 868, ISBN 0-19-861131-5
  2. ^ Abbé MacGeoghegan, History of Ireland, Ancient and Modern (Paris, 1758), trans. P. O'Kelly (1832), Vol. III, p.109.
  3. ^ Historiae Catholicae Iberniae Compendium by Philip O'Sullivan Beare (1621), Tome II, Bk IV, Chap III, translated as Ireland Under Elizabeth by Matthew J. Byrne (1903). See p. 5 of Byrne's translation.
  4. ^ 'Elizabeth I: volume 180, June 1595', in Calendar of State Papers, Ireland, 1592-1596, ed. Hans Claude Hamilton (London, 1890), p. 322.
  5. ^ Major R.M. Barnes, A History of the Regiments & Uniforms of the British Army. Sphere Books Ltd, London (1972), p.257

Sumber

  • Barnes, Major R. M. (1951). History of the Regiments & Uniforms of the British Army. Seeley Service & Co.
  • Barthorp, Michael (1982). British Infantry Uniforms Since 1660. Blandford Press. ISBN 978-1-85079-009-9.
  • Carman, W.Y. (1957). British Military Uniforms from Contemporary Pictures. Feltham Middlesex: Hamlyn Publishing Group.
  • Carman, W.Y. (1968). British Military Uniforms from Contemporary Pictures. Hamlyn Publishing Group.
  • Carman, W.Y. (n.d.). British Military Uniforms from Contemporary Pictures. Hamlyn Publishing Group.
  • Carman, W.Y.; Simkin, Richard (1985). Uniforms of the British Army — the Infantry Regiments. Exeter: Webb & Bower. ISBN 978-0-86350-031-2.
  • Kannik, Preben (1968). Military Uniforms of the World in Colour. Blandford Press. ISBN 0-71370482-9.
  • Lawson, Cecil C. P. (1969) [1940]. A History of the Uniforms of the British Army, Volume I: From the Beginning to 1760. London: Kaye & Ward. ISBN 978-0-7182-0814-1.
  • Mollo, John (1972). Military Fashion. ISBN 978-0-214-65349-0.
  • Young, Peter; Holmes, Richard (27 September 1999). The English Civil War. ISBN 978-1-84022-222-7.