Kereta api berkelajuan tinggi di China

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di China boleh merujuk kepada sebarang perkhidmatan kereta api komersil di China yang kelajuan puratanya 200km/j dan ke atas. Setakat Disember 2013,panjang rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di China 11,028 kilometer, menjadikannya terpanjang di dunia. Antaranya termasuk laluan yang terpanjang di dunia, Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Guangzhou.

Sejak perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi diperkenalkan pada 18 April 2007, jumlah penumpang harian bertumbuh daripada 237,000 pada 2007 kepada 1.33 juta pada tahun 2012, menjadikan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di China paling kerap digunakan di dunia. Rangkaian tersebut termasuk laluan rel konvensional yang dipertingkatkan, laluan rel berkelajuan tinggi yang baru dibina, dan laluan apungan magnetik (maglev) komersil berkelajuan tinggi yang pertama di dunia. Hampir semua laluan dan pusingan stok dimilik dan dikendalikan oleh China Railway Corporation, pengendali kereta api nasional yang bekasnya dikenali sebagai Kementerian Jalan kereta Api. Kereta Api Maglev Shanghai dimilik dan dikendalikan oleh kerajaan perbandaran Shanghai.

Rangkaian trek

Kerajaan China bervcita-cita tinggi dalam projek sistem kereta api berkelajuan tingginya. Ia merupakan sistem kereta api yang paling besar, paling cepat dan paling canggih teknologinya di dunia. Rangkaian berkelajuan tinggi yang panjangnya 25,000 km dan trennya yang mencapai kelajuan normal 350 km/j dicadangkan. China telah melaburkan $50 bilion dalam sistem kereta api berkelajuan tingginya pada tahun 2009 dan jumlah kos keseluruhan pembinaan sistem tersebut ialah $300 bilion. Pengendali utama perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di Republik Rakyat China ialah Kereta Api Berkelajuan Tinggi China (CRH). Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi konvensional China dibentuk oleh empat komponen:

  1. laluan rel yang sedia ada dipertingkatkan untuk memuatkan tren berkelajuan tinggi
  2. laluan HSR grid nasional yang mengangkut kebanyakan penumpang
  3. laluan rel konvensional yang baru dibina, kebanyakannya di kawasan barat China
  4. laluan HSR antara bandar di kawasan tertentu

Kebanyakan laluan rel jenis kedua hingga keempat sedang dibina.

Laluan rel dipertingkatkan

Sejak 18 April 2007, 6,003 km trek dipertingkatkan untuk mencapai 200 km/j. Antaranya, 848 km berjaya mencapai 250 km/j. Antaranya termasuk Lalaun Rel Penumpang Qinhuangdao-Shenyang (Qinshen), dan bahagian Qingdao-Jinan (Jiaoji), Shanghai-Kunming (Hukun) di antara Hangzhou dan Zhuzhou, Lalaun Rel Guangzhou-Shenzhen (Guangshen), Beijing–Shanghai (Jinghu), Beijing-Harbin (Jingha), Beijing-Guangzhou (Jingguang), Longhai di anatara Zhengzhou ke Xuzhou. Kerja peningkatan diteruskan pada laluan lain seperti Lalaun Rel Wuhan-Danyang (Handan), Hunan-Guizhou (Xianggui), and Nanjing-Nantong (Ningqi). Sebanyak 295 stesen telah dibina atau diubah suai untuk memuatkan tren berkelajuan tinggi.

Grid kereta api berkelajuan tinggi nasional (4+4)

Projek kereta api berkelajuan tinggi China tertumpu kepada laluan rel grid nasional baru yang mengatasi rangkaian laluan rel yang sedia ada. Grid tersebut dibentuk oleh lapan koridor rel berkelajuan tinggi, empat dari utara ke selatan dan empat dari timur ke barat, dan jumlahnya 12,000 km. Kebanyakan lalaun baru ini mengikut laluan utama sedia ada dan direka untuk mengangkat penumpang sahaja. Beberapa bahagian grid nasional, terutamanya koridor tepi pantai tenggara, dibina untuk menghubungkan bandar-bandar yang tiada sambungan kereta api sebelumnya. Tren berkelajuan tinggi yang mengangkut penumpang sahaja mencecah 300 - 350 km/j, manakala laluan campuran yang mengangkut penumpang dan barangan boleh mencapai 200-250 km/j. Projek gergasi ini dirancang untuk diselesaikan pada tahun 2020, tetapi dorongan kerajaan telah mempercepat pembinaan banyak laluan.

Laluan yang sudah beroperasi sepenuhnya akan dihijaukan.

Empat laluan koridor HSR Utara-Selatan

Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Harbin- 350 km/j - 1,700 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Shanghai- 350 km/j - 1,443 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Guangzhou-Shenzhen-Hong Kong - 200-350 km/j - 2,229 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Hangzhou-Fuzhou-Shenzhen- 250-350 km/j - 1,495 km

Empat laluan koridor HSR Timur-Barat

Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Qingdao-Taiyuan- 250 km/j - 873 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Xuzhou-Lanzhou- 350 km/j - 1,363 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Shanghai-Wuhan-Chengdu - 250–350 km/j - 2,078 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Shanghai-Kunming- 350 km/j - 2,066 km

Laluan rel berkelajuan tinggi lain

40,000 km dirancang dibina untuk memajukan rangkaian kereta api di bahagian barat China dan menghubungkan rangkaian di antara bahagian timur dan tengah China. Sesetengah laluan dibina untuk memuatkan tren berkelajuan 200 -250 km/j untuk mengangkut penumpang dan juga barangan. Laluan-laluan ini dianggap rel berkelajuan tinggi walaupun bukan sebahagian daripada grid nasional atau rel berkelajuan tinggi antara bandar.

Laluan yang sudah beroperasi sepenuhnya akan dihijaukan..

Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Tianjin-Shenyang- 250–350 km/j - 665 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Tepi Pantai Guangxi- 250 km/j - 261 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Chengdu-Guangzhou- 300–350 km/j - 1376 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Nanchang-Shenzhen- 200–350 km/j - 880 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Datong-Xi'an 250-350 km/j - 859 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Maoming-Zhanjiang 250 km/j - 103 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Shenzhen-Maoming 250 km/j - 372 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Tianjin-Baoding 250 km/j - 158 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Beijing-Zhangjiakou 200 km/j - 173 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Zhangjiakou-Hohhot 250 km/j - 286 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Datong-Zhangjiakou 250 km/j - 137 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Lanzhou-Urumqi 300 km/j - 1776 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Hefei-Fuzhou 250 km/j - 806 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Xi'an-Chengdu 250 km/j - 510 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Chongqing-Guiyang 250 km/j - 345 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Kunming-Nanning 200-350 km/j - 710 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Jilin Hunchun- 250 km/j - 359 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Shangqiu-Hefei-Hangzhou 350 km/j - 770 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Zhengzhou-Wanzhou - km/j - 770 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Qianjiang-Zhangjiajie–Changde 200 km/j - 340 km
Laluan Rel Berkelajuan Tinggi Meizhou-Chaoshan 250 km/j - 120 km
Laluan rel berkelajuan tinggi kelas I
Laluan Rel Longyan-Xiamen 200 km/j - 171 km
Laluan Rel Xiangtang-Putian 200 km/j - 635 km
Laluan Rel Hengyang-Liuzhou 200 km/j - 498 km
Laluan Rel Nanping-Sanming-Longyan 250 km/j - 247 km
Laluan Rel Ganzhou-Longyan 200 km/j - 274 km
Laluan Rel Guangzhou-Nanning 250 km/j - 577 km
Laluan Rel Chongqing-Lanzhou 200 km/j - 832 km
Laluan Rel Chengdu-Lanzhou 200 km/j - 730 km
Laluan Rel Jiujiang-Quzhou 200 km/j - 333 km
Laluan Rel Shanghai-Nantong 250 km/j - 137 km
Laluan Rel Fuzhou–Pingtan 160-200 km/j - 88.4 km

Laluan rel antarabandar berkelajuan tinggi

Intercity railways are designed to provide regional high-speed rail service between large cities and metropolitan areas that are generally within the same province. Intercity HSR service speeds range from 200–350 km/h (120–220 mph). Laluan rel antarabandar direka untuk membekalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi di antara bandar besar dengan kawasan metropolitan dalam wilayah yang sama. Kelajuannya di antara 200 - 350 km/j.

Laluan yang sudah beroperasi sepenuhnya akan dihijaukan..

Laluan Rel Antarabandar Beijing–Tianjin 350 km/j - 115 km
Laluan Rel Antarabandar Chengdu–Dujiangyan 220 km/j - 65 km
Laluan Rel Antarabandar Shanghai–Nanjing 350 km/j - 301 km
Laluan Rel Antarabandar Nanchang–Jiujiang 250 km/j - 131 km
Laluan Rel Bulatan Timur Hainan 250 km/j - 308 km
Laluan Rel Antarabandar Changchun–Jilin 250 km/j - 111 km
Laluan Rel Antarabandar Guangzhou–Zhuhai (laluan utama) 200 km/j - 117 km
Laluan Rel Antarabandar Guangzhou–Zhuhai (cabang Xinhui) 200 km/j - 27 km
Laluan Rel Antarabandar Nanjing–Hangzhou 350 km/j - 251 km
Laluan Rel Antarabandar Liuzhou–Nanning 250 km/j - 223 km
Laluan Rel Antarabandar Wuchang–Xianning 250 km/j - 90 km
Laluan Rel Antarabandar Chengdu–Dujiangyan (cabang Pengzhou) 200 km/j - 21 km
Laluan Rel Antarabandar Wuhan–Huangshi 250 km/j - 97 km
Laluan Rel Antarabandar Wuhan–Huanggang 250 km/j - 66 km
Laluan Rel Antarabandar Jiangyou–Mianyang–Chengdu–Leshan 200 km/j - 319 km
Laluan Rel Antarabandar Chengdu–Pujiang 99 km/j - 200 km
Laluan Rel Antarabandar Zhengzhou–Jiaozuo 200 km/j - 69 km
Laluan Rel Antarabandar Zhengzhou–Xuchang 200 km/j - 101 km
Laluan Rel Antarabandar Zhengzhou–Kaifeng 200 km/j - 50 km
Laluan Rel Antarabandar Changsha–Zhuzhou–Xiangtan 200 km/j - 96 km
Laluan Rel Antarabandar Nanjing–Anqing 250 km/j - 257 km
Laluan Rel Antarabandar Harbin–Qiqihar 250 km/j - 286 km
Laluan Rel Antarabandar Hankou–Xiaogan 200 km/j - 61 km
Laluan Rel Antarabandar Dongguan–Huizhou 200 km/j - 97 km
Laluan Rel Antarabandar Foshan–Zhaoqing 200 km/j - 85 km
Laluan Rel Antarabandar Qingdao–Rongcheng 250 km/j - 299 km
Laluan Rel Antarabandar Chengdu–Chongqing 300 km/j - 305 km
Laluan Rel Antarabandar Shenyang–Dandong 350 km/j - 208 km
Laluan Rel Antarabandar Dandong–Dalian 200 km/j - 296 km
Laluan Rel Antarabandar Chongqing–Wanzhou 350 km/j - 250 km
Laluan Rel Bulatan Barat Hainan 250 km/j - 342 km
Laluan Rel Antarabandar Guangzhou–Qingyuan 200 km/j - 38 km
Laluan Rel Antarabandar Guangzhou–Foshan 200 km/j - 35 km
Laluan Rel Antarabandar Wuhan–Jiujiang (bahagian Huangshi–Jiujiang) 250 km/j - 101 km
Laluan Rel Antarabandar Beijing–Tangshan 350 km/j - 160 km
Laluan Rel Antarabandar Hangzhou–Huangshan 250 km/j - 265 km
Laluan Rel Antarabandar Harbin-Mudanjiang 250 km/j - 293 km
Laluan Rel Antarabandar Harbin-Jiamusi 200 km/j - 343 km
Laluan Rel Antarabandar Wuhan-Shiyan 200 km/j - 438 km
  • l
  • b
  • s
Kereta api berkelajuan tinggi
Sebahagian daripada pengangkutan rel
Teknologi
  • Konvensional
  • Kereta api terapung
  • Kereta api Maglev
  • Kereta api tiub vakum
Kereta api berkelajuan tinggi
300 km/j
(186 mph)
atau lebih
  • Alstom AGV
  • Avelia Liberty
  • AVE Kelas 100, 102, 103
  • China Railways CRH 2C, 3C, 380A, 380B, 380C, 380D, CR400AF, 400BF; MTR CRH380A
  • ETR 500
  • ETR 1000
  • Eurostar e300; e320
  • ICE 3
  • KTX-I, II (Sancheon)
  • Oaris
  • Shinkansen Series 500, N700, E5, E6, H5, L0
  • AVRIL
  • TGV Sud-Est (refurbished), Atlantique, Réseau, Duplex, POS, 2N2
  • TCDD HT80000
  • Thalys PBA, PBKA
  • THSR 700T
  • Transrapid
  • Shanghai Maglev Train
  • Siemens Velaro
  • Bombardier Zefiro
250–299 km/j
(155–186 mph)
  • China Railways CRH 1A, 1B, 1E, 2A, 2B, 2E, 5
  • China Star
  • New Pendolino
  • ICE 1, 2
  • RENFE Kelas 120, 121, 130
  • Sapsan
  • SBB RABe 501, RABe 503
  • Shinkansen Series 200, 300, 700, 800, E2, E3, E7, W7
  • TCDD HT65000
  • TGV Sud-Est (original), La Poste
  • V250
200–249 km/j
(124–155 mph)
  • Acela Express
  • ACS-64
  • Adelante
  • APT
  • AVE Kelas 101/Euromed
  • CRH6A
  • ER200
  • GMB Kelas 71 (Flytoget)
  • HHP-8
  • IC4
  • InterCity 125
  • InterCity 225
  • ICE T, TD
  • ICE 4 (ICx)
  • Javelin
  • NSB Kelas 73
  • NSB Kelas 74
  • Pendolino
  • Railjet
  • Regina
  • Shinkansen series 0, 100, 400, E1, E4
  • SBB RABDe 500, RABDe 502, RABe 502, Re 460
  • SC-44
  • SCB-40
  • SJ 2000, SJ X40
  • Z-TER (Z 21500)
  • Sokol
  • Kelas 800, Kelas 801, Kelas 802
  • Talgo XXI
  • Voyager/Meridian
  • X3
Kereta api eksperimen dan prototaip berkelajuan tinggi (kategori)
Laluan kereta api berkelajuan tinggi
  • Senarai laluan kereta api berkelajuan tinggi
Mengikut negara

rangkaian yang dicadangkan dalam hurung condong
Afrika
  • Maghribi
Asia
  • China
    • Hong Kong
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Jepun
  • Kazakhstan
  • Korea Selatan
  • Malaysia dan Singapura (dibatalkan)
  • Filipina
  • Arab Saudi
  • Taiwan
  • Thailand
  • Turki
  • Uzbekistan
  • Vietnam
Eropah
  • Austria
  • Belgium
  • Croatia
  • Republik Czech
  • Denmark
  • Finland
  • Perancis
  • Jerman
  • Greece
  • Itali
  • Latvia
  • Belanda
  • Norway
  • Poland
  • Portugal
  • Rusia
  • Spain
  • Sweden
  • Switzerland
  • United Kingdom
Amerika Utara
  • Kanada
  • Mexico
  • Amerika Syarikat
Oceania
  • Australia
Amerika Selatan
  • Argentina
  • Brazil
  • Rancangan kereta api berkelajuan tinggi mengikut negara