Kepekakan

Kepekakan
ketulian
kecacatan pendengaran
tunakerna/tunarungu
Pengelasan dan sumber luaran
Simbol Antarabangsa bagi Pekak
ICD-10H90-H91
ICD-9389
P. Data Penyakit19942
MeSHD034381
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Kepekakan, ketulian, tunakerna atau tunarungu merupakan keadaan yang mana keupayaan mengesan frekuensi bunyi tertentu baik pada tahap separa atau sepenuhnya. Apabila digunakan pada manusia, istilah cacat pendengaran ditolak oleh pergerakan Budaya Pekak, manakala istilah pekak dan sukar pendengaran lebih diterima.

Peristilahan

Kata tuli تولي‎ diturunkan dari akar Proto-Austronesia *Culi yang juga bermaksud "tahi telinga".[1]

Tunakerna توناکرنا‎ dan tunarungu توناروڠو‎ diimbuhkan awalan tuna- serapan Sanskrit: तुन्न, rumi: tunnacode: sa is deprecated "terluka" melalui bahasa Kawi[2] kepada rungu (Hanacaraka: ꦫꦸꦔꦸcode: jv is deprecated ) dan kerna (Hanacaraka: ꦏꦂꦟcode: jv is deprecated serapan Sanskrit: कर्ण, rumi: karṇacode: sa is deprecated )[3] masing-masing bermaksud "telinga" dan "mendengar" dalam bahasa Jawa moden.

Definisi

Kepekaan pendengaran ditunjukkan oleh bunyi paling senyap boleh dikesan haiwan, dikenali sebagai tahap pendengaran. Dalam kes manusia dan sesetengah haiwan, tahap pendengaran ini boleh diukur dengan tepat menggunakan audiogram tingkah-laku. Rekod dihasilkan bagi bunyi tersenyap yang sentiasa menghasilkan tindak balas daripada pendengar. Ujian ini dilakukan bagi bunyi pada frekuensi berbeza. Terdapat juga ujian elektrofisiologikal yang boleh dilakukan tanpa memerlukan tindak balas kelakuan.

Tahap pendengaran normal bagi sebarang spesies tertentu adalah tidak sama bagi semua frekuensi. Sekiranya bunyi frekuensi berbeza dimainkan pada amplitud yang sama, sesetengah akan dilihat sebagai kuat, dan yang lain senyap atau malah tidak didengari sepenuhnya. Secara umum, jika gain atau amplitud ditingkatkan, sesuatu bunyi lebih berkemungkinan disedari. Biasanya, apabila haiwan menggunakan bunyi untuk berkomunikasi, pendengaran bagi haiwan jenis itu adalah lebih sensitif bagi frekuensi yang dihasilkan bagi panggilan tersebut, atau dalam kes manusia, bunyi pertuturan. Kesemua aras sistem bunyi menyumbang kepada kesensitifan ke arah frekuensi tertentu, daripada ciri-ciri fizikal telinga luar kepada saraf dan laluan yang menghantar denyutan saraf kepada bahagian bunyi pada otak.

Rujukan

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*Culi: deaf". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 7 Julai 2022.
  2. ^ "tunna"., dalam Wojowasito (1977), m/s. 277
  3. ^ "karṇṇa"., dalam Wojowasito (1977), m/s. 130
Sumber utama
  • S. Wojowasito (1977). Kamus Kawi-Indonesia. Malang, Jawa Timur: Penerbit CV Pengarang.

Bibliografi

  • Keluaran berita Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat, 2 April 1974

Pautan luar

  • Specialist Library for ENT and Audiology Diarkibkan 2010-01-12 di Wayback Machine Kajian dan maklumat pesakit berkualiti tinggi mengenai audilogi dan kecacatan pendengaran
  • American Hearing Research Foundation Rakan kongsi Northwestern University dalam memimpin penyelidikan pendengaran di Amerika Syarikat.
  • GeneReviews/NCBI/NIH/UW entry on Deafness and Hereditary Hearing Loss Overview
  • Australian Federation of Deaf Societies – Also called AFDS, the peak body for Deaf services in Australia.
  • http://www.direct.gov.uk/disability Directgov disabled people – UK Govt information
  • Deafness Research UK - Medical research charity focusing on hearing loss, deafness and related conditions
  • World Health Organization fact sheet on deafness and hearing impairment
  • National Association of the Deaf. The NAD protects deaf and hard of hearing civil rights.
  • International Federation of Hard Of Hearing Young People
  • Hearing Loss Association of America Nations Voice for People with Hearing Loss
  • Stop CMV – The CMV Action Network Congenital CMV is a leading cause of hearing impariment.
  • NIOSH Power Tools Database Diarkibkan 2009-11-12 di Wayback Machine The database gives information about sound power levels and sound pressure levels for various power tools.
  • NIOSH Hearing Loss Prevention Strategic Goals
  • l
  • b
  • s