Karya Klasik Cina

Rencana ini mengandungi Bantuan:Aksara khas. Tanpa pemberian sokongan yang sewajarnya, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain.

Teks-teks klasik Cina, atau teks-teks kanun Cina, (Bahasa Cina: 典籍code: zh is deprecated ; pinyin: diǎnjí) pada hari kerap merujuk pada teks-teks Cina pra-Qin, terutamanya karya-karya aliran Neo-Confucianisme Four Books and Five Classics (四書五經), satu pilihan buku-buku dan bab-bab pendek dari himpunan berjilid besar yang dipanggil Thirteen Classics. Semua teks-teks pra-Qin ini ditulis dalam bahasa Cina klasik. Sebagai kanun karya-karya itu dirujuk serentak sebagai jing (經).[1]

Dalam pengertian yang lebih luas, teks-teks klasik Cina mungkin merujuk pada teks-teks yang ditulis dalam bahasa Cina vernakular atau bahasa Cina klasik yang wujud sebelum tahun 1912, apabila dinasti terakhir empayar China, Dinasti Qing jatuh.

Ini termasuklah shi (史, karya sejarah), zi (子, karya-karya falsafah yang tergolong dalam aliran-aliran pemikiran selain Confucianisme, tetapi juga karya-karya pertanian, perubatan, matematik, astronomi, wahyu, seni kritikan, dan semua jenis penulisan pelbagai) dan ji (集, karya sastera) serta jing.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Four Books and Five Classics menjadi subjek pengajian wajib bagi sarjana Confucianisme yang ingin menjadi pegawai kerajaan. Sebarang perbincangan politik penuh dengan rujukan pada karya-karya ini, dan seseorang tidak akan menjadi sarjana atau pegawai tentera sekalipun tanpa memiliki pengetahuan tentang karya-karya ini. Pada umumnya, kanak-kanak pada awalnya mempelajari aksara Cina dengan menghafaz Three Character Classic dan Hundred Family Surnames, kemudian menghafaz karya-karya klasik yang lain untuk meningkatkan status diri dalam hierarki sosial.

Kesarjanaan mengenai teks-teks ini biasanya terbahagi kepada dua tempoh masa, sebelum dan selepas "Api Qin", apabila banyak teks-teks asal, terutamanya yang berkaitan dengan Confucianisme terbakar dalam satu pembersihan politik.[1]


Sebelum 221SM

  • Karya klasik Confucianisme
    • Sì Shū (四書, Empat Kitab)
      • Dà Xué (大学, Pelajaran Agung), satu bab dari Lǐjì (礼记, Catatan Adat).
      • Zhōng yōng (中庸, Ajaran Tengah), bab lain dari Lǐjì.
      • Lún Yǔ (论语, Kata-kata Perbahasan), sebuah karya 20 bab tentang perbualan antara Kongzi dan anak muridnya yang dicatatkan oleh sarjana didikannya yang terkemudian.
      • Mèngzǐ (孟子, Mencius), sebuah buku tentang babad dan perbualan Mengzi dengan para raja yang dilawatinya, pelajar serta pemikir semasa.
    • Wŭ Jīng (五经, Lima Karya Klasik)
      • I Ching (易经, Klasik Perubahan), sebuah manual wahyu berasaskan alapan trigram yang disandarkan pada tokoh mitos Fuxi (pada zaman Confucius lapan trigram ini telah berganda menjadi 64 heksagram). I Ching masih digunakan oleh penganut-penganut moden agama nenek moyang.
      • Shī Jīng (詩經, Klasik Puisi) terdiri daripada 305 puisi yang dibahagikan kepada 160 buah lagu-lagu rakyat, 74 buah lagu-lagu kecil perayaan yang secara tradisi dinyanyikan di perayaan-perayaan istana, 31 buah lagu-lagu utama perayaan yang dinyanyikan pada keraian-keraian istana yang lebih serius, dan 40 buah him dan eulogi yang dinyanyikan pada majlis pengorbanan pada dewa-dewa dan roh nenek moyang di kediaman diraja. Buku ini secara tradisi dikatakan sebagai salah satu karangan Confucius. Satu versi standard yang berjudul Maoshi Zhengyi, dikarang pada pertengahan kurun ke-7 di bawah pimpinan Kong Yingda.[2]
      • Three Rites ialah tiga buah teks-teks upacara kuno yang disenaraikan dalam karya-karya klasik Confucianisme, satu catatan mengenai bentuk-bentuk sosial dan keraian era Zhou Barat, dan satu pembaikpulihan salinan asal selepas pembakaran teks-teks Confucianisme pada tahun 213SM.
        • Lǐjì
        • Zhōulǐ (周礼, Adat Zhou)
        • Yili (仪礼, Tatasusila dan Adat)

Selepas 206SM

Catatan

  1. ^ a b Voorst, Robert E. Van (2007). Anthology of World Scriptures. Cengage Learning. m/s. 140. ISBN 0495503878.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-01. Dicapai pada 2011-12-01.

Pautan luar

  • Chinese Text Project (English Chinese) (Chinese philosophy texts in classical Chinese with English and modern Chinese translations)
  • Wengu text database Diarkibkan 2006-11-29 di Wayback Machine (Classic of Poetry, Analects of Confucius, Tao Te Ching, and I Ching, in Chinese and translations)
  • Chinese Classics (James Legge's translations of the Analects of Confucius, the Great Learning, the Doctrine of the Mean, the Works of Mencius and the Tao Te Ching)
  • Chinese Literature Classics Diarkibkan 2007-06-14 di Wayback Machine (listed in English, with links to Chinese texts and translations in several languages)
  • The Canonical Books of Confucianism, David K. Jordan
  • Relevant Electronic Resources for Chinese Classical Studies

Bahasa Cina

  • Scripta Sinica Big classic texts database by Academia Sinica
  • Palace Museum Chinese Text Database
  • Database of the Center for Chinese Studies Collection Diarkibkan 2012-08-24 di Wayback Machine
  • 中國電子古籍世界 Classics database
  • Research Center for Chinese Ancient Texts includes CHANT (CHinese ANcient Texts) Database

Bahasa Cina Tradisional

  • 凌云小筑 In Chinese, with articles and discussions on literature, history, and philosophy.
  • Chinese classic text online