KD Mahawangsa

}}

KD Mahawangsa
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Kapal pemerintah, logistik dan pelbagai peranan
(MPCSS)
Kelas: Sri Indera Sakti/Mahawangsa
Pembuat: Limbungan Tacoma, Korea Selatan
Ditempah:
Mula bina: 1982
Dilancarkan: 1983
Ditauliahkan: 1983
Khidmat: Flotila Bantuan, Skuadron MPCSS ke-31
Spesifikasi
Sesaran: 4300 tan (sesaran penuh)
Panjang: 103m (328')
Lebar: 15m (49')
Draf Kedalaman: 4.75m (15.5')
Propulsi: 2x Deutz diesel, 2 shaf, 5986 bhp
Kelajuan: 16.5 knot
Persenjataan: Meriam:2 x 57mm/Dual Purpose, 2 x 20mm anti udara
Pesawat: platform untuk helikopter sederhana
Anak kapal: 160
Kargo dan muatan : keupayaan membawa 600 tentera, ruang kargo 1,000 meter padu, 10 x kontena 20', 680 meter persegi ruang kenderaan

KD Mahawangsa merupakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang berperanan sebagai kapal sokongan pelbagai peranan seberat 4,300 tan dan sepanjang 103 meter yang berpengkalan di TLDM Lumut di Perak, Malaysia. Ia dinamakan sempena Hikayat Merong Mahawangsa, lagenda pengasas kerajaan Kedah Tua.[1]

Kapal ini mempunyai rekabentuk yang hampir sama dengan satu lagi kapal bantuan TLDM iaitu KD Sri Indera Sakti yang dibina di Jerman. Satu-satunya perbezaan antara kedua kapal ini ialah ketiadaan serombong asap pada Mahawangsa. Perbezaan ini memudahkan kedua kapal ini dikenali dari jauh.

Kapal ini telah terlibat dalam pelbagai tugas dan misi kemanusiaan. Antaranya bantuan kemanusiaan bagi pelarian Afghanistan pada tahun 2001 dan membantu mangsa Tsunami 2004 serta menghantar kenderaan berperisai infantri dari Briged Infantri ke-4 (Mekanis) sebagai sebahagian dari pasukan pengaman bagi Operasi Astute ketika krisis Timor Leste 2006.

Dalam peranannya sebagai kapal pemerintah, KD Mahawangsa telah terbabit dalam beberapa latihan sama ada melibatkan tentera laut negara asing, seperti latihan bersama Tentera Laut Diraja Thai yang dikenali sebagai THALAY LAUT, latihan Bersama di bawah kerjasama lima negara Five Power Defence Arrangement dan siri latihan Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) bersama dengan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Selain itu, KD Mahawangsa melalui Pelayaran Misi Ulang Bekal Malaysia Battalion (MALBATT) 850 ke Lubnan turut berjaya membuktikan komitmen dan tahap kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melengkapkan misi yang telah diamanahkan.

Penugasan yang julung kalinya dilaksanakan oleh TLDM itu amat bertepatan dengan teras ketiga Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob iaitu meningkatkan integrasi dan sokongan kepada aspek kebersamaan atau jointness.

KD Mahawangsa turut melaksanakan misi memperkasakan diplomasi pertahanan negara sepanjang pelayaran. Misi pertama berjaya dicapai apabila kapal tiba di Beirut, Lubnan pada 2 Januari 2023 setelah belayar selama 34 hari di lautan.

Misi kedua berjaya dilaksanakan dengan menyertai International Fleet Review (IFR) di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 6 hingga 9 Disember yang menghimpunkan 28 buah angkatan laut sahabat dari seluruh dunia. Kapal turut berpeluang memperkasakan diplomasi pertahanan dengan Tentera Laut India (TLI) semasa pelayaran pulang melalui lawatan operasi di Kochi, India mulai 28 sehingga 31 Januari 2023 serta melaksanakan Passing Exercise (PASSEX) bersama INS SAVITRI pada 5 Februari 2023.

Malah, KD Mahawangsa sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan pelayaran perpindahan aset Tentera Darat Malaysia melibatkan sebuah Armoured Heavy Recovery Vehicle (AHRV) dan 25 buah Kenderaan Perisai (KP) Gempita pada bulan September dan Oktober 2023 dari Pangkalan TLDM Lumut ke Pelabuhan Awam Pending, Kuching Sarawak.

Rujukan

  1. ^ http://www.navy.mil.my/index.php/23-lima-17/3-list-of-ships

Pautan luar

  • KD Mahawangsa di laman web Tentera Laut Diraja Malaysia Diarkibkan 2008-04-20 di Wayback Machine
Kapal selam
Kelas Perdana Menteri
KD Tunku Abdul Rahman  • KD Tun Abdul Razak
Frigat
Kelas Lekiu
KD Jebat  • KD Lekiu
Kelas Kasturi
KD Kasturi  • KD Lekir
Korvet
Kelas Laksamana
KD Laksamana Hang Nadim  • KD Laksamana Tun Abdul Jamil  • KD Laksamana Muhammad Amin  • KD Laksamana Tun Pusmah
Penyapu ranjau
Kelas Mahamiru
KD Mahamiru  • KD Jerai  • KD Ledang  • KD Kinabalu
Kapal peronda
Kelas Kedah
KD Kedah  • KD Pahang  • KD Perak  • KD Terengganu  • KD Kelantan  • KD Selangor
Kelas Handalan
KD Handalan  • KD Perkasa  • KD Pendekar  • KD Gempita
Kelas Kris
KD Keris  • KD Sundang  • KD Badek  • KD Renchong  • KD Tombak  • KD Lembing  • KD Panah  • KD Kerambit  • KD Beladau  • KD Kelewang  • KD Rentaka  • KD Sri Perlis  • KD Sri Sabah  • KD Sri Sarawak  • KD Sri Melaka
Kapal peninjau hidrogradi
Perantau Class
KD Perantau  • KD Mutiara
Kapal serang laju
Kelas Perdana
KD Perdana  • KD Serang  • KD Ganas  • KD Ganyang
Kelas Jerong
KD Jerung  • KD Todak  • KD Paus  • KD Yu  • KD Baung  • KD Pari
Kelas Sri Tiga
KD Sri Tiga  • KD Sri Gaya
Kapal bantuan
Lain
KD Sri Inderapura  • TLDM Bunga Mas Lima
Pelbagai
kapal lain
Kelas Sri Indera Sakti
Bristol (kapal latihan statik)
C-class cruiser
Caroline (ditempatkan di darat)
Ship of the line
Victory (Flagship of the Second Sea Lord) TLDM Bunga Mas Lima
Pelbagai
kapal lain
Kelas Sri Indera Sakti (kapal sokongan tempur)
KD Sri Indera Sakti  • KD Mahawangsa
Kapal latihan
KD Hang Tuah  • KLD Tunas Samudera  • MV Fajar Samudera  • MV STS Puteri Mahsuri
Kapal tug
KTD Penyu  • KTD Sotong  • KTD Kepah