Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa

جاوتنکواس ڤاراليمڤيک انتارابڠسا
Internationales Paralympisches Komitee
Штаб-квартира МПК Sunting ini di Wikidata
KerangkaKependekanIPC Sunting ini di WikidataCogan kataSpirit in MotionJenis/bentuk sahPersekutuan sukanKeanggotaan 176 Jawatankuasa Paralimpik KebangsaanAnggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa Sunting ini di WikidataBahasa rasmiJerman, Inggeris, dan Perancis
dan bahasa rasmi negara tuan rumah jika perluTapak webwww.paralympic.org
Facebook: paralympics Twitter: Paralympics Instagram: paralympics Youtube: UCi8n36NkW2uCQSFZNiYtuMQ TikTok: paralympics Sunting ini di WikidataSejarahDibentuk22 September 1989; 34 tahun yang lalu (1989-09-22)PengasasRobert Steadward Sunting ini di WikidataPengurusanPengerusiAndrew Parsons Sunting ini di WikidataPresidenBrazil Andrew ParsonsNaib PresidenNew Zealand Duane KalePerangkaanHasil/pendapatan 19,276,939 euro (2020) Sunting ini di WikidataLokasiIbu pejabatBonn, JermanLokasi
  • Jerman Sunting ini di Wikidata
  • Bonn Sunting ini di Wikidata
Koordinat50°43′10″N 7°6′58″E Sunting ini di WikidataKawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidatasunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC; Jawi: جاوتنکواس ڤاراليمڤيک انتارابڠساcode: ms is deprecated ; bahasa Inggeris: International Paralympic Committeecode: en is deprecated ; Jerman: Internationales Paralympisches Komiteecode: de is deprecated ) ialah organisasi bukan keuntungan antarabangsa dan badan pentadbiran global bagi Pergerakan Paralimpik. IPC menganjurkan Sukan Paralimpik dan berfungsi sebagai persekutuan antarabangsa untuk sembilan sukan. Ditubuhkan pada 22 September 1989 di Düsseldorf, Jerman, misinya adalah "Untuk membolehkan atlet Paralimpik untuk mencapai kecemerlangan sukan dan menginspirasi dan mengujakan dunia". Tambahan pula, IPC ingin mempromosikan nilai-nilai Paralimpik dan mewujudkan peluang sukan untuk semua orang yang mempunyai kecacatan, dari peringkat pemain baru hingga peringkat elit.[1][2]

IPC mempunyai perlembagaan dan struktur yang demokratik dan terdiri daripada wakil-wakil dari 176 Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC), empat pertubuhan sukan antarabangsa untuk orang kurang upaya (IOSD) dan lima organisasi serantau. Ibu pejabat IPC terletak di Bonn, Jerman.[3]

Atas asasnya untuk menganjurkan Sukan Paralimpik dengan lebih cekap dan menyatukan pergerakan Paralimpik, empat pertubuhan antarabangsa yang digabungkan di bawah IOSD telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa bagi Organisasi Sukan Dunia untuk Orang Kurang Upaya (ICC) pada tahun 1982. Pada tahun-tahun yang akan datang, ICC disertai oleh pertubuhan-pertubuhan yang lain dan wujudnya keperluan untuk menubuhkan sebuah organisasi yang dipandu secara demokratik. Negara-negara yang mengambil bahagian dalam Pergerakan Paralimpik mengingini sebuah struktur yang demokratik dan menuntuk agar ICC meningkatkan perwakilan nasional dan serantau. Hal ini telah membawa kepada penubuhan IPC seperti yang diketahui pada hari ini. Sukan Paralimpik Musim Sejuk 1994 yang dianjurkan di Norway merupakan temasya pertama yang dianjurkan oleh IPC.[4][5]

IPC berfungsi sebagai sebuah organisasi payung yang mewakili beberapa sukan dan kecacatan. Hal ini berbeza dengan pertubuhan sukan untuk orang kurang upaya antarabangsa lain yang biasanya terhad kepada satu sukan atau satu jenis kecacatan sahaja.

Perkataan "Paralimpik" berasal dari bahasa Yunani "para" ("di sebelah" atau "bersebelahan"). dan "Olimpik". Konotasi asal bagi suku kata "para" ialah kelumpuhan atau paraplegia. Tetapi oleh sebab Sukan Paralimpik mempunyai kumpulan kecacatan yang lain dan hubungan pertubuhan tersebut dengan Pergerakan Olimpik yang kian rapat, "para" lebih menekankan kewujudan kedua-dua pergerakan tersebut secara bersebelahan.

Lembaga Pengelola IPC yang terdiri daripada lima belas ahli bertanggungjawab untuk mengawasi IPC di antara mesyuarat-mesyuarat Perhimpunan Agung. Dr. Robert D. Steadward menjadi Presiden IPC yang pertama pada tahun 1989.[6] Pada tahun 2017, Andrew Parsons dilantik sebagai Presiden IPC dan beliau memegang jawatan tersebut hingga kini.

Bilangan atlet dan NPC yang mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik sentiasa meningkat, bersama dengan bilangan penonton. Sukan untuk orang kurang upaya kini berkembang pesat pada tahap kebangsaan dan antarabangsa.[7]

Senarai presiden

Setakat ini, terdapat tiga individu yang memegang jawatan Presiden IPC. Presiden pertama IPC merupakan Robert Steadward dari Kanada yang memegang jawatan tersebut dari 1989 hingga 2001. Beliau turut merupakan pengasas Dana Sukan untuk Orang Kurang Upaya Kanada.[8] Beliau digantikan oleh Sir Philip Craven, seorang atlet Paralimpik British dan bekas presiden Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Antarabangsa. Pada tahun 2017, beliau menyerahkan jawatannya kepada Andrew Parsons, naib presiden IPC dari 2013 hingga 2017 serta bekas presiden Jawatankuasa Paralimpik Brazil.[9]

Imej Nama Negara Tempoh
Robert Steadward  Kanada 1989–2001
Sir Philip Craven  United Kingdom 2001–2017
Andrew Parsons  Brazil 2017–kini

Lembaga Pengelola

Lembaga Pengelola IPC terdiri daripada 14 ahli termasuk presiden dan naib presiden yang dilantik semasa Perhimpunan Agung.

Pengerusi Majlis Atlet Paralimpik ialah Chelsey Gotell, seorang atlet renang Paralimpik. Beliau turut mempunyai hak undi dalam lembaga ini.[10]

Lembaga Kehormat IPC

IPC mempunyai sebuah lembaga kehormat yang terdiri daripada individu terkenal yang menyokong objektif IPC dan IPC akan menggunakan kepopularan mereka untuk menigkatkan kesedaran dan mengumpulkan dana.[11]

Lembaga Kehormat kini terdiri daripada:

Pertubuhan di bawah IPC

World Para Alpine Skiing

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Ski Alp Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaAlpineSkiing.org (Paralympic.org/alpine-skiing)
  • Nama sukan: Para ski alp[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Alpine Skiing[12]

World Para Athletics

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Olahraga Dunia, Kejohanan Para Olahraga Eropah dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaAthletics.org (Paralympic.org/athletics)
  • Nama sukan: Para olahraga[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Athletics[12]

World Para Dance Sport

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Sukan Tarian Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaDanceSport.org (Paralympic.org/dance-sport)
  • Nama sukan: Para sukan tarian[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Wheelchair Dance Sport[12]

World Para Ice Hockey

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Hoki Ais Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaIceHockey.org (Paralympic.org/ice-hockey)
  • Nama sukan: Para hoki ais[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Ice Sledge Hockey[12]

World Para Nordic Skiing

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Ski Nordik Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaNordicSkiing.org (Paralympic.org/nordic-skiing)
  • Nama sukan: Para ski Nordik[12] (termasuk Para biathlon dan Para ski rentas desa)
  • Nama bekas jawatankuasa sukans: IPC Biathlon & IPC Cross-Country[12]

World Para Powerlifting

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Dunia Para Powerlifting dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaPowerlifting.org (Paralympic.org/powerlifting)
  • Nama sukan: Para powerlifting[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Powerlifting[12]

World Shooting Para Sport

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Menembak Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldShootingParaSport.org (Paralympic.org/shooting)
  • Nama sukan: Para menembak[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Shooting[12]

World Para Snowboard

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Luncur Papan Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaSnowboard.org (Paralympic.org/snowboard)
  • Nama sukan: Para luncur papan salji[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Snowboard[12]

World Para Swimming

Menyelia dan mengkordinasikan Kejohanan Para Renang Dunia dan pertandingan lain.

  • Laman web rasmi: WorldParaSwimming.org (Paralympic.org/swimming)
  • Nama sukan: Para renang[12]
  • Nama bekas jawatankuasa sukan: IPC Swimming[12]

Program The Paralympic Partner

Program penajaan The Paralympic Partner terdiri daripada penaja komersial Sukan Paralimpik yang berikut:

Rujukan

  1. ^ International Sports Federations Diarkibkan 2016-08-19 di Wayback Machine, International Paralympic Committee (IPC)
  2. ^ Contacts - International Sports Federations (IFs), International Paralympic Committee (IPC)
  3. ^ "Andrew Parsons elected new IPC President". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. 8 September 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  4. ^ "Governing Board". www.paralympic.org. International Paralympic Committee. Dicapai pada 30 November 2017.
  5. ^ "Honorary Board". IPC.
  6. ^ "Former IPC President Dr. Robert Steadward to be Inducted into the Alberta Order of Excellence". Canada News Wire (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Oktober 2010.
  7. ^ Connolly, Eoin (28 Jun 2018). "IPC president Andrew Parsons on what lies ahead for the Paralympic movement". Sports Pro Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Jun 2018.
  8. ^ "Robert Steadward, builder" Diarkibkan 25 Disember 2009 di Wayback Machine, Canadian Paralympic Committee
  9. ^ "Andrew Parsons elected new IPC President". paralympic.org. International Paralympic Committee. 8 September 2017. Dicapai pada 30 November 2017.
  10. ^ "Governing Board". paralympic.org. International Paralympic Committee. Dicapai pada 30 November 2017.
  11. ^ "Honorary Board". IPC.
  12. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "The IPC to rebrand the 10 sports it acts as International Federation for" (Siaran akhbar). International Paralympic Committee. 30 November 2016. Dicapai pada 13 December 2016.

Pautan luar

  • Tapak web rasmi Sunting ini di Wikidata
  • Paralympic Sport TV Website

Koordinat: 50°43′10″N 7°06′58″E / 50.71944°N 7.11611°E / 50.71944; 7.11611