Industri automotif

Industri automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan kenderaan bermotor, dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan. Namun istilah industri automotif selalunya tidak termasuk industri lain yang berkaitan kenderaan selepas kenderaan bermotor dihantar kepada pengguna seperti bengkel kereta dan stesen minyak.

Trend penggunaan

Lebih kurang 250 juta kenderaan digunakan di Amerika Syarikat. Di seluruh dunia, terdapat lebih kurang 806 juta kereta dan lori ringan pada tahun 2007, menggunakan lebih 260 bilion gelen bahan api petrol dan diesel setiap tahun.[1] Sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem pengangkutan awam bandar terbukti tidak berdaya tahan, menggunakan tenaga berlebihan, memberi kesan terhadap kesihatan populasi, serta menawarkan tahap perkhidmatan yang semakin menurun walaupun dengan pelaburan yang semakin meningkat. Kebanyakan kesan negatif tersebut tertumpu kepada kumpulan sosial yang kurang cenderung memiliki serta memandu kereta.[2][3] [4]Pergerakan pengangkutan yang berdaya tahan tertumpu kepada penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Cawangan Detroit bagi Kumpulan Konsultan Boston meramalkan bahawa, menjelang tahun 2014, satu pertiga daripada permintaan dunia tertumpu kepada empat negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pasaran automotif lain yang berpotensi untuk berkuasa ialah Iran dan Indonesia.[5]

Sejarah

Kereta berenjin petrol pertama yang praktikal dibina oleh Karl Benz pada tahun 1885 di Mannheim, Jerman. Benz memperoleh paten bagi keretanya pada 29 Januari 1886, serta memulakan pengeluaran kereta pada tahun 1888, selepas isterinya Bertha Benz melakukan perjalanan jauh pertama pada Ogos 1888 - dari Mannheim ke Pforzheim dan pulang semula - sekaligus membuktikan bahawa pedati tanpa kuda tersebut sangat sesuai untuk kegunaan harian. Sejak tahun 2008, Laluan Memorial Bertha Benz diwartakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tidak lama kemudian, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Stuttgart pada tahun 1889 mereka bentuk sebuah kenderaan dari mula sebagai sebuah kereta dan bukannya kereta kuda yang dilengkapi enjin. Mereka juga dinamakan sebagai pencipta motosikal pertama, Daimler Reitwagen, pada tahun 1885, tetapi Enrico Bernardi dari Universiti Padua di Itali, pada tahun 1882, telah mempatenkan enjin petrol satu silinder 0.024 horsepower (17.9 W) 122 cc (7.4 cu in) yang dipasang pada basikal roda tiga anak lelakinya, menjadikannya salah satu calon kereta pertama, serta motosikal pertama;.[6]:p.26 Bernardi membesarkan basikal roda tiga itu pada tahun 1892 untuk membawa dua penumpang dewasa.[6]:p.26

Pengeluaran kenderaan bermotor sedunia

Mengikut tahun

Pengeluaran kenderaan bermotor dunia

(kereta dan kenderaan komersial)

Tahun Pengeluaran Perubahan Sumber
1997 52,987,000   [7]
1998 57,987,000 -2.70% [7]
1999 56,258,892 2.98% [8]
2000 58,374,162 3.80% [9]
2001 56,304,925 -3.50% [10]
2002 58,994,318 4.80% [11]
2003 60,663,225 2.80% [12]
2004 64,496,220 6.30% [13]
2005 66,482,439 3.10% [14]
2006 69,222,975 4.10% [15]
2007 73,266,061 5.80% [16]
2008 70,520,493 -3.70% [17]
2009 60,986,985 -13.50% [18]


Mengikut negara

  • p
  • b
  • s
20 negara pengeluar kereta utama bagi tahun 2009
Pengeluar kenderaan bermotor (unit)
Negara 1,000,000 2,000,000 3,000,000 4,000,000 5,000,000 6,000,000 7,000,000 8,000,000 9,000,000 10,000,000 11,000,000 12,000,000 13,000,000 14,000,000
 Republik Rakyat China 13,790,994
 Jepun 7,934,516
 Amerika Syarikat 5,711,823
 Jerman 5,209,857
 Korea Selatan 3,512,916
 Brazil 3,182,617
 India 2,632,694
 Sepanyol 2,170,078
 Perancis 2,049,762
 Mexico 1,557,290
 Kanada 1,489,651
 Iran 1,395,421
 United Kingdom 1,090,139
 Republik Czech 974,569
 Thailand 968,305
 Poland 879,186
 Turki 869,605
 Itali 843,239


 Rusia 722,431
 Belgium 522,810
Rujukan: "Production Statistics". OICA. Dicapai pada 2010-04-26.
                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Mengikut pengeluar

  • p
  • b
  • s
Syarikat pengeluar kenderaan bermotor utama 2009 mengikut jualan
Jumlah pengeluaran kenderaan bermotor
Kumpulan 1,000,000 2,000,000 3,000,000 4,000,000 5,000,000 6,000,000 7,000,000 8,000,000 9,000,000 10,000,000
Petunjuk Kereta Kenderaan komersial ringan Kenderaan komersial berat Bas berat
Toyota 7,234,439
GM 6,459,053
Volkswagen 6,054,829
Ford 4,685,394
Hyundai Kia 4,645,776
PSA 3,042,311
Honda 3,012,637
Nissan 2,744,562
Fiat 2,460,222
Suzuki 2,387,537
Renault 2,296,009
Daimler AG 1,447,953
Chana Automobile 1,425,777
BMW 1,258,417
Mazda 984,520
Chrysler 959,070
Mitsubishi 802,463
Beijing Automotive 684,534
Tata 672,045
Dongfeng Motor 663,262
FAW 650,275
Chery 508,567
Fuji 491,352
BYD 427,732
SAIC 347,598
Jianghuai 336,979
Geely 330,275
Isuzu 316,335
Brilliance 314,189
AvtoVAZ 294,737
Great Wall 226,560
Mahindra 223,065
Shangdong Kaima 169,023
Proton 152,965
China National 120,930
Volvo 105,873
Chongqing Lifan 104,434
Fujian Motor Industry Group 103,171
Kuozui 93,303
Shannxi Auto 79,026
Porsche 75,637
Ziyang Nanjun 72,470
GAZ 69,591
Navistar 65,364
Guangzhou Auto 62,990
Paccar 58,918
Chenzhou Ji'ao 51,008
Qingling Motor 50,120
Hebei Zhongxing 48,173
Ashok Leyland 47,694
Petunjuk Kereta Kenderaan komersial ringan Kenderaan komersial berat Bas berat
Jumlah: 60,499,159 Kereta: 51,075,480 KKR: 7,817,520 KKB: 1,305,755 Bas berat: 300,404
Rujukan: "World motor vehicle production by manufacturer: World ranking of manufacturers 2009" (PDF). OICA. July 2010.


Hubungan pengeluar

Adalah lumrah bagi sesebuah pengeluar kereta untuk memiliki saham dalam syarikat automotif lain. Pemilikan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut bagi sesebuah syarikat individu.

Hubungan terkini yang utama termasuklah:

  • Daimler AG memiliki 20% saham dalam Eicher Motors, 10.0% saham dalam KAMAZ, 10% saham dalam Tesla Motors, 6.75% saham dalam Tata Motors dan 3.1% saham dalam Perikatan Renault-Nissan Motors. Mereka sedang dalam proses menjual balik 40% saham mereka dalam Kumpulan McLaren. Proses ini akan diselesaikan pada tahun 2011.
  • Dongfeng Motor Corporation terlibat dalam usaha sama dengan beberapa syarikat di seluruh dunia, termasuklah: Honda (Jepun), Hyundai (Korea Selatan), Nissan (Jepun), Nissan Diesel (Sweden), dan PSA Peugeot Citroen (Perancis).
  • Fiat memiliki 90% saham dalam Ferrari serta 25% saham dalam Chrysler, yang boleh ditingkatkan kepada 51%; dengan pilihan untuk meningkatkan pegangan saham.
  • Ford Motor Company memegang 3% saham dalam Mazda[19] dan 8.3% saham dalam Aston Martin.
  • Geely Automobile memegang 23% saham dalam Manganese Bronze Holdings.
  • General Motors dan Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) mempunyai dua usaha sama dalam Shanghai General Motors dan SAIC-GM-Wuling Automobile.
  • Kumpulan Automotif Hyundai Kia memegang 38.67% saham dalam Kia Motors, turun daripada 51% yang dimilikinya pada tahun 1998.
  • Renault Pars merupakan usaha sama dengan 51% saham dimiliki Renault dari Perancis. Enpat puluh sembilan peratus lagi saham dalam Renault Pars dimiliki bersama oleh Pertubuhan Pembangunan dan Pengubahsuaian Industri Iran, IKCO dan Saipa. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun 2003.[20]
  • MAN SE memiliki 17.01% saham undian dalam Scania.
  • Porsche Automobil Holding SE mempunyai 50.74% saham dalam Kumpulan Volkswagen. Berikutan masalah kecairan, Kumpulan Volkswagen kini dalam proses memiliki Porsche.
  • Renault-Nissan Motors mempunyai sebuah perikatan yang melibatkan dua syarikat global yang dihubungkan melalui saling pembelian saham, dengan Renault memegang 44.3% saham Nissan, manakala Nissan memegang 15% saham (bukan undian) Renault. Perikatan ini memegang 3.1% saham dalam Daimler AG.
  • Renault memegang 25% saham dalam AvtoVAZ serta 20.5% saham undian dalam Kumpulan Volvo.
  • Toyota memegang 51% saham dalam Daihatsu, serta 16.5% dalam Fuji Heavy Industries, syarikat induk Subaru.
  • Kumpulan Volkswagen dan FAW mempunyai sebuah usaha sama.
  • Kumpulan Volkswagen dan Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) mempunyai usaha sama dalam Shanghai Volkswagen Automotive.
  • Kumpulan Volkswagen memegang 37.73% saham dalam Scania (68.6% hak mengundi), dan 29% saham dalam MAN SE.
  • Kumpulan Volkswagen mempunyai 49.9% saham dalam Porsche AG. Volkswagen sedang dalam proses menguasai Porsche, yang akan diselesaikan pada pertengahan 2011.
  • Kumpulan Volkswagen mempunyai 19.9% saham dalam Suzuki, manakala Suzuki mempunyai 5% saham dalam Volkswagen.

Rujukan

  1. ^ "Automobile Industry Introduction". Plunkett Research. 2008. Dicapai pada 2010-09-09.
  2. ^ Kenworthy, J R (2004). "Transport Energy Use and Greenhouse Emissions in Urban Passenger Transport Systems" (PDF). Institute for Sustainability and Technology Policy. Dicapai pada 2008-07-22.
  3. ^ World Health Organisation, Europe. "Health effects of transport". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-06. Dicapai pada 2008-08-29.
  4. ^ Social Exclusion Unit, Office of the Prime Minister (UK). "Making the Connections - final report on transport and social exclusion" (PDF). Dicapai pada 2003-02-01.
  5. ^ Paul A. Eisenstein Building BRIC's: 4 Markets Could Soon Dominate the Auto World at TheDetroitBureau.com
  6. ^ a b Georgano, G. N. Cars: Early and Vintage, 1886–1930. (London: Grange-Universal, 1985)
  7. ^ a b http://oica.net/wp-content/uploads/2007/06/cl98type.pdf
  8. ^ http://oica.net/category/production-statistics/1999-statistics/
  9. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2000-statistics/
  10. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2001-statistics/
  11. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2002-statistics/
  12. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2003-statistics/
  13. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2004-statistics/
  14. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2005-statistics/
  15. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2006-statistics/
  16. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2007-statistics/
  17. ^ http://oica.net/category/production-statistics/2008-statistics/
  18. ^ http://www.oica.net/category/production-statistics/
  19. ^ "Ford And Mazda To Sign Divorce Papers Tomorrow". Thetruthaboutcars.com. 2009-11-17. Dicapai pada 2011-01-11.
  20. ^ "IKCO takes lead in quality Tondar 90 production". Previous.presstv.com. 2009-12-24. Dicapai pada 2010-09-09.

Pautan Luar

  • Alliance of Automobile Manufacturers
  • Automotive engineering learning website
  • All vehicle manufacturers in the world (in Dutch with English etc. translation)
  • Car makes of the world, 1894—present
  • Automotive history and photos
  • Automaker Rankings 2007: The Environmental Performance of Car Companies
  • List of car trims (car sub models) 1989–present
  • l
  • b
  • s
  • Aktivisme
  • Aeroangkasa
    • Pesawat
    • Angkasa
  • Pertanian
  • Alkohol
  • Anime
  • Automotif
  • Basikal
  • Bioteknologi
  • Kimia
  • Komputer
  • Pembinaan
  • Kandungan
  • Kreatif
  • Kebudayaan
  • Pertahanan
    • Senjata
  • Pendidikan
  • Kuasa elektrik
  • Elektronik
    • Semikonduktor
  • Tenaga
    • Tenaga boleh diperbaharui
  • Hiburan
  • Filem
  • Perkhidmatan kewangan
  • Memancing
  • Makanan
    • Bushfood
  • Bulu
  • Penjagaan kesihatan
  • Hospitaliti
  • Maklumat
  • Bahasa
  • Percutian
  • Pembungkusan daging
  • Mineral
  • Sukan permotoran
  • Muzik
  • Pembekal tentera laut
  • Kad kredit
  • Penjagaan diri
  • Petroleum
    • Syal minyak
  • Farmaseutikal
  • Plastik
  • Kesusasteraan
  • Audiovisual profesional
  • pulpa dan kertas
  • Radio
  • Hartanah
    • Perumahan
  • Perkhidmatan dalam talian
  • Seks
  • Hiburan
  • Perisian
  • Sukan
  • Ruang
  • Mampan
  • Tekstil
  • Tembakau
  • Pelancongan
  • Permainan video
  • Air