Gymnasion

Gymnasion (Yunani: γυμνάσιον, rumi: gymnasioncode: el is deprecated [1]) merupakan tempat-tempat khusus yang wujud pada zaman Yunani Purba untuk tujuan senaman, bermandi serta berguru dalam pelbagai bidang ilmu.

Ia datang daripada perkataan bahasa Yunani γυμνόςcode: grc is deprecated (gymnos) bermaksud "telanjang" (naked)[2] yang merujuk kepada wajibnya sesiapa yang bersukan di tempat-tempat sebegini - lazimnya dalam kalangan lelaki dewasa - bertelanjang; keadaan ini dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus[3]) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pelatihnya.

Lihat juga

  • Gimnasium - bentuk moden kemudahan sebegini
  • Sekolah gymnasium

Rujukan

  1. ^ γυμνάσιον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus project
  2. ^ γυμνός, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus project
  3. ^ Pausanias (geographer), Guide to Greece, 4.32.1
  •  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Gymnastics and Gymnasium". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.