Greymouth Star

Greymouth Star
JenisAkhbar harian (kecuali Ahad)
FormatTerbitan lebar sehelai
Diasaskan1866
Ibu pejabatGreymouth, New Zealand
Edaran4,333[1]
PemilikAllied Press
Laman sesawanggreystar.co.nz

Greymouth Star, sebelum ini dikenali sebagai Greymouth Evening Star adalah merupakan sebuah akhbar harian yang diterbitkan di Greymouth dan diedarkan di Westland dari Westport sehingga ke Haast.[2] Ia juga merupakan akhbar harian keenam New Zealand yang tertua dan ianya diasaskan oleh James Snyder Browne sebagai akhbar empat muka pada 18 Mac 1866.[2] Akhbar ini menyambut kelahirannya ke-125 tahun pada 1991. Pada waktu yang sama juga, syarikat media Dunedin, iaitu Allied Press membeli pegangan saham yang besar.[2]

Penerbitan kembar

  • West Coast Times: Akhbar pagi Isnin hingga Jumaat di Hokitika, pertama kali diterbitkan pada 1865.[3]
  • The West Coast Messenger: Akhbar percuma yang dicetak setiap hari Rabu dan diedarkan ke seluruh Westland antara Karamea, Haast dan Murchison.[4]

Rujukan

  1. ^ "Press Audit Results". 30 September 2012. Dicapai pada 26 Januari 2013.
  2. ^ a b c Greymouth Star Diarkibkan 2012-01-03 di Wayback Machine pada laman web Allied Press, dilihat pada 2012-01-10.
  3. ^ West Coast Times Diarkibkan 2013-02-07 di Wayback Machine pada laman web Allied Press, dilihat pada 2012-01-10.
  4. ^ West Coast Messenger Diarkibkan 2011-10-31 di Wayback Machine pada laman web Allied Press, dilihat pada 2012-01-10.

Pautan luar

  • greystar.co.nz Laman web rasmi syarikat
  • Greymouth Star berita di laman web berita Otago Daily Times
Ikon tunas

Rencana berkenaan akhbar ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s