Deimos (bulan)


sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Deimos (nama sistematik: Mars II, "Marikh II") ialah salah satu daripada dua bulan yang mengelilingi Marikh, bulan yang satu lagi ialah Phobos. Deimos memiliki jejari purata 6.2 km dan mengambil masa 30.3 jam untuk mengorbit Marikh. Jarak Deimos dari Marikh ialah 23,460 km, lebih jauh daripada Phobos.[10] Deimos mungkin ialah sebuah asteroid yang diganggu oleh Musytari, terkeluar dari orbit asal lalu ditangkap oleh planet Marikh, meskipun pandangan ini adalah berkontroversi.[11]

Ciri-ciri

Seperti kebanyakan objek dengan saiz seperti Deimos, satelit ini tidak berbentuk sfera dengan dimensi 15 × 12.2 × 11 km,[12] 56% saiz Phobos. Satelit ini adalah begitu poros dengan ketumpatan anggaran sebanyak hanya 1.471 g/cm3.[13] Halaju berlepas dari Deimos ialah 5.6 m/s manakala magnitud ketara Deimos bernilai 12.45.[6][8]

Orbit

Orbit Deimos hampir berbentuk bulat dan berdekatan khatulistiwa Marikh, seperti orbit Phobos. Deimos yang dilihat dari Marikh akan memiliki diameter sudut sebanyak 2.5 minit (1 darjah bersamaan 60 minit), menjadikan Deimos ibarat bintang apabila diperhatikan dari Marikh.[14] Deimos pada tahap yang paling terang akan menjadi cerah seperti Zuhrah yang diperhatikan dari Bumi.

Orbit Deimos secara perlahan-lahan menjadi semakin besar kerana orbitnya yang jauh dari Marikh serta kesan pecutan pasang surut. Deimos dijangka akan terlepas daripada graviti Marikh.[15]

Transit dari Marikh

Deimos lazim melintasi kawasan di antara Matahari dan Marikh (transit), tetapi saiz Deimos terlalu kecil untuk menghasilkan gerhana Matahari penuh, dan hanya boleh dilihat sebagai bintik hitam kecil yang melintasi Matahari.

Sejarah

Deimos ditemui oleh ahli astronomi, Asaph Hall di Balai Cerap Tentera Laut Amerika Syarikat, Washington, D.C. pada 12 Ogos 1817.[16] Beberapa hari kemudian, beliau menemui satu lagi bulan Marikh, Phobos dalam usahanya untuk mencari bulan-bulan di Marikh.

Nama Deimos (asalnya dieja sebagai Deimus) diberi oleh ahli sains dari Kolej Eton, Henry Madan sempena watak Deimos dalam mitologi Yunani berdasarkan buku Iliad.[17][18]

Penjelajahan

Penjelajahan di Deimos adalah lebih kurang serupa dengan penjelajahan Marikh dan Phobos.[19] Gambar Deimos telah ditangkap oleh beberapa buah kapal angkasa yang ditugaskan untuk mengambil gambar Marikh. Tiada pendaratan pernah dibuat di Deimos.

Rujukan

  1. ^ The Century Dictionary and Cyclopedia (1914)
  2. ^ "Moons of Mars – the Center for Planetary Science".
  3. ^ Templat:Lexico
  4. ^ Harry Shipman (2013) Humans in Space: 21st Century Frontiers, p. 317
  5. ^ a b c d e "HORIZONS Web-Interface". NASA. 21 September 2013. Dicapai pada 4 Disember 2013.
  6. ^ a b c d e "Mars: Moons: Deimos". NASA Solar System Exploration. 30 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2012. Dicapai pada 2 Disember 2013.
  7. ^ "Deimos". Dicapai pada 6 Jun 2014.
  8. ^ a b c d "Planetary Satellite Physical Parameters". Jet Propulsion Laboratory (Solar System Dynamics). 13 Julai 2006. Dicapai pada 29 Januari 2008.
  9. ^ "Mars' Moons".
  10. ^ Staff (2016). "Deimos". SeaSky.org. Dicapai pada 23 January 2016.
  11. ^ Burns, J. A., "Contradictory Clues as to the Origin of the Martian Moons," in Mars, H. H. Kieffer et al., eds., U. Arizona Press, Tucson, 1992
  12. ^ "Deimos". Dicapai pada June 6, 2014.
  13. ^ Busch, M. W.; dll. (2007). "Arecibo Radar Observations of Phobos and Deimos". Icarus. 186 (2): 581–584. Bibcode:2007Icar..186..581B. doi:10.1016/j.icarus.2006.11.003.
  14. ^ Richardson, R. S., If You Were on Mars, Astronomical Society of the Pacific Leaflets, Vol. 4, Helaian No. 178 (Disember 1943), m/s. 214–221
  15. ^ https://www.space.com/20345-deimos-moon.html Deimos: Facts About the Smaller Martian Moon
  16. ^ Hall, A.; Observations of the Satellites of Mars, Astronomische Nachrichten, Vol. 91, No. 2161 (17 Oktober 1877, ditandatangani pada 21 September 1877) m/s. 11/12–13/14
  17. ^ Blunck, Jürgen (2009). "The Satellites of Mars; Discovering and Naming the Satellites". Solar System Moons: Discovery and Mythology. Springer. m/s. 5. ISBN 978-3-540-68852-5.
  18. ^ Hall, A.; Names of the Satellites of Mars, Astronomische Nachrichten, Vol. 92, No. 2187 (14 Mac 1878, ditandatangani pada 7 Februari 1878), m/s. 47/48
  19. ^ Mars Phobos and Deimos Survey (M-PADS)–A Martian Moons Orbiter and Phobos Lander (Ball, Andrew J.; Price, Michael E.; Walker, Roger J.; Dando, Glyn C.; Wells, Nigel S; and Zarnecki, John C. (2009). Mars Phobos and Deimos Survey (M-PADS)–A Martian Moons Orbiter and Phobos Lander. Advances in Space Research, 43(1), m/s. 120–127.)

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Deimos (bulan) di Wikimedia Commons
  • l
  • b
  • s
Marikh
Geografi
Umum
Ciri albedo (Solis Lacus) · Atmosfera · Terusan (Senarai) · Iklim · Kehidupan · Lembangan Kutub Utara · Terain camuk
Kawasan
Cydonia Mensae · Planum Boreum · Planum Australe · Cerberus Hemisphere · Vastitas Borealis · Iani Chaos · Medan segi empat · Tharsis · Ultimi Scopuli · Eridania Lake · Olympia Undae
Gunung
Senarai · Echus Montes · Elysium Planitia
Gunung berapi
Alba Patera · Albor Tholus · Arsia Mons · Ascraeus Mons · Biblis Patera · Elysium Mons · Hecates Tholus · Olympus Mons · Pavonis Mons · Syrtis Major · Tharsis · Tharsis Montes
Kawah
Katena · Hellas Planitia · Argyre Planitia · Schiaparelli · Gusev · Eberswalde · Eagle
Geologi
Karbonat · Sferul · Labah-labah · Ciri-ciri keju Swiss
Marikh yang diperhatikan oleh Teleskop Angkasa Hubble
Marikh yang diperhatikan oleh Teleskop Angkasa Hubble
  • Portal Marikh
Bulan

Phobos · Deimos

Penemuan · Ciri-ciri (Phobos · Deimos) · Kawah Stickney (Phobos) · Phobos dan Deimos dalam fiksyen
Meteorit
ALH84001 · Chassigny · Kaidun · Shergotty · Nakhla
Penjelajahan
Penerokaan · Program Phobos · Ciri-ciri yang diperhatikan Spirit · Ciri-ciri yang diperhatikan Opportunity · HiRISE · Misi bermanusia · Pendaratan di Marikh · Perayau Marikh · Objek buatan di Marikh · Terraforming
Gerhana dan
transit
Gerhana
Gerhana matahari di Marikh
Transit
Deimos · Phobos · Bumi · Utarid · Zuhrah
Tajuk lain
Pelintas Marikh · Astronomi di Marikh · Kalendar Darian · Masa di Marikh · Projek Haughton-Marikh · Martian · Persatuan Marikh · Bendera Marikh · Marikh dalam fiksyen
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
  • VIAF
    • 1
  • WorldCat Identities
    • 1
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat