Brek

Brek cakera pada motosikal.

Brek adalah sejenis alat yang digunakan bagi memperlahankan atau menghentikan pergerakan sesebuah mesin atau kenderaan, atau boleh jadi juga alat bagi menghalanynya daripada mula bergerak lagi. Tenaga kinetik yang hilang daripada bahagian bergerak biasanya ditukarkan kepada haba oleh daya geseran. Alternatifnya, dalam pembrekan janaan, sejumlah tenaga dipulihkan dan disimpan di dalam roda tenaga, kapasitor ataupun ditukar kepada arus ulang-alik oleh pengulangalik, seterusnya ditukarkan kepada arus terus sebelum disimpan di dalam bateri bagi kegunaan akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa tenaga kinetik bertambah berkadaran dengan nilai kuasa dua halaju (hubungan E = 1/2·m·v2). Ini bermakna jika kelajuan kenderaan bertambah, ia mempunyai empat kali ganda jumlah tenaga. Oleh itu brek mestilah menghilangkan empat kali ganda tenaga bagi menghentikan kenderaan dan hasilnya jarak membrek akan jadi empat kali lebih lama.

Brek dipasang pada kebanyakan kenderaan beroda termasuklah kereta, lori, kereta api, motosikal dan basikal.

Sesetengah kapal terbang dipasang dengan brek roda di bahagian bawah. Beberapa kapal terbang turut menampilkan brek udara yang direka bagi memperlahankannya semasa penerbangan

Nyahpecutan dan mengelak pecutan semasa menuruni bukit boleh juga dicapai dengan menggunakan gear rendah; sila rujuk pembrekan enjin.

Brek geseran pada kereta menyimpan haba pada bahagian berputar (brek gelendong atau brek cakera) semasa brek dikenakan dan melepaskannya ke udara secara beransur-ansur.

Kesan terhadap pencemaran bunyi

Aksi membrek pada kenderaan bermotor menghasilkan keluaran bunyi yang boleh dikenali, bergantung kepada jenis tayar serta permukaan jalan bagi menghasilkan kesan yang boleh diterima bagi tahap bunyi yang terhasil daripada kenderaan yang sedang bergerak.[1] Terdapat satu julat yang boleh diterima dalam penumpuan akustif yang dihasilkan bergantung kepada reka bentuk bunga tayar dan kecepatan nyahpecutan yang diperlukan bagi memperlahankan kenderaan.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "C.Michael Hogan, Analysis of highway noise, Journal of Water, Air, & Soil Pollution, Volume 2, Number 3, Biomedical and Life Sciences and Earth and Environmental Science Issue, Pages 387-392, September, 1973, Springer Verlag, Netherlands ISSN 0049-6979". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-26. Dicapai pada 2008-09-08.

Pautan luar

  • The Brake Bible
  • How Stuff Works - Brakes
  • High Quality Brake System Repairs Guide Diarkibkan 2008-06-17 di Wayback Machine
  • Brakes News Blog Diarkibkan 2008-09-15 di Wayback Machine
  • How to know when to replace your brakes
  • Resource on Stanfords solar car brakes
  • Analisis taburan suhu dan tekanan di dalam cakera brek untuk brek regeneratif Diarkibkan 2012-07-08 di Wayback Machine
  • Duti kitaran analisis dan simulasi terma bagi brek cakera yang ringan untuk sistem brek regeneratif Diarkibkan 2012-07-09 di Wayback Machine