Bolak-balik angkasa lepas Discovery

Bolak-balik angkasa lepas Discovery
Discovery dilancarkan daripada pad pelancaran 39A Kennedy Space Center dalam misi STS-124.
Discovery
OV-103
Gelaran Kenderaan Pengorbit:OV-103
Negara:Amerika Syarikat
Anugerah kontrak:29 Januari 1979
Dinamakan selepas:RRS Discovery
Penerbangan Pertama:STS-41-D
30 Ogos 1984 – 5 September 1984
Penerbangan Terakhir:STS-133
24 February 2011 - 9 Mac 2011
Bilangan Misi:39
Anak Kapal:246
Masa dihabis di angkasa:365 hari, 12 jam, 53 minit, 34 saat[1]
Bilangan orbit:5,830[2]
Jarak Perjalanan :148,221,675 bt (238,539,663 km)[1]
Bilangan Satelit diatur:31 (termasuk Teleskop Angkasa Hubble)
Berlabuh diMir:1
Berlabuh di ISS:13
Status:Bersara[3]

Bolak-balik angkasa lepas Discovery (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-103) adalah salah satu daripada lima buah bolak-balik angkasa lepas yang digunakan dalam armada NASA.[4] Semasa dilancarkan pada Ogos 1984, Discovery menjadi pengorbit angkasa lepas ketiga yang dioperasikan, dan kini merupakan pengorbit tertua yang telah berkhidmat. Selepas penerbangan terakhirnya pada Mac 2011, Discovery telah berjaya menjalankan 39 misi dalam tempoh 27 tahun, dengan 365 hari daripadanya di angkasa lepas. Discovery melaksanakan misi-misi pemasangan dan penyelidikan Stesen Angkasa Antarabangsa. Ia juga merupakan pengorbit yang membawa Teleskop Angkasa Hubble ke angkasa lepas. Discovery merupakan bolak-balik pertama yang bersara. Dua buah kapal angkasa lepas yang masih aktif adalah Atlantis dan Endeavour, manakala dua lagi, Challenger dan Columbia, musnah dalam kemalangan.

Penerbangan

Misi terpenting:

  • STS-41-D: Penerbangan sulung ke angkasa lepas
  • STS-51-D: Membawa Ahli Parlimen A.S. pertama ke angkasa, Senator Jake Garn
  • STS-26: "Penerbangan Semula" pertama selepas bencana Challenger (STS-51-L)
  • STS-31: Pelancaran Teleskop Angkasa Hubble
  • STS-60: Orang Rusia pertama menaiki kapal angkasa lepas A.S. (Sergei Krikalev)
  • STS-95: Penerbangan kedua John Glenn, orang tertua di angkasa lepas (77 tahun)
  • STS-96: Penerbangan misi pertama berlabuh dengan Stesen Angkasa Antarabangsa
  • STS-92: Misi bolak-balik angkasa lepas ke-100
  • STS-114: Salah satu misi "Penerbangan Semula" selepas bencana Columbia (STS-107)
  • STS-116: Pelancaran malam pertama sejak bencana Columbia
  • STS-131: Misi terlama (15 hari)
  • STS-133: Misi terakhir

Galeri

  • Pelancaran STS-41-D, misi pertama
    Pelancaran STS-41-D, misi pertama
  • STS-119 pada pagi 11 Mac 2009
    STS-119 pada pagi 11 Mac 2009
  • STS-121 dilancarkan pada Independence Day
    STS-121 dilancarkan pada Independence Day
  • STS-121, sebelum berlabuh dengan ISS
    STS-121, sebelum berlabuh dengan ISS
  • STS-114, sebelum berlabuh dengan ISS
    STS-114, sebelum berlabuh dengan ISS
  • Di atas Boeing 747 terubahsuai ketika pendaratan
    Di atas Boeing 747 terubahsuai ketika pendaratan
  • Selepas mendarat di Bumi
    Selepas mendarat di Bumi
  • Boeing 747 terubahsuai membawa Discovery
    Boeing 747 terubahsuai membawa Discovery

== Lihat juga ==صف

  • Senarai misi bolak-balik angkasa lepas
  • Senarai anak kapal bolak-balik angkasa lepas

Rujukan

  1. ^ a b NASA (Oktober 2010). "NASAfacts Discovery (OV-103)" (PDF). Dicapai pada 21 Oktober 2010.
  2. ^ NASA (2010-10-20). "The Long Voyage of Discovery". Dicapai pada 2010-10-21.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama slt
  4. ^ NASA (2007). "Space Shuttle Overview: Discovery (OV-103)". NASA. Dicapai pada 6 November 2007. Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)

Pautan luar

  • Return to Flight mission STS-114 and STS-121
  • Shuttle Orbiter Discovery (OV-103)
  • Night Launch of the Space Shuttle Discovery
  • Discovery on Servicing Mission 2 at ESA/Hubble site
  • Discovery on Servicing Mission 3A at ESA/Hubble site
  • Pictures of preparations for a launch of Discovery Diarkibkan 2012-12-13 di Wayback Machine
  • 04/16/07: Consolidated Launch Manifest: Space Shuttle Flights and ISS Assembly Sequence.

Templat:Bolak balik angkasa Discovery

  • l
  • b
  • s
Program Bolak-balik Angkasa Amerika Syarikat (senarai)Program Soviet Buran
  • OK-GLI (Buran Analog BST-02, penguji udara)
  • Buran (Bolak balik 1.01, musnah pada 2002)
  • Ptichka (Bolak balik 1.02, 95–97% siap)
  • Baikal (Bolak balik 2.01, tidak siap)
  • 2.02 (sebahagian diceraikan)
  • 2.03 (diceraikan)