Beza keupayaan

Dalam bidang fizik, beza keupayaan, V merupakan kuantiti yang berhubungan dengan jumlah tenaga yang diperlukan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu tempat ke tempat yang lain melawan pelbagai jenis daya. Istilah ini sering dipergunakan sebagai singkatan untuk 'beza keupayaan elektrik', namun ia juga dipergunakan dalam cabang-cabang fizik yang lain. Hanya perubahan keupayaan atau tenaga keupayaan (bukannya nilai-nilai mutlak) dapat diukur. Unit SI bagi beza keupayaan ialah volt.


Penjelasan

Beza keupayaan ialah perbezaan bagi sesuatu kuantiti yang tertentu antara dua titik di dalam medan vektor pengabdian untuk kuantiti tersebut. Sebilangan contoh adalah seperti yang tersenarai di bawah:

  • Dalam bidang kejuruteraan elektrik, beza keupayaan elektrik ialah voltan di antara dua titik, atau turunan voltan melintang di sepanjang impedans elektrik (di antara satu hujung dengan satu hujung yang lain). [1] Ia berkait dengan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan satu unit cas elektrik dari satu titik ke satu titik yang lain melawan medan elektrostatik yang wujud. Unit: joule per coulomb = volt
  • Dalam bidang mekanik, beza keupayaan graviti di antara dua titik di Bumi berkait dengan tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan satu unit jisim dari satu titik ke satu titik yang lain melawan medan graviti. Unit: joule per kilogram.
  • Dalam sistem-sistem bendalir, beza keupayaan ialah perbezaan tekanan. Unit: pascal.
  • Dalam sistem-sistem terma, beza keupayaan ialah perbezaan suhu. Unit: kelvin.

Lihat juga

  • Sesalur elektrik (makalah mengenai voltan bekalan elektrik kediaman)
  • Senarai negara dengan palam sesalur, voltan, dan frekuensi
  • Tegangan amat tinggi (EHT), Voltan amat tinggi
  • Tenaga keupayaan
  • Unit elektromagnetisme SI
  • Volt
  • Voltan amat rendah
  • Voltan rendah
  • Voltan tinggi

Rujukan

  1. ^ Rudolf F. Graf, "Potential difference", Dictionary of Electronics; Radio Shack, 1974-75. Fort Worth, Texas. ISBN B000AMFOZY

Pautan luar