Ben Anderson

Benedict Anderson
Kelahiran
Benedict Richard O'Gorman Anderson

(1936-08-26)26 Ogos 1936
Kunming, Yunnan, China
Meninggal dunia13 Disember 2015(2015-12-13) (umur 79)
Batu, Jawa Timur, Indonesia
KerakyatanIreland
Pusat pendidikanKing's College, Cambridge (B.A.)
Universiti Cornell (Ph.D.)
Kerjaya saintifik
BidangSains politik, Sejarah, Kajian eilayah
InstitusiUniversiti Cornell (Profesor)
Penasihat kedoktoranGeorge McTurnan Kahin
Pelajar kedoktoranJohn Sidel

Benedict Richard O'Gorman Anderson (26 Ogos 1936 - 13 Disember 2015), sering dipanggil Ben Anderson, adalah seorang sejarawan dan pakar politik dunia. Beliau mengerusi sebagai Profesor Emeritus Kajian Asia, Pemerintahan, dan Antarabangsa di Universiti Cornell. Karyanya yang paling terkenal, Imagined Communities (1983), menggambarkan munculnya konsep nasionalisme di seluruh dunia dengan menggunakan pendekatan materialisme historis dan historiografi Marxis.

Beliau dihukum buang negeri dari Indonesia atas keterlibatannya mengarang makalah Cornell senasa tempoh pekerjaannya yang mempertikaikan naratif Gerakan 30 September serta kejadian pembunuhan ramai warga disangka komunis yang menyusul tahun 1965–1966.

Awal hidup

Benedict lahir di Kunming, China, dalam sebuah keluarga kacukan Inggeris Ireland. Ia dibesarkan sebagian besar di California, dan belajar di Universiti Cambridge. Saudaranya, Perry Anderson, adalah seorang intelektual Marxis.

Analisis dan pandangan-pandangannya yang kritis menyebabkan selama bertahun-tahun Anderson dilarang masuk ke Indonesia oleh pemerintahan Orde Baru di bawah Presiden Soeharto. Baru setelah Soeharto jatuh dari panggung kekuasaannya, Anderson dapat kembali lagi berkunjung ke Indonesia.

Beliau juga memenangkan Hadiah Budaya Asia Fukuoka XI 2000.

Karier akademik

Anderson berpendapat bahawa sebab-sebab utama munculnya nasionalisme dan terbentuknya suatu masyarakat khayal adalah berkurangnya ketercapaian atau akses istimewa terhadap bahasa-bahasa tulis tertentu (misalnya bahasa Latin), gerakan untuk menghapuskan gagasan pemerintahan ilahi dan monarki, serta munculnya mesin cetak di bawah suatu sistem kapitalisme (atau, seperti yang disebut Anderson, 'kapitalisme cetak'). Pendekatan materialis historis Anderson dapat dibandingkan dengan pendekatan individualis metodologis Liah Greenfeld atau Max Weber dalam "Nationalism: Five Roads to Modernity" (Nasionalisme: Lima Jalan menuju Kemodernan").

Persaraan

Anderson meninggal dunia tanggal 12 Disember 2015 di Batu, Malang, Jawa Timur pada pukul 11.30 malam Waktu Indonesia Barat.[1]

Senarai karya

  • Java in a Time of Revolution ISBN 0-8014-0687-0
  • Debating World Literature ISBN 1-85984-458-8
  • Language and Power: Exploring Political Cultures in Indonesia ISBN 0-8014-9758-2
  • Imagined Communities ISBN 0-86091-329-5 (edisi pertama 1983)
  • The Spectre of Comparisons
  • Under Three Flags: Anarchism and the Anti-Colonial Imagination ISBN 1-84467-037-6
  • "ベネディクト・アンダーソン グローバリゼーションを語る" ("Benedict Anderson: Gurobariseshon wo kataru"-"Benedict Anderson on Globalization") 梅森直之 Umemori Naoyuki (suntingan) Tokyo: Minerva, 2007
  • "ヤシガラ椀の外へ" ("Yashigara-wan no Soto he" - "Out from Under the Coconut Halfshell") Tokyo: NTT Publishing. 2009. "ISBN 978-4-7571-4213-8"

Rujukan

  1. ^ Kusumadewi, Anggi (13 Disember 2015). "Indonesianis Benedict Anderson Wafat di Malang". CNN Indonesia. Dicapai pada 13 Disember 2015.

Pautan luar

  • Biografi singkat
  • "The Nation as Imagined Community" Diarkibkan 2013-11-03 di Wayback Machine Cuplikan dari Imagined Communities
  • "Western Nationalism and Eastern Nationalism: Is there a difference that matters?" Diarkibkan 2006-02-11 di Wayback Machine, oleh Anderson dalam New Left Review.
  • "When the Virtual Becomes the Real": Percakapan dengan Benedict Anderson, (Musim semi 1996).
  • "Democratic Fatalism in South East Asia Today" oleh Anderson, (11 Mei 2001).
  • Tinjauan Imagined Communities oleh Fadia Rafeedie.
  • "The Current Crisis in Indonesia" Diarkibkan 2007-08-07 di Wayback Machine Wawancara dengan Benedict Anderson oleh William Seaman.
  • "Sam's Club" Diarkibkan 2006-03-23 di Wayback Machine Anderson on Anti-Americanisms, tinjauan buku dalam BOOKFORUM, (Desember/Januari 2005).
  • Archive of articles[pautan mati kekal] ditulis oleh Anderson dalam New Left Review, (perlu berlangganan).
  • Interview with Anderson: "I like nationalism's utopian elements" Diarkibkan 2008-05-03 di Wayback Machine (Universitas Oslo)
  • Tinjauan Diarkibkan 2008-08-30 di Wayback Machine tentang Under Three Flags oleh Meredith L. Weiss.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Norway
  • Chile
  • Perancis (data)
  • Catalonia
  • Jerman
  • Itali
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Latvia
  • Jepun
  • Republik Czech
  • Australia
  • Yunani
  • Korea
  • Croatia
  • Belanda
  • Poland
  • Sweden
Kamus biografi
  • Jerman
Pangkalan data saintifik
  • CiNii (Jepun)
Lain-lain