Bahasa-bahasa Anatolia

Sebahagian daripada siri
Topik-topik Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Eropah

  • Senarai bahasa-bahasa Indo-Eropah

Wujud
  • Bahasa Albania
  • Bahasa Armenia
  • Bahasa-bahasa Balto-Slavik
    • Bahasa-bahasa Baltik
    • Bahasa-bahasa Slavik
  • Bahasa-bahasa Celtik
  • Bahasa-bahasa Jermanik
  • Bahasa-bahasa Yunani
    • Bahasa Yunani
  • Bahasa-bahasa Indo-Iran
    • Bahasa-bahasa Indo-Arya
    • Bahasa-bahasa Iran
    • Bahasa-bahasa Nuristani
  • Bahasa-bahasa Italik
    • Bahasa-bahasa Romawi
Pupus
  • Bahasa-bahasa Anatolia
  • Bahasa-bahasa Tokharia
  • Bahasa-bahasa Paleo-Balkan
    • Bahasa Dacian
    • Bahasa Iliria
    • Bahasa Liburnia
    • Bahasa Messapia
    • Bahasa Misia
    • Bahasa Paeonia
    • Bahasa Frigia
    • Bahasa Thrasia

Direkonstruksi
  • Bahasa Indo-Eropah Purba
    • Fonologi: Hukum sebutan, Aksen, Ablaut

Bahasa hipotesis
  • Bahasa Daco-Thrasia
  • Bahasa Yunani-Armenia
  • Bahasa Yunani-Arya
  • Bahasa Yunani-Frigia
  • Bahasa Indo-Hittite
  • Bahasa Italo-Celtik
  • Bahasa Thrako-Iliria

Tatabahasa
  • Kosa kata
  • Akar kata
  • Kata kerja
  • Kata nama
  • Kata ganti diri
  • Kata bilangan
  • Kata partikel

Other
  • Bahasa Albania Purba
  • Bahasa Anatolia Purba
  • Bahasa Armenia Purba
  • Bahasa Jermanik Purba (Bahasa Norse Purba)
  • Bahasa Italo-Celtik (Bahasa Celtik Purba · Bahasa Itali Purba)
  • Bahasa Yunani Purba
  • Bahasa Balto-Slavik Purba (Bahasa Slavik Purba · Bahasa Baltik Purba)
  • Bahasa Indo-Iran Purba (Bahasa Iran Purba)
Filologi
  • Teks-teks Hittite
  • Bahasa Luwian Berhieroglif
  • Linear B
  • Rigveda
  • Avesta
  • Homer
  • Batu bersurat Behistun
  • Epigrafi Galia
  • Epigrafi Latin
  • Epigrafi Runik
  • Ogam
  • Injil Goth
  • Injil Armenia
  • Tulisan Tokharia
  • Glosa pada bahasa Ireland Kuno
Asal-usul
  • Tanah air
  • Orang Indo-Eropah Purba
  • Masyarakat
  • Kepercayaan

Pendapat aliran utama
  • Hipotesis Kurgan
  • Pemindahan Indo-Eropah
  • Nomad Eurasia

Pendapat sampingan
  • Hipotesis Anatolia
  • Hipotesis Armenia
  • Hujah Beech
  • Orang Aryan tempatan
  • Tanah air Baltik
  • Teori kebersambungan paleolitik
Arkeologi
Zaman Tembaga

Dataran rumput Pontia

  • Pembelajinakan kuda
  • Kurgan
    • Batu nisan Kurgan
  • Kebudayaan Kurgan
  • Kebudayaan dataran rumput
    • Kebudayaan Bug–Dniester
    • Kebudayaan Sredny Stog
    • Kebudayaan Dnieper–Donets
    • Jebudayaan Samara
    • Kebudayaan Khvalynsk
    • Kebudayaan Yamnaya
      • Kebudayaan Mikhaylovka
      • Kebudayaan Novotitorovka

Kaukasus

  • Kebudayaan Maykop

Asia Timur

  • Kebudayaan Afanasievo

Eropah Timur

  • Kebudayaan Usatovo
  • Kebudayaan Cernavodă
  • Kebudayaan Cucuteni–Trypillia

Eropah Utara

  • Kebudayaan tembikar bertali
    • Kebudayaan Baden
    • Kebudayaan Dnieper Tengah

Zaman Gangsa

Dataran rumput Pontia

  • Kenderaan rata
  • Kebudayaan Yamnaya
  • Kebudayaan Catacomb
  • Kebudayaan tembikar bertali banyak
  • Kebudayaan Poltavka
  • Kebudayaan Srubna

Dataran rumput Utara/Timur

  • Kebudayaan Abashevo
  • Kebudayaan Andronovo
  • Kebudayaan Sintashta

Eropah

  • Kebudayaan Amfora Bulat
  • Kebudayaan Tembikar Bertali
  • Kebudayaan Bikar
  • Kebudayaan Unetice
  • Kebudayaan Trzciniec
  • Zaman Gangsa Nordik
  • Kebudayaan Terramare
  • Kebudayaan Tumulus
  • Kebudayaan Urnfield
  • Kebudayaan Lusatian

Asia Selatan

  • BMAC
  • Kebudayaan Yaz
  • Kebudayaan kubur Gandhara

Zaman Logam

Dataran rumput

  • Kebudayaan Chernoles

Eropah

  • Thrako-Kimmeri
  • Kebudayaan Hallstatt
  • Kebudayaan Jastorf

Kaukasus

  • Kebudayaan Colchian

India

  • Kebudayaan Tembikar Kelabu
  • Kebudayaan Tembikar Hitam Gilap
Kaum dan masyarakat
Zaman Gangsa
  • Kaum Anatolia (Kaum Hittite)
  • Kaum Armenia
  • Kaum Yunani Mycenaean
  • Kaum Indo-Iran
Zaman Logam

Kaum Indo-Aryan

  • Kaum Indo-Aryan

Kaum Iran

  • Kaum Iran

Asia Timur

  • Wusun
  • Yuezhi

Eropah

  • Kaum Celt
    • Suku Galia
    • Suku Celtiberia
    • Suku Celt Daratan
  • Kaum Kimmeria
  • Bangsa Yunani
  • Bangsa Itali
  • Rumpun Germanik
  • Bahasa-bahasa Paleo-Balkan/Anatolia
    • Suku Thrasia
    • Suku Dacian
    • Suku Iliria
    • Suku Paeonian
    • Suku Frigian
Zaman Pertengahan

Asia Timur

  • Orang Tokharia

Eropah

  • Orang Albania
  • Orang Baltik
  • Orang Slavik
  • Orang Norse/Orang Skandinavia Pertengahan
  • Zaman Pertengahan Eropah

Indo-Arya

  • Zaman Pertengahan India

Iran

  • Parsi besar
Kepercayaan dan mitologi
Direkonstruksi
  • Mitologi Indo-Eropah Purba
  • Kepercayaan Indo-Iran Purba
  • Kepercayaan Iran Kuno

Bersejarah
  • Hittite

Indo-Arya

Iran

Lain-lain

  • Armenia

Eropah

  • Paleo-Balkan (Albania · Iliria · Thrasia · Dacian)
  • Yunani
  • Rom
  • Celtil
    • Ireland
    • Scotland
    • Breton
    • Welsh
    • Cornish
  • Jermanik
    • Anglo-Sakson
    • Benua
    • Norse
  • Baltik
    • Latvia
    • Lithuania
  • Slavik
Amalan
Kajian-kajian Indo-Eropah
Cendekiawan
  • Marija Gimbutas
  • J. P. Mallory
Institut
  • Kajian Indo-Eropah Copenhagen
Penerbitan
  • Ensiklopedia Kebudayaan Indo-Eropah
  • Kuda, Roda dan Bahasa
  • Jurnal Kajian Indo-Eropah
  • Indogermanisches etymologisches Wörterbuch
  • Kamus Etimologi Indo-Eropah
  • l
  • b
  • s

Bahasa-bahasa Anatolia merupakan cabang bahasa Indo-Eropah yang telah pupus dan dahulu dituturkan di Anatolia, sebahagian Turki moden. Salah satu bahasa Anatolia yang paling terkenal ialah bahasa Het, bahasa Indo-Eropah yang paling awal dibuktikan kewujudannya.

Klasifikasi

Melchert (2012) telah mencadangkan pengelasan berikut:[1]

Klasifikasi bahasa Anatolia menurut Alwin Kloekhorst (2022).

Kloekhorst (2022) mengusulkan klasifikasi yang lebih terperinci, dengan tarikh anggaran untuk beberapa peringkat bahasanya yang telah direkonstruksi:[2]

  • Anatolia Purba (mencapah sekitar abad ke-31 SM)
    • Luwo-Lydia Purba
      • Luwo-Palaik Purba
        • Luwik Purba (s. abad ke-21–ke-20 SM)
          • Luwi Purba (s. abad ke-18 SM)
            • Luwi Tulisan Pepaku (abad ke-16–ke-15 SM)
            • Luwi Hieroglif (abad ke-13–ke-8 SM)
          • Lyco-Karia
            • Karia–Milya Purba
              • Karia (abad ke-7–ke-3 SM)
              • Milya (abad ke-5 SM)
            • Lycia–Sidetik Purba
              • Lycia (abad ke-5–ke-4 SM)
              • Sidetik (abad ke-5–ke-2 SM)
          • Pisidia (abad pertama–ke-2 TM) [tidak diklasifikasi]
        • Palaik Purba
          • Palaik (abad ke-16–15 SM)
      • Lydia Purba
        • Lydia (abad ke-8–ke-3 SM)
    • Het Purba (s. 2100 SM)
      • Bahasa Het Kaniš (s. 1935–1710 BC)
      • Bahasa Het Ḫattuša (s. 1650–1180 SM)

Selain itu, bahasa Kalašma dipercayai dikira dalam bahasa Luwik, namun analisis lanjut masih belum diterbitkan.[3]

Bahasa dalam rumpun Anatolia

Senarai di bawah menunjukkan bahasa Anatolia dalam susunan yang mudah, berdasarkan ringkasan oleh Robert Beekes pada tahun 2010.[4] Model ini hanya mengenali satu subkumpulan, bahasa-bahasa Luwik. Walau bagaimanapun, susunan cabang ini masih dalam pengubahsuaian dan kemaskinian. Versi kedua menganggap bahasa Het sebagai bahasa yang asing daripada kumpulan bahasa Anatolia Barat, dan membahagikan kumpulan tersebut kepada bahasa Lydia, Palaik, dan sekumpulan bahasa Luwi (dan bukan Luwik).[5]

Bahasa Het

Empayar Het pada kemuncaknya bawah pemerintahan Suppiluliuma I (s. 1350–1322 SM) dan Mursili II (s. 1321–1295 SM)

Bahasa Het (nešili) ialah bahasa yang dituturkan di Empayar Het sekitar tahun 1650–1200 SM. Empayar Het memerintah hampir seluruh Anatolia pada masa itu. Sumber terawal bahasa Het datang daripada Teks Kültepe, rekod-rekod bahasa Akkadia tentang kârum kaneš, atau "pelabuhan Kanes" iaitu sebuah enklaf pedagang Assyria dalam kota kaneš (Kültepe) dari abad ke-19 SM. Teks-teks ini mengandungi nama-nama orang Het dan perkataan yang dipinjam daripada bahasa Het ke dalam bahasa Akkadia. Nama bandar ini dalam bahasa Het ialah Neša, dan bahasa Het dipanggil Nešili. Kerana enklaf itu adalah kota milik Asyur dan bukan Het, dan nama kota itu menjadi nama bahasanya, menunjukkan bahawa orang Het amat berpengaruh di tengah Anatolia.

Bahasa Palaik

Palaik, dituturkan di wilayah Anatolia utara-tengah di Pala (kemudian Paflagonia), pupus sekitar abad ke-13 SM, dan hanya diketahui berdasarkan cebisan-cebisan doa dalam teks-teks bahasa Het Kuno. Ia pupus kerana proses persilihan budaya, jika bukan kerana penduduknya, akibat pencerobohan oleh orang Kaskas, yang tidak dapat dibendung oleh orang Het.

Cabang Luwik

Luwik
Luvik
Etnik:Orang Anatolia
Taburan
geografi:
Dahulu di Anatolia
Klasifikasi bahasa:Indo-Eropah
  • Anatolia
    • Bahasa Luwo-Lydia?
      • Bahasa Luwo-Palaik?
        • Luwik
Pembahagian:
  • Bahasa Karia
  • Bahasa Luwi
  • Bahasa Lycia
  • Bahasa Milya
  • Bahasa Pisidia
  • Bahasa Sidetik
  • Kalasmaik?
Glottolog:luvi1234[6]

Nama Luwik dicadangkan oleh Craig Melchert untuk sekumpulan bahasa yang dipercayai berkait rapat dengan satu sama lain dalam rumpun bahasa Anatolia.[7] Ini bukan istilah baru, kerana Luvik sebelum ini digunakan pada awal abad ke-20 TM untuk seluruh kumpulan bahasa Anatolia, atau bahasa-bahasa yang dikenali sebagai bahasa Luvi dalam teks-teks Het. Nama ini berasal dari bahasa Het 𒇻𒌑𒄿𒇷 luwili. Kata Luvik akhirnya digantikan dengan Luvi. Sementara itu, kebanyakan bahasa yang kini dikelaskan di bawah Luvi, atau Luvik, belum digelarkan begitu sehinggalah hujung abad ke-20 TM. Ada kemungkinan bahawa lebih banyak bukti bahasa ini boleh ditemui pada masa hadapan.

Bahasa Luwi

Kawasan di mana bahasa Luwi digunakan dalam alaf ke-2 SM.

Bahasa Luwi ditulis dalam dua sistem tulisan yang berbeza, tulisan pepaku dan hieroglif Anatolia, sepanjang lebih daripada satu alaf. Dahulu, pakar menganggap kedua-dua korpora ini dua bahasa yang berasingan,[8] tetapi kini diketahui bahawa ia hanyalah cara berbeza untuk menulis bahasa yang sama. Kini versi-versi bahasa Luwi sering dibicarakan, seperti bahasa Luwi Kizzuwatna (ditulis dalam tulisan pepaku), bahasa Luwi Empayar (tulisan pepaku dan hieroglif), dan bahasa Luwi Zaman Besi/Luwi Zaman Lewat (hieroglif), serta beberapa lagi dialek Luwi, tetapi tidak cukup didokumentasi.[9]

Lycia

Cabang Luwik bahasa Anatolia yang dibuktikan wujud pada pertengahan alaf pertama SM

Bahasa Lycia (dipanggil "Bahasa Lycia A" semasa Milya adalah "Bahasa Lycia B") dituturkan dalam di Lycia klasik, di barat daya Anatolia. Ada kira-kira 172 inskripsi yang menggunakan bahasa ini,[10] kebanyakannya pada batu, daripada kira-kira 150 batu nisan, dan 32 dokumen awam. Sistem tulisannya ialah abjad Bahasa Lycia, yang disesuaikan daripada abjad Yunani oleh orang Lycia. Selain inskripsi, terdapat lebih daripada 200 syiling yang dicap dengan nama-nama orang Lycia. Sesetengah teks ditulis dalam bahasa Lycia dan Yunani, dan satu teks, dinamakan "Létôon trilingual", ditulis dalam bahasa Lycia, Yunani dan Aram. Teks yang terpanjang, stele Xanthus, dengan kira-kira 250 baris, pada asalnya dipercayai adalah dalam bahasa Yunani dan Lycia, tetapi dengan penemuan satu rangkap yang menggunakan bahasa lain yang serumpun—dipanggil "Bahasa Lycia B" atau bahasa Milya—menjadikannya inskripsi tiga bahasa. Syiling-syiling terawal berasal dari sebelum 500 SM,[11] menunjukkan bahawa perkembangan sistem tulisan mereka mengambil masa untuk direka dan diterima pakai.

Bahasa Milya

Bahasa Milya sebelum ini disangka sejenis bahasa Lycia, "Bahasa Lycia B", tetapi kini ia diklasifikasikan sebagai bahasa yang berasingan.

Bahasa Karia

Bahasa Karia dituturkan di Karia. Kewujudannya dibuktikan dengan grafiti-grafiti tentera upahan Karia dan ahli-ahli lain dari enklaf etnik di Memphis, Mesir (dan tempat-tempat lain di Mesir), nama peribadi dalam rekod-rekod Yunani, dua puluh inskripsi dari Karia (termasuk empat inskripsi dwibahasa), inskripsi-inskripsi yang tersebar di tempat lain di rantau Aegea dan perkataan-perkataan yang dinyatakan adalah kosa kata bahasa Karia oleh pengarang-pengarang zaman purba.[12] Prasasti muncul buat kali pertama pada abad ke-7 SM.

Bahasa Sidetik

Prasasti dalam bahasa Sidetik, pameran Muzium Side, Turki

Sidetik dituturkan di bandar Side. Ia diketahui daripada tanda-tanda pada syiling dan inskripsi-inskripsi dwibahasa dari abad ke-5 hingga ke-2 SM.

Bahasa Pisidia

Bahasa Pisidik dituturkan di Pisidia. Ia dikenali berdasarkan kira-kira tiga puluh buah inskripsi pendek dari abad pertama hingga kedua TM, ia nampaknya berkait rapat dengan bahasa Lycia dan Sidetik.

Bahasa Kalašma

Bahasa Kalašma dituturkan di wilayah Kalašma, mungkin berhampiran bandar moden Bolu. Ia diketahui daripada satu prasasti yang ditemui di Hattusa.[13]

Bahasa Lydia

Bahasa Lydia dituturkan di Lydia. Ia unik dan tidak difahami dengan baik kerana tidak bahasanya tidak mencukup bukti dan ia mempunyai beberapa ciri yang berbeza daripada bahasa Anatolia yang lain.[14] Bahasa Lydia terdapat pada grafiti-grafiti dan syiling dari hujung abad ke-8 atau awal abad ke-7 SM, tetapi inskripsi-inskripsi yang masih terpelihara berasal dari abad ke-5–ke-4 SM, semasa zaman kekuasaan Parsi. Teks-teks dalam bahasa Lydia kini berjumlah kira-kira seratus tetapi kebanyakannya pecah-pecah.

Rujukan

  1. ^ Melchert 2012
  2. ^ Kloekhorst 2022.
  3. ^ Chrysopoulos, Philip (2023-09-23). "New Indo-European Language Discovered in Ancient City of Hattusa". Greek Reporter. Dicapai pada 2023-09-26.
  4. ^ Beekes, R. S. P.; Cor de Vaan, Michiel Arnoud (2011). Comparative Indo-European Linguistics: An Introduction (ed. 2nd). Amsterdam; Philadelphia: John Benjamins Publishing. m/s. 20–22.
  5. ^ Luraghi 1998.
  6. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Luvic". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  7. ^ Melchert 2012, halaman 14. "Saya dan beberapa orang lain telah menggunakan label 'bahasa Luvik' untuk kumpulan ini dan bukannya 'Luvi' yang lebih popular, untuk mengelakkan kekeliruan dengan Luvi khususnya merujuk kepada bahasa yang ditulis dalam sistem tulisan pepaku dan hieroglif."
  8. ^ Luraghi 1998, halaman 173.
  9. ^ Yakubovich 2011; Melchert 2016; Rieken 2017;
  10. ^ Keen 1998, halaman 7.
  11. ^ Keen 1998, halaman 11.
  12. ^ Adiego, I. J. (2007). "Greek and Carian". Dalam Christidis, A. F.; Arapopoulou, Maria; Chriti, Maria (penyunting). A History of Ancient Greek from the Beginning to Late Antiquity. Diterjemahkan oleh Markham, Chris. Cambridge University Press. m/s. 759, 761. ISBN 978-0-521-83307-3.
  13. ^ "New Indo-European Language Discovered". Julius-Maximilians-Universität of Würzburg. (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-21. Dicapai pada 2023-09-26.
  14. ^ Melchert, Craig (2004). "Cambridge Encyclopedia of the World's Ancient Languages" (PDF). Cambridge University Press. m/s. 601–607. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-10-08.

Sumber

  • Fortson, Benjamin W (2010). Indo-European Language and Culture: An introduction. Blackwell textbooks in linguistics (ed. 2nd). Chichester, U.K.; Malden, MA: Wiley-Blackwell. 19.
  • Keen, Anthony G. (1998) [1992]. Dynastic Lycia: A political history of the Lycians & their relations with foreign powers, c. 545–362 BC. Mnemosyne: bibliotheca classica Batavia. Supplementum. Leiden; Boston; Köln: Brill.
  • Kloekhorst, Alwin (2022). "Anatolian". Dalam Olander, Thomas (penyunting). The Indo-European Language Family: A Phylogenetic Perspective. Cambridge: Cambridge University Press. doi:10.1017/9781108758666. ISBN 978-1-108-49979-8.
  • Luraghi, Silvia (1998) [1993], "The Anatolian Languages", dalam Ramat, Anna Giacalone; Ramat, Paolo (penyunting), The Indo-European Languages, Routledge Language Family Descriptions, London; New York: Routledge. Originally published as Le Lingue Indoeuropee.
  • Melchert, H. Craig (2012). "The Position of Anatolian" (PDF).
  • Melchert, H. Craig (2016). "Luwian" (PDF).
  • Rieken, Elisabeth (2017). "The dialectology of Anatolian". Dalam Fritz, Mathias; Joseph, Brian; Klein, Jared (penyunting). Comparative Indo-European Linguistics. Handbooks of Linguistics and Communication Science. Berlin; New York: de Gruyter Mouton. m/s. 298–308.
  • Payne, Annick (2010). Hieroglyphic Luwian: An Introduction with original Texts. SILO: Subsidia et Instrumenta Linguarum Orientis (ed. 2nd revised). Wiesbaden: Harrassowitz.
  • Yakubovich, Ilya (2011). "Luwian and the Luwians". Dalam Steadman, Sharon R.; McMahon, Gregory (penyunting). The Oxford Handbook of Ancient Anatolia. Oxford: Oxford University Press. m/s. 534–547.

Bacaan lanjut

  • Kroonen, Guus; Gojko Barjamovic; Michaël Peyrot (2018). "Linguistic supplement to Damgaard et al. 2018: Early Indo-European languages, Anatolian, Tocharian and Indo-Iranian". m/s. 3–7. doi:10.5281/zenodo.1240524.
  • Mallory, J.P. (1989). In Search of the Indo-Europeans. London: Thames and Hudson.
  • Patri, Sylvain (2007). L'alignement syntaxique dans les langues indo-européennes d'Anatolie. Studien zu den Bogazkoy-Texten 49. Wiesbaden: Otto Harrassowitz. ISBN 978-3-447-05612-0.
  • Steiner, G. (1990). "The immigration of the first Indo-Europeans into Anatolia reconsidered". Journal of Indo-European Studies. 18: 185–214.

Pautan luar

  • "Digital etymological-philological Dictionary of the Ancient Anatolian Corpus Languages (eDiAna)". Ludwig-Maximilians-Universität München. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2017.
  • "Luwian". ancientscripts.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-04. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  • Justus, Carol; Slocum, Jonathan. "Indo-European Languages: Anatolian Family". University of Texas at Austin. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2012. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  • Melchert, H. Craig. "Anatolian Databases". UCLA. Dicapai pada 7 Februari 2012. Luwian, Lycian dan Lydian.
  • Lauffenburger, Olivier (2006). "The Hittite Grammar Homepage". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-20.
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
Lain-lain