Albert Camus

Albert Camus
Portret beliau bertarikh 1957
Kelahiran(1913-11-07)7 November 1913
Mondovi (kini Dréan), Algeria Perancis
Meninggal dunia4 Januari 1960(1960-01-04) (umur 46)
Villeblevin, Perancis
Sebab kematianKemalangan kereta
Pusat pendidikanUniversiti Algiers
Karya terkenal
L'Étranger
Le Mythe de Sisyphe
L'Homme révolté
La Peste
Erake-20
FalsafahFalsafah Barat
SekolahAbsurdisme
Eksistensialisme
Anarkisme
Kepentingan utama
Etika, sifat kemanusiaan, keadilan, politik
Dipengaruhi
  • Sartre, Emma Goldman, Mikhail Bakunin, Peter Kropotkin, Augustine, Homer, Shestov, Marx, Nietzsche, Dostoyevsky, Kierkegaard, Grenier, Samuel Beckett
Mempengaruhi
  • Michel Onfray[1]
Tandatangan
Albert Camus signature

Albert Camus (disebut [albɛʁ kamy (bantuan·info) terdekat [al.bér ka.mu]; 7 November 1913 – 4 Januari 1960) adalah seorang filsuf, penulis, dan wartawan dari Perancis. Pandangan-pandangan beliau menyumbang kepada asas fahaman falsafah absurdisme. Esei L'Homme révolté yang dinukilnya seluruh hidupnya bertujuan menentang falsafah nihilisme ketika masih menyelidikinya jauh ke kebebasan individu. Belliau merupakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan kedua termuda (selepas Rudyard Kipling) dalam sejarah aungerah tersebut pada usia 43 tahun 1957.[2][3]

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Albert Camus lahir pada 7 November 1913 di suatu kejiranan di Mondovi (kini Dréan), Algeria Perancis; Catherine Hélène Sintès Camus beketurunan Sepanyol-Balear sementara ayahnya Lucien Camus seorang petani pied-noir. Ayahnya terkorban dalam Lertempuran Marne 1914 semasa Perang Dunia Pertama. Meskipum kedua-dua beliau dan ibunya warga jajahan Perancis lalu lebih berpeluang berbading warga Arab atau Barbar di sana,[4] mereka masih hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.[5]

Kerjaya penulisan

Beliau menyertai Parti Komunis Perancis pada awal tahun 1935 atas tanggapan keterlibatannya membantu menangkis kesenjangan antara warga Eropah dan warga asal Algeria, namun beliau meninggalkan parti tersebut setahun kemudian.[6] Pada tahun sama, beliau menyertai Parti Komunis Algeria atas galakkan mentornya; di sanalah beliau terlibat dalam pementasan teater Théâtre du Travail yang mewahanakan pendirian pergerakan PCA. Beliau turut mengikuti perkembangan Parti Rakyat Algeria (Parti du Peuple Algérien, PPA) yang memperjuangkan nasionalisme serta kemerdekaan which was a moderate anti-colonialist/nationalist party. Algeria. PCA mula berpisah dengan PPA atas pegangan Stalinisme PCA, malah Camus dibuang parti atas keengganannya mengikut pendirian PCA. Situasi ini membentuk pendiriannya yang kuat sangsi akan birokrasi serta menajam terhadap martabat manusia.Beliau masih terlibat dalam kerjaya teaternya, malah ada sebahagian karya drama yang diusahakannya menjadi asas novel-novel dikarangnya.[7]

Keterlibatan dalam Perang Dunia Kedua

Selepas Perang Dunia Kedua, penerimaan Hadiah Nobel

Kematian

Pada 4 Januari 1960, beliau, isteri dan anak serta ejen penerbitannya Michel Gallimard baharu sahaja kembali dari sambutan Tahun Baharu di kediamannya di Lourmarin, Vaucluse; isteri dan anak Camus kembali ke Paris berkereta api pada 2 Januari, namun Camus memutuskan mahu menaiki kereta Facel Vega HK500 mewah milik Gallimard. Semasa Camus dan Gallimard dalam perjalanan melepasi Sens, Villeblevin; kereta mereka berdua melanggar suatu pokok di tengah jalan Route nationale 5 (kini RN 6). Camus mati serta-merta akibat impak kemalangan yang diburukkan ketiadaan pemakaian tali pinggang keledar;[8][9] beliau terkorban pada usia 46 tahun.

Pemikiran

Perihal keabsurdan (absurde)

Menurut Camus, hidup manusia itu absurd - hal in difahamkan di mana satu sisi manusia hidup mengarah/menuju pada masa hadapan sementara di sisi lainnya, masa depan itu makin mendekatkan manusia pada kematian. Kerana menghadapi absurde itulah manusia seringkali melakukan salto atau dengan kata lain melarikan diri, dengan dua cara, sama ada menenggelamkan diri pada agama atau ideologi tertentu atau membunuh diri.

Baik "salto" ke dalam agama atau ideologi maupun melakukan bunuh diri ditolak oleh Camus sebagai solusi dari absurde hidup manusia. Solusi yang ditawarkannya adalah melakukan pemberontakan atas hidup (''revolt''). Maksudnya, menghadapi hidup dengan berani tanpa perlu takut pada bahaya kematian yang bisa datang setiap saat tanpa diketahui.

Bibliografi terpilih

Novel cereka

  • L'Étranger ("Orang Asing", 1942)
  • ''La Peste ("Wabak", 1947)
  • La Chute ("Kejatuhan", 1956)
  • La Mort heureuse ("Kematian yang Menggermbirakan", ditulis 1936–38, diterbitkan selepas mati pada 1971)
  • Le premier homme ("Lelaki Pertama", tidak lengkap, diterbitkan selepas mati pada 1995)

Novel bukan fiksyen

  • Le Mythe de Sisyphe ("Mitos Sisyphus", 1942)
  • L'Homme révolté ("Si Pemberontak", 1951)

Cerpen

  • L'exil et le royaume ("Pembuangan Negeri dan Kerajaan", 1957) - sebuah antologi

Rujukan

  1. ^ Michel Onfray. L'ordre Libertaire: La vie philosophique de Albert Camus. Flammarion. 2012.
  2. ^ "The Nobel Prize in Literature 1957". Nobelprize.org. 7 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2010. Dicapai pada 7 Oktober 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Lennon, Peter (15 Oktober 1997). Camus and His Women. Guardian. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Disember 2008. Dicapai pada 1 December 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Carroll 2007, m/s. 2–3.
  5. ^ Sherman 2009, m/s. 10; Hayden 2016, m/s. 7; Lottman 1979, m/s. 11; Carroll 2007, m/s. 2–3.
  6. ^ Todd 2000, m/s. 249–250; Sherman 2009, m/s. 12.
  7. ^ Hayden 2016, m/s. 10–11.
  8. ^ Sherman 2009, m/s. 19; Simpson 2019, Life.
  9. ^ Dupuis, Jérôme (11 Februari 2010). "Retour sur le dernier jour d'Albert Camus". L'Express (dalam bahasa French). Dicapai pada 21 Disember 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
Sumber utama
  • Carroll, David (4 May 2007). Albert Camus the Algerian: Colonialism, Terrorism, Justice (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. ISBN 978-0-231-51176-6.
  • Hayden, Patrick (9 February 2016). Camus and the Challenge of Political Thought: Between Despair and Hope. Springer. ISBN 978-1-137-52583-3.
  • Sherman, David (30 January 2009). Camus. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-4443-0328-5.
  • Todd, Olivier (2000). Albert Camus: A Life. Carroll & Graf. ISBN 978-0-7867-0739-3.

Pautan luar

  • Société des Études Camusiennes
  • Albert Camus Society UK
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana berkaitan falsafah ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
1901–1925
1926–1950
1951–1975
1976–2000
2001–kini